Selasa, 19 Ogos 2014

Lupa Daratan

Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang. 16hb Ogos, 2014 - Menunding satu jari meletakkan kesalahan kepada orang lain tapi terlupa tiga lagi jari sedang menunding kesalahan diri sendiri. Ini memang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat dewasa ini.

Sudah menjadi lumrah manusia terutama orang melayu yang sudah sebati dalam kehidupan malah menjadi rutin hidup. Memang sudah kemestian bagi sesetengah pihak atau individu yang mengamalkan sikap demikian sebagai defensive diri selain meletakkan kesalahan pada orang lain atau mengkambing hitamkan orang lain untuk melepaskan diri dan kesilapan sendiri. Tetapi mereka ini sering terlupa, kesilapan itu akan makan diri sendiri.

Benar sekali apa yang para ulama selalu tegaskan, berhati-hati dalam memilih kawan. Kalau berkawan dengan orang jahil, kita pun akan jