Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Jumaat, 25 Julai 2014
Cable Car Tertinggi Didunia
Selasa, 22 Julai 2014
DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 4
Dia pernah mengajak aku minum di coffee-house kebiasaannya
sebab lama tak bertandang ke situ. Selalunya selepas show dia balik ke rumah
tidor. Dia tidak menolak bila ku ajak dia singgah ke kelab malam yang
masih "on" hingga jam 4 pagi, untuk menyaksikan rock group
kenalannyaperform .
Kehadirannya dialu-alukan kumpulan itu dan tepuk sorak patron kelab sebagaimana layaknya seorang yang masih
diingati kehebatannya. Diundang ke pentas semua , dia tak keberatan menunjukkan
belangnya, menyampaikan sebuah dua lagu ROCK.
Suara masih mantap. Dia Enjoy.
Setelah sekian lama dia ada teman untuk membelai kasih. Aku menompang bangga
. Dibisiknya ke telingaku, “I don’t usually do this.” Habis
kerja terus pulang ke
rumahnya. kecuali ada sebab-sebab tertentu .Namun,
tambahnya “With you, I’ll
follow to the end of the world.”. Ke lihatan dia selesa dan gembira . World, baby..World! Mujur baik
di negara kita tiada PAPARAZZI mencuri-rakam gambar kami berdua dalam keadaan
yang begitu asyik. Idok kalu, gambar daN BERITA akan terpampang di muka hadapan
. Kita harus tabik etika kerja wartawan kita yang menghormati PRIVACY kita.
Kami biasa parkir di tepi-tepi jalan yang terang dan
berbual-bual sambil menyandar di dalam kereta hingga aku terpaksa memujuknya
pulang ke rumahnya. Kerap juga kami singgah tang gerai makan mana-mana yang
masih buka. Bungkus roti canai dan bawa balik ke rumahnya untuk sarapan didapor
rumahnya. Like a wife, dia menyediakan minuman! Dapor lengkap dengan kabinet,
oven micro, disc washer, really exclusive. Ada taste rupanya
primadonaku itu. Didapor , malah di dalam bilik air ada bunga hidup.
Peminat bunga juga rupanya. Di luar taman, dalam rumahpun taman bunga.
Lupa anak di rumah. Tak meratap lagi isteri yang sudah
pergi. Tanah perkuburan pun sudah “kering” bak kata pepatah. aPAKAH kutelah dipertemukanNya
gantimu? Apakah dia yang terbaik sudah untuk menggantimu?
Itu tidak menjadi soal. Soalnya kami sudah dilamun cinta.
Seorang duda beranak empat , seorang janda tiada beranak walaupun sudah
beberapa kali bertukar suami. Tidak perlu lagi mengendap-endap masuk ke
rumahnya, menyambung bual dengan pintu rumah terbuka. Dah naik malu segan
dengan ibu dan adik lelakinya, walaupun mereka sporting-smorting
merelakannya. Apatah pula jika dijengok pihak tertentu. HAGHU ooo! Hark! Hark!
Hark!
Bekas teman se pejabatku mencebek mulutnya bila
kuberitahu aku berhasrat memperisterikan dia."Takdak orang lainkah,
Eil? Eiii....orang macam itu yang kau piilh? Look. Kat pejabat aku ramai
andalusia,Janda berhias dan anak-dara terlanjur." Kurang ajar, bisik
hatiku ketika itu."Aku boleh kenaklkan . Kau cakap setuju, esok
aku bawa kau seorang." Cilakak!
"Engkau sajalah menikah dengan dia. Jadikan isteri
engkau nombor dua!" Jawabku memprotes . Kini aku bercinta lagi. Tidak ada
calon yang terbaik selain dari yang kucintai. "Lantak awaklah!"
katanya.
Adik beradikku merestui nya. Mereka suka sikap kekasihku
yang ramah mesra. Ada sekali kubawa mereka ke kelab itu. Mereka juga dapat
merasakan kemesraan dari superstarku. Rumah kakakku pun satu taman dengan
rumahnya. Sejak berkenalan dia rajin menjengok kakak di rumah. Cuma kakak
sahaja belum pergi ke rumahnya sepertimana aku. Anak-anak gadisku juga ku bawa
bertandang ke rumahnya. Dia sukakan mereka, dan mereka sukakan dia. Anak
terunaku sahaja yang kurang berkenan. Kerana kasihnya terhadap arwah ibunya
berpaut kuat. Dia tidak rela berkongsi kasih ayahnya dengan perempuan selain
ibunya.
Dia pernah bertandang ke rumahku suatu malam selepas
persembahan. Kami berbual di balkoni rumahku merencanakan masa depan sekiranya
kami berkahwin. "Rumah you atau rumah I"? dia bertanya. Dia
mencadangkan either jual rumahnya dan renovate rumah aku untuk hidup bersama
anak-anakku, or, aku jual rumahku dan renovate rumahnya untuk aku dan anak2ku
bersama dengannya. Ibu dan adiknya sudah miliki apartment sendiri. Sejauh itu
kami merangka masa depan sekiranya dipertemukan jodoh.
Siapalah aku untuk menilai, menjadi hakim dan menjatuhkan
hukum terhadap superstarku. Siapa dia sebelum bukan kriteria untukku mengecap
kebahagiaan berteman semula. Akupun bukannya sebaik malaikat untuk menafikan
cinta dan kasih sayangnya padaku.
Teringat aku betapa dia mengambil berat terhadap
perawakanku. Dibelinya aku bahan-bahan perawatan muka supaya wajahku bertambah
seri. Dia memotong dan membersihkan kuku jari dan kakiku. Orangputih bilang
"Manicure" kot. Dia menemaniku ke klinik selewat jam 2 pagi
tanpa sebarang makeup, dan hanya berpakaian kaftan , membayar kos
ubatnya dan menitiskan ke mataku yang merah bengkak dicemari kuman.
Dia membawa aku shopping ke gedung-gedung pakaian dan
memilih pakaian untuk aku dan anak2 perempuanku. Dia mengambil berat terhadap
mereka kerana dia tidak mempunyai anak sendiri. (itu yang aku tahu. Yang aku
tak tahu maaf sajalah). Kami berdua pernah bershopping di ruang terbuka
Petaling Street . Apek dan amoi pun kenal siapa dia. Dia juGA TIdak keberatan
merekomenkan dentistnya untuk menempah “bridges” gigiku. Aku ikut setakat mendapat
khidmat nasihat percuma sahaja. Kos memasaang bridges di luar kemampuan kami
berdua.
Teringat juga betapa gumbiranya dia dapat bersamaku
dan anak2 perempuanku melepaskan keinginannya hendak makan satay di
Kajang. Dia gemar satay perut. Dia tidak kekok atau hiraukan
pelanggan ramai yang memerhatikan kami "melantak". For once in a long-long while, she
felt free to move about. Apakah itu masih belum cukup sebagai
bukti persediaannya menjadi isteri kepadaku?
Dia menganggap dirinya "puteri
lilin" , berjaga di malam hari dan beradu di siang hari.
Menyanyi di kelab bagi hanyalah sara hidup diri ibu
dan adiknya . Namun dia sanggup bersama-samaku di siang hari, biarpuan akan
cair solekan di wajahnyaI dipanah terik matahari... " Sudah lama I
mengelak diri dari kelihatan di tempat umum di siang hari . But with
you...". Aku teruja. Perkataan "teruja" waktu itu belum
digunapakai se-popular kini. "Excited"
biasalah, at that time.
MAKA, sampailah ketikanya aku melamarnya menjadi isteri.
Di lobby hotel itulah kami mengadap satu sama lain selepas shownya hingga
mentari tinggi segalah siangnya. " I want you to be my wife." ku nyatakan
dengan yakin kepadanya. "Cukuplah dengan apa yang kita harungi bersama
selama enam bulan ini, sayang."
