Coretan Di Manakan Ku Cari Gantimu adalah hasil nukilan Ismail Benariffin atau lebih mesra dengan panggilan "Aben". Mula menulis skrip untuk drama radio dan drama TV yang berjudul "Raja Pengemis". Nukilan ini penah laris di sebuah Yahoo! Groups satu ketika dulu. Then, lama juga menghilang akibat kesihatan yang kurang memuaskan. Tapi, sekarang sudah mula kembali aktif. Dalam perancangan menerbitkan Travel Log yang masih lagi "RAHSIA". Sebagai pengenalan, jom kita tengok nukilan pertama beliau. "Di Manakan Ku Cari Gantimu".
"Dimana
kan ku cari ganti serupa denganmu,
tak
sanggup ku derita, dan berhati patah, hidup gelisah.
alangkah
sedih rasa hati, selama kau pergi.
tinggalku
sendirian, tiada berteman, dalam kesepian.
Dunia
terang menjadi gelita, cahaya indah tiada berguna.
Keluhan
hatiku menambah derita, namun kau juga tak kunjung jelma.
Dimana
kan ku cari ganti, mungkinkah di syorga.
Untuk
teman bersuka, menangis bersama, selama-lamanya."
Lagu&nyanyian:
P.Ramlee Filem: Ibu Mertuaku
DIMANA
KAN KU CARI GANTI
EPISOD
1.
Sudah
puas aku menangis dengan kepergianmu.Tiga purnama sudah berlalu. Aku keluar
dari kurungan diriku. namun aku masih tidak dapat melepaskan dikau, sayangku.
Kau masih bertapa didalam hatiku. Hati yang telah retak seribu menjadi hancur
berdebu.
Suatu
hari jumaat selepas solat jumaat , aku terserempak dengan sahabat lamaku. dia
mendatangi ku ketika aku sedang berdoa selepas melakukan solat sunat. Bertanya
khabar. Diberitahu akan kembali ke rahmatullahnya isteri kecintaanku. Dalam
esak tangis, aku meratapi kematiannya di hadapan sahabatku itu. Sambil menepuk
bahuku tanda simpati, dia menasihatkan aku.
"Lepaskan
dia, Eil. Kau mesti redha. Jika tidak ruhnya tidak akan aman di tempat
persemadiannya. Redhakan Eil. Lepaskan dia kehadirat Illahi... dan carilah
gantinya."
Bagaimana
mungkin aku melepaskan dia setelah 25 tahun kami bersama? Dialah gadis pertama
kujatuh tergolek, tersungkur, kerana cinta?
Sahabatku
itu menggelengkan kepalanya. Dia merenung jauh ke dalam mataku. Matanya juga
kulihat merah menahan sayu.
"Kalau
kau sayang dan cinta kepadanya, masakan tuhan mengambilnya darimu?"
"Apa
maksudnya berkata begitu?"
Aku
menatap wajahnya sedalam tatapan matanya ke wajahku. Dari air mukaku dia tahu
aku sedang mencari jawapan.
"Kerana
Tuhan lebih menyayanginya..."
"
Aku juga sayangkan dia! . That,s just an excuse.
.Kamu hanya menambahkan luka perasaanku."
"Mengucap,
Eil."
"Tuhan
tidak sayangkan aku kah? Kenapa tidak ambil aku, Abu?
Anak-anakku
lebih memerlukan dia dari aku?"
"Astagfirullah...hiladziimm!"
Sambil menggoncang bahuku.
"Mengucap
, Eil. Mengucap!"
Aku
mengangguk-angguk kepalaku bagai burung pelatuk memagut ke dahan kayu. Sahabat
menepuk kedua belah bahuku dengan satu senyuman yang bermakna. Kemudian
menghulurkan tangan dan bersalaman denganku. Genggamannya begitu erat , se-erat
kemesraan yang ada terhadapku selama kami mengenali satu sama lain. Dia mohon
diri. aku tinggal terkedu.
Dengan
itu maka runtuh berderailah akan tembok pertanahanku selama tiga bulan 24 hari
13 jam 30 minit dan 3 saat .
Pergilah
kepadaNya. Aku meredhakan . Aku terpaksa redhakan. Pergilah . Sememangnya Dia
lebih menyayangimu. Apa lagi hendak ku katakan selain daripada itu untuk
menenteramkan perasaanku dan menenteramkan ruhnya di persemadian?
Telefon
di rumahku berdering-dering dan diam. Kemudian berdering-dering lagi. Aku
sedang termenung dijendela tingkat atas rumahku. Rumah yang aruah usaha
mendapatkannya ketika aku terlantar di wad otopedik akibat kemalangan jalanraya
sebelum Sungai Ramping a.k.a. Slim River! ). Dia berdepan seorang diri dengan
pegawai PKNS yang menemuduga permohonan rumah yang bakal dibina dan kemampuan
kewangan pemohon untuk mendapatkan pinjaman. Hanya dengan berbekalkan beberapa
buku simpanan bank yang diikat dengan tali getah itu. Mujur juga pegawai
berkenaan tidak minta melihat baki simpanan yang ada dalam setiap buku-buku
itu.
"Babah!
Telefon! Pak Su panggil!" jerit anak sulung ku. Dialah yang menemaniku
tidor beberapa hari selepas ibunya meninggal. Dia terlalu bimbang aku akan
sempot nafas dan padam.
Aku
menyambut telefon. Adik ku AM mengajak aku keluar bersamanya malam nanti. Dia
akan menjemputku. Dia mahu aku berhibor. Dia akan mengongkosi makan minum dan
hiboran
"Come
see me perform. You'd be surprised who I accompany on my keyboard."
Siapa?
Biduan atau biduanita? Aku bertanya. Adikku seperti biasa akan ketawa apabila
merasaii keghairahanku untuk berteman semula.
"Tentulah
biduanita. Put on your best tonight, OK? Don't forget to spray
the most fragrant of perfumes, ah?" Something like that lah, katanya
mengusik aku.
"Tak
adalah , AM. Engkaupun tahu, abang jarang gunakan minyak
wangi..."
The
laST time aku spray minyak wangi, aruah mengesyaki
something funny was going on!
Ada
"date" dengan typist pejabatku menonton pementasan drama di DBKL. Dia
mengesyor aku bawa anak sekali. Ooooo tak boleeiih. Budak-budak bawah umur tak
dibenarkan masuuuukk! Walhal takkan dia tak tahu temberangku. Aku pernah
membawa dia dan anak-anakku menonton pementasan disitu. Malah masa anak yang
sulung baru dua tahunpun sudah dikendong menyaksikan pementasan drama karyaku
di Panggong Drama.
What-ever-pong,
itulah kali pertama dan terakhir aku menduakan dia semasa hayatnya masih
dikandung badan! Waktu itu aku tergoda dek layanan mesra teman sepejabatku itu.
Bukan aku yang memulakan tapi dia. Dia mengkagumi aku setelah membaca akan
kejayaanku dalam bidang penulisan hingga layak dianugerahkan hadiah karya
sastera oleh Kerajaan. Aku telah menerima hadiah ku itu dari tangan seorang
Perdana Menteri Malaysia.( ini bukan iklan, tapi sekadar
melengkap cerita.)
Tidak
pula ku sangka cempedak sudah menjadi nangka. Aku lah cempedak itu,complete dengan getah-getahnya!. Terjadi nangka
bila terkena bujukan dari gadis itu. Hingga aku tak ambil kesah
beberapa pasang mata kakitangan lain terhadap perhubungan yang begitu cepat
intimasinya.
Kami
dilhat makan dan minum dalam kereta di parkir bawah tanah komplek pejabat. Kami
dilihat minum soda dari satu gelas menggunakan straw yang sama di kantin
kompleks pejabat. Usik mengusik, tampar menambar dan gelak ketawa, all-in-one
package. Aku benar-benar berada diawangan.Nostalgik nya.
Telefon
berdering lagi selepas waktu isyak malam itu. AM memberitahu dengan HPnya yang
dia ada dalam kereta di bawah. Akupun sudah siap berpakaian biasa saja .
Pakaian "casual" aku tak banyak. Bush jacket banyak sebab itulah
gayaku apabila ke pejabat. Pegawai lah katakan.
Kalau
aku kenakan kot satu suit dgn necktie, nanti jadi lain pula perwatakanku. Macam
aku pernah dikerahkan bertugas di Parlimen sebagai membantu Menteri menyediakan
jawapan dari wakil-wakil rakyat mengenai kementerian yang ku wakili. Aku
terpaksa tempah satu suit dari kain jenis MOHAIR. Apa jadah jenama itupun aku
tak tahu tapi aku menempahnya dari gedung pakaian yang ternama
di Jalan Tuanku Abdul Rahman..."DOshI" kalau tak silap. Terbang
beratus juga wang gaji aku. Sudah tu tak boleh claim balik . Semata-mata kerana
sekali dua sahaja kena bertugas di Parlimen dan diwajibkan petugas mengenakan
suit.
"You
dari kawasan mana?" Tanya seorang wakil rakyat ketika duduk satu meja
denganku di kantin Parlimen sewaktu sidang ditangguh sebentar. See? Rupaku ada
tanjak juga aku sebagai wakil rakyat.
Pssssttttt
adikku menyembur pewangi ke bajuku. Amboi, semerbaknya dia. Nasib baik tak
pening.
(Bersambong
ke Episod 2 ~ bercinta dengan superstar! Tungguuu! )
Amboi
bang aji, itupun nak cerita kat orang? Adey tambi! Lakaran hidupku engko apa
peduli?)
Wasallam.
BENariff