Ahad, 27 April 2008

Hikmah Sujud

Sujud melegakan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai
hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar
bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,
malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak
terjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,
iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual
berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi
larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia
paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita
bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem
pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions) .

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah
dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima
pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar
penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud
membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta
sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari
segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di
dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal
dan sempurna.

Dipetik dari Mymasjd.com.my

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...