"Sayang...Why the hurry ? I belum puas lagi bermesra
dengan you. . Can't we just be lovers? Ikatan yang kekal merimaskan.
Bagai meletup dadaku dengan jawapan itu. Namun ku kawal perasaan kecewaku.
" Why?"
"I'm not sure. I've gone through several marriages
before. The last one was the worst...you know, like I told you?" Bersuara perlahan dan tenang.
Dia pernah menangis menceritakan detik2 penderitaannya
didera suami terakhirnya. Malah
ada bahagian tubuhnya yang cacat secara kekal akibat dari keganasan lelaki itu.
Kononnya orang alim yang dipilih sebagai suami, rupa-rupanya binatang berwajah
manusia. Lebih tepat lagi saiko.
"Don't you trust me?" Aku seolah2 merayu.
"I'm not sure. I'm NOT ready. Let's just be
lovers, till the time is right."
Kuberikan dia sedikit masa untuk menimbang samada kati atau kiloberatnya
keputusan yang dibuatnya. Aku tidak menemannya pulang sebab hari sudah siang.
Tiada apa yang perlu ditakuti. Masing2 menghala ke rumah masing2.
Selapas peristiwa itu, Aku tidak lagi ke tempat dia
bekerja. Masih dapat kubayangkan seri wajahnya setiap kali
menyambut kedatanganku . Dia akan melambai tangannya kepadaku
walaupun ketika menyampaikan persembahan, sebaik melihat kelibat aku . Akupun apa kurangnya. Tak kena
berdiri tak kena duduk di rumah, bagaikan cacing kepanasan selepas
Isyak. Setelah makan malam bersama anak2ku, aku bergegas pergi. Begitu
selama enam bulan berturut-turut.
Adikpun tak kesah. Perbelanjaan ditanggongnya beres.
Peruntukan makan dan minum setiap malam persembahan telah disediakan pengurusan
hotel. Bayar bila terlebih quota. So, its on the house everytime. Quota
primadona hatiku juga ada. Termasuk makan malam selepas show. So, whats there to worry? My purse
is safe, bebeh!
Kalau aku tak menemannya pulang, dia akan menelefon aku
dengan handfonnya. Memberitahu aku dia sudah sampai rumah. sekarang dia sedang membuka pintu pagar. Line’s clear, katanya. kini dia sedang menutup pintu
pagar. dia sedang menuju ke pintu rumah. dia membuka but. dia dah selamat
masuk. dia dah kunci pintu. kini dia sedang menaiki tangga ke bilik tidornya di
tingkat atas. Suaranya kudengar termengah-mengah tapi excited and happy.
Begitu caranya melepaskan rindu, walaupun kenkadang tak sampai satu
jam kami berpisah.
Tentulah dia merindui aku. setelah aku tidak menjengoknya
lagi. Jam 2 atau tiga pagi dia akan telefon aku di rumah. Bertanya khabar
dan memberikan khabarnya itu ini. Selagi tempoh dia menimbang semula
keputusannya belum tamat, aku tetap melayannya mesra dengan mewarnai suaraku
agar tidak kedengaran frust menonggeng. Bila sudah terlalu lama bergayut ,
aku minta dia letakkan telefonnya dan aku menelefonnya semula agar kutanggung
sama bayaran bil panggilan.
Setiapkali ku bangkitkan soal kahwin, dia menjawab manja,
"masa masih panjang. Takkan lari gunung dikejar."
Agar tidak memboringkan kalian semua, akhirnya! KU beritahu dia
kataputus. Mulai saat itu aku telah "KEMBALI KEPADA DIRIKU".
mAKSUDnya, tiada lagi mahu berkelabi-kelabul-malam . Balik kepada diriku sebagaimana aku
sebelum bercinta dengannya. Masok kembali ke dalam kepompong .
"Janganlah sampai begitu, darling!"
"Sorry darling" Balasku. " Jika sekiranya
genap setahun kematian isteri I - which is three weeks from now- you tak dapat
beri kata pemutus, you and I
will end up just nothing. Not lovers, not nothing. " Tegas!
“Friends? “ suaranya sayu di pendengaran telingaku.
“Until then…yes.” Balasku .Kebetulan pula tarikh kematian isteriku dan
tarikh kelahiran dia sama. 13 Januari.
Sehingga 13 Januari genap setahun kepergianmu, Zah....ku
putuskan hubungan dengan satu-satunya kekasih selepasmu. Pencarianku kembali
semula ke angka Nol!
BENariff 0220/0911005
NEXT CHANGE: Next assignment. Memburu calon untuk
menggantimu. Dimana? Dihadapan hidungku, dalam rumahku jua....siapa? Tunggu
episod III
Jumaat, 11 Julai 2014
DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 3
“di pinggiran air terjun, bawah pohon rimbun, madah dan
lagu kususun.
mengenangkan peristiwa, yang mengusik jiwa, kerana adinda,
tak bersua.
Andaikata ada sayap seperti burung, ku terbang padamu,
NaMun apakan daya, aku tidak terlara, kau hilang entah di
mana.
Di pinggiran ku merintih, hati tambah sedih,
Bila kan tumbuh hayat kasih.”
( gitulah,<
> . lirik lagu nyanyian P.Ramlee “DI PINGGIRAN” Filem apa kudah lupa.)
"Try lagu lain bang. AM tak biasa lagu tu", kata
adikmu suatu malam dari banyaknya malam aku berkunjung ke kelab itu.
" Cuba GETARAN JIWA. C-minor" Cehwaaahh, siap
dengan key sekali. Teror tu?
"OK! " Adikku ketawa riang." Ready?"
Dia pun mula intronya. aku standby dengan mikropon ditangan. Superstarku duduk di
meja hadapan menjadi penonton pula.
(teringat iklan disebuah setesen radio mengenai MIKE bersungut betapa ramainya orang
“mendekati”mulut mereka kepadanya., dan betapa tak tahannya “dia” dengan bau
nafas mulut mereka yang merokok. “Ayoyo….”!)
Bebalik ke “story-board”. Itulah lagu yang ku persembahkan
diatas undangan superstar-ku suatu malam dari banyak malam ku ke sana sejak
mengenali dan bermesra dengannya.
Teringat aku mengusik adik. KU katakan kepadanya yang " I can sing better than him"
. Dia memberitahu adikku. Adikku ketawa dan membalas dari atas pentas. "That's
why you'redown there and I
am up here!"
Suatu malam dia mengajak aku berduet lagu "When I
fall in love" dengannya. Dia mulakan dahulu dan kemudian turun dari
pentas dan duduk d isisiku sambil menghulurkan mikropon untuku sambong lagu
itu...."it will be forever..."...dan lagi dan lagi. Akupun tak
ingat lirik seterusnya. Dak kalu, aku dah muatkan di sini.
Begitu romantik kurasa ketika kami membawa lagu itu
bersama. Kalau aku terlupa dia nyanyikan dan aku ikuti. Bukan sekali lagu itu
kami nyanyikan.
"Thats my favourite song..."katanya.
"Mine too," jawabku. Kali ini tiada lagi "give me five".
kali ini dan beberapa kali selepasnya, dia mengepit lenganku! Aaawww! Sakit ah!
Selepas malam pertama, aku memandu sendiri keretaku.
Selepas show, dia aku dan adik masih lagi makan bersama. Sendainya adik
terpaksa pulang cepat, tinggallah kami berdua meneruskan perbualan...bukan
sembarang perbualan. Kami sudah ke peringkat merancang masa hadapan berdua.
Kami ibarat merpati dua sejoli. Tidak terasa masa berlalu. Apabila restoran
hendak ditutup, kami berpindah ke lobby meneruskan "perbualan".
Tangannya menggenggam tanganku mesra. Matanya merenung mataku penuh kasih
sayang.
Aku diminta mengeskot dia pulang setiap malam. Katanya dia
takut. Ada kereta mengekorinya sejak kebelakangan. Akupun tidak keberatan. Aku
mengikuti rapat keretanya hingga dia selamat sampai ke hadapan rumah. Malah dia
meminta aku tunggu hingga dia parking keretanya di sebelah dalam pintu pagar.
Dia meminta aku menunggunya sehingga dia masuk de dalam rumah dan menutup
pintu.
Suatu malam selepas menemaninya pulang ke rumah, dia
mengajak aku masuk ke dalam. Aku keberatan kalau dia bersendirian. Sememangnya
dia tinggal bersendirian dirumah peninggalan arwah suaminya dahulu. sebuah
rumah teres dua tingkat disebuah taman perumahan yang sehaluan tempat tujunya
dengan rumahku.
"Masuklah. Emak dan adik ada di dalam." dia
memperlawa aku masuk. akupun akur . dia menjemput aku duduk di sofa yang empuk
sementara dia ke dapor memamanaskan makanan dan menyediakan minuman.
"Susah-susah aja. Kan tadi kita dah makan?"
"Pukul 1 tadi? Sekarang dah pukul 5! Lapar aarrr”. Manja
macam anak kucing siam . Dia ke dapor. Aku memerhati perhiasan dalaman
rumahnya. Cantik dan kemas. Pelbagai koleksi tembaga dan lukisan berbingkai
warna hitam-emas menghiasi ruang tamu dan laluan ke dapor dan ke tingkat atas.
Terdapat cermin besar di dinding sebaik masuk pintu rumah. Di hadapan cermin
itu ku rasa dia berlatih menyanyi dan beraksi dahulu. Aku mengemas2kan rambut
dan pakaianku.
Dia datang semula mendapatkanku. Dihidangnya aku satay
yang dipanas oven mikrowave nya dan secangkir nescafe O.
Dia makan , aku minum sahaja. Tunjuk baik lah sikit. Kat rumah aku tak boleh
tahan tengok satay. Pelahap dengan lidi-lidinya sekali! (over-statement tu!).
Sedap pula aku tengok dia makan sambil menunjukkan scrap-book mengandungi
keratan berita-berita yang pernah disiarkan akhbar dan majallah mengenainya.
Banyak juga berita-berita sensasi yang terkumpul. Kesah2 peribadinya juga
dimuatkan dalam berita. Maklumlah, ketika itu dialah satu2 superstar yang
menjadi perhatian ramai. Kesah perkahwinan dan penceraiannya juga tidak
ketinggalan dikeratlekap dari akbar dan majallah. Aku tak terkejut sebab akupun
pernah mengikuti melalui pembacaan majalllah2 hiburan susur galur , ranjau dan
onak , laluan kehidupannya sebagai artis rock dahulu.
"Siapa d ibawah tu?" Terdengar suara dari tangga
di tingkat atas.
"Kawan, mak."
Ibunya turun bersalam denganku. Berlapik sebab dalam
wuduk. Ku jemput emaknya minum. "Tak mengapa," katanya.
"Duduklah . Makcik nak solat. Dah masuk waktu subuh ni."
Ooopps! Sampai subuh dah? Sebaik ibunya naik ke atas, ku
minta sejadah sebab akupun hendak tunaikan solat subuh. World world juga. Ibadat jangan
ditinggalkan bak kata
MAWI beberapa tahun terkemudian darinya!
Dia membawa bekas2 makanan dan minuman ke
dapor. Kemudian kembali dengan sejadah. Ditunjuknya aku akan arah kiblat
sambil menghamparkan sejadah diruang tamu itu. Dia menunjukkan bilik air
sebelah dapor. Ku ambil wuduk. Ku solatlah sebagai mana adanya.
Dia duduk di belakang memerhatikan aku menyelesaikan
solat. Entah apa yang difikirkannya akupun tak dapat mentelaah. Aku pula antara
khusyuk dan tidak, almaklum, ada pompuan memerhati gerak-geriku dibelakang.
Jangan kalian menyoalkan ikhlas tidaknya solatku waktu itu . Apatah lagi
selepas Isyak d irumah, aku "beriktiqad" pula di kelab malam sebuah
hotel bertaraf lima bintang hingga ke pagi buta! Bersih tidaknya jiwaku
mengadap Rabbul Jalil hanya Dia berhak menentukan.
Perhubungan kami semakin intim. Kenkadang selepas
menghantar dan dia menyimpan keretanya dirumah, dia mengajak aku bersiar2 dengan
keretaku. Seawal jam 4 pagi pun tidak menjadi soal. Asalkan dapat
bermanja denganku lebih lama lagi. Kami cruise meronda dengan keretaku tanpa
tujuan, dari satu tempat ke satu tempat menikmati suasana malam dijalanraya
yang terang benderang.
" Kereta
you gear auto kan ? So, what's the other hand for?"
Terpaksalah("terpaksa" konon! Peiiraah!) kugunakan satu
tangan di setereng, dan satu tangan lagi dibawa memeluk nya. Manja macam kucing
siam hingga tersembam di ribaankui! Nasib baiklah keretaku on cruising speed.
Dak kaluu, adei tambi,
longkang dalam masuk! Nak buat camno? Sama-sama hanyut dengan perasaan romantika serambulu rumma!
Hark! Hark! Hark!
Khamis, 10 Julai 2014
PANDUAN PUASA RAMADHAN
Disusun semula oleh:
Urusetia Semarak Ramadhan, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Johor
Semarak Ramadhan
K . E . I . N . D . A . H . A . N . B E R S A M A M U R A M A D H A N
KEHANGATAN SAMBUTAN RAMADHAN
(Petikan dari buku ‘Rumahtangga Kami di Bulan Ramadhan’ oleh Dr Abdul Wahid al‐
Wakil)
Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah
SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan
semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia
sangat rugi.”
Ibn Rejab telah berkata : Hadis ini pada asalnya ialah sebagai tahniah kepada manusia
dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita
gembira dengan terbuka pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak
mendapat berita gembira dengan tertutup pintu neraka? Bagaimana pula orang yang
berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya segala syaitan?
Beginilah cara Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira kepada sahabatnya.
Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah
menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.
Selamat datang diucapkan.”
Hati merasa rindu dengan kehadiran kekasih yang lama menghilangkan diri dan tiada
kegembiraan yang lebih daripada itu. Namun bagaimana pula dengan sambutan di
rumah kita? Ia adalah kekasih dan kita telah mengetahui kedatangannya dan sedang
dalam perjalanan menemui kita!
RAMADHAN: TAMAN TAQWA
Diriwayatkan oleh al‐Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Telah
bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :
“Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia
adalah untukku dan akulah yang memberikan ganjarannya. Puasa itu
adalah perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah
berkata kotor dan janganlah ia menjerit‐jerit tidak menentu. Sekiranya
seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah:
Sesungguhnya saya berpuasa. Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
3
dalam genggaman‐Nya, bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah
lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa
itu ada dua kegembiraan : Ketika berbuka dia gembira dengan hidangan
berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya dia akan gembira dengan
puasanya.”
Sesungguhnya telah benarlah Allah yang Maha Agung ketika mengakhiri ayat
berpuasa di dalam al‐Qur`an dengan firmannya :
لعلكم تتقون
(Semoga kamu bertaqwa)
Sesungguhnya pohon yang berguguran daun‐daunnya sepanjang tahun telah sampai
masa untuk tumbuh kembali, menyaluti pohon taqwa sekali lagi setelah dilanda angin
kencang maksiat yang berpanjangan. Ia akan tumbuh semula untuk menjadi pohon
yang rendang dan lebat buahnya, mengeluarkan makanan sepanjang masa dengan
izin Tuhannya, maka dengannya berbekallah seorang mukmin sepanjang tahun
hingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Sumber‐sumber taqwa pada bulan Ramadhan ada banyak dan yang paling utama
ialah puasa:
Firman Allah SWT:
“Wahai orang‐orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang‐orang sebelum daripada
kamu, semoga kamu bertaqwa.”
(al‐Baqarah: 183)
Apabila kita merenung sejenak ayat puasa yang didatangkan dalam surah al‐Baqarah,
kita akan menemui sesuatu keajaiban. Gaya bahasa yang digunakan adalah ke arah
mendekatkan diri kepada perintah serta melembutkan hati agar kewajiban dapat
diterima.
Sesungguhnya Allah amat mengetahui kelemahan hamba‐Nya dan memanggilnya
dengan panggilan yang paling disukai: Diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana yang diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu – Ia bukanlah
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
4
sesuatu yang baru tetapi merupakan syariat Allah sejak dahulu lagi. Semoga kamu
bertaqwa – Adakah di sana sesuatu yang lebih bernilai dari taqwa?
Sesungguhnya Allah SWT memperlihatkan kepada orang mukmin serta menghiaskan
mereka dengan segala bentuk manfaat di dunia dan akhirat. Allah tidak mendapat
manfaat dari sesuatu apapun.
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Allah SWT telah menganugerahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai kelebihan
untuk umat Islam berpuasa dan mengerjakan amal ibadat agar mereka dapat
keredhaan daripada‐Nya. Umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk
menggandakan amal ibadat kerana peluang yang diberikan sangat terhad. Ada
kemungkinan, peluang telah ditutup (dengan kematian) sebelum tiba Ramadhan
tahun hadapan.
1. Bulan diturunkan Al‐Quran
Maksud firman Allah:
“Bulan Ramadhan padanya diturunkan al‐Quran yang mempunyai keteranganketerangan
yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia”
2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat,
ditengahnya pengampunan‐Nya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan
Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu‐pintu syurga, dihapuslah pintupintu
neraka dan di ikatlah semua syaitan.”
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya
dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu.”
3. Bulan Penghapusan dosa
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya
dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu.”
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al‐Quran ) ini pada malam Lailatul
Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik
dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
5
Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga
terbit fajar.”
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN
Hadis‐hadis Rasulullah saw mengenai kemuliaan bulan Ramadhan dan keutamaan
beramal.
1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan
Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,
diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu
Neraka ditutup, syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang
nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan
kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan
(tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
(Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi)
2. Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata :
Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami
seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut
padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa
Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda
tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka,
dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Syaitan dibelenggu.
Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu
menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah
anda, dan wahai orang‐orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah
(dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan
Ramadhan."
(Ahmad dan Nasai )
3. Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda :
“Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa
Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa‐dosa
(kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa‐dosa besar dijauhi."
(H.R. Muslim)
4. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
6
“Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut
"Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? (untuk
masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir di antara mereka sudah
memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu."
(H.R. al‐Bukhari &Muslim)
5. Diriwayatkan daripada Imam Ahmad dengan sanad yang betul daripada Abdullah
bin Amru bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Rasulullah s.a.w. seringkali mengadakan majlis pertemuan untuk tujuan
memperbetulkan bacaan Al‐Quran dan mempelajari isi kandungannya
bersama‐sama dengan malaikat Jibril.”
Kesemua hadis di atas memberi pelajaran tentang keutamaan bulan Ramadhan dan
keutamaan beramal di dalamnya seperi berpuasa, membaca al‐Quran, berzikir,
berbuat kebajikan, berbuat baik kepada ibu bapa serta kerabat dan lain‐lain lagi.
PANDUAN PUASA RAMADHAN
(Petikan daripada Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zamanoleh
As‐Shaikh Ali b. Abdullah)
Erti Puasa:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa‐apa jua yang boleh membatalkan
puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan
bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Syaaban tahun ke‐2 Hijrah.
Dalil Puasa:
Perintah wajib puasa : Surah al‐Baqarah di ayat 183:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
7
“Hai orang‐orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana
diwajibkan atas orang‐orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang
bertaqwa.”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain
Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan
Haji ke Kaabah.” (H.R. al‐Bukhari Muslim ).
Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al‐Quran dan hadis yang jelas tentang
wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum
sebagai murtad (keluar daripada Islam).
Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan
dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
Syarat‐syarat Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak‐kanak yang telah
mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan
Hari Syak (30 hb. Syaaban).
5) Berniat puasa.
6) Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Rukun Puasa:
1) Niat, pada waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara‐perkara yang membatalkan puasa sejak
terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Perkara‐pekara yang Membatalkan Puasa:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
8
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung,
telinga, atau lubang‐lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum
tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Muntah dengan sengaja.
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).
Pantang‐larang orang yang berpuasa:
Iaitu perkara‐perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak
mendapat apa‐apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia‐sia).
1) Meninggalkan ibadat wajib, seperti solat fardu lima kali sehari.
2) Berdusta, berbohong.
3) Mengumpat, mengata orang.
4) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
5) Melihat benda‐benda yang mendatangkan keinginan/syahwat.
6) Marah.
7) Berbalah dan memutuskan siraturrahim.
8) Membuang masa seperti bermain terup, catur, merempit dan melepak.
Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya,
maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(H.R. Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan
minum, tetapi puasa yang sungguh‐sungguh itu adalah menahan diri dari
percakapan yang tidak ada gunanya dan kata‐kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)
Sunat‐sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
9
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka
yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu
tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah
merahmati orang‐orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum
waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda‐benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al‐Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis‐majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang‐orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga
terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan ‐ musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib
qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.
Bacaan Niat Puasa:
1. Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala.”
2. Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan)
Maksudnya:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
10
“Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.”
Bacaan Hendak Berbuka Puasa:
Doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita
membacanya:
"Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah
dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala,
insya‐Allah”. (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
SEMBAHYANG TARAWIH
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama,
Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan
oleh orang‐orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap‐tiap malam
bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain‐lain tempat
sembahyang orang‐orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang
fardhu Isya’.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang
hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu
keberatan.
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
11
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al‐Khattab pula beliau menambah
lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa
orang‐orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi
menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiaptiap
satu kali takbiratul‐ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga
genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat
(iman/ma’mum) kerana Allah Taala
5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda
Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang‐orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3
rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
12
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i‐ bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum
kerana Allah Ta’ala.
ii‐ bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat
ma’mum kerana Allah Ta’ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa]
Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga
dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca
Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.
Petikan hadith Mengenai Puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu‐pintu Syurga dan ditutup pintu‐pintu
Neraka serta syaitan‐syaitan dibelenggu.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“…Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang
dilakukannya sebelum itu”
Kelebihan Berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
13
“Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar‐Rayyan.
Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak.
Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada
pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun‐duyun
masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah
masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.”
Diriwayatkan daripada Abu Said al‐Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya daripada
api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
Akhlaq sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah
bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak
berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku
berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik,
Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni
Allah tidak menerima puasanya).”
Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.”
Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu
menyegerakan berbuka puasa.”
Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang
mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang
dilakukannya sebelum itu.”
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
14
Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadhan”.
Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala
dosa yang dilakukannya sebelum itu.”
Beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w. biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam
bulan Ramadhan”.
Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w. bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan
tidak seperti bulan‐bulan lain”.
Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum,
hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan
dan minum oleh Allah”.
Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan
Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua‐duanya berkata:
“Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi
kemudian meneruskan puasa”.
Langgan:
Catatan (Atom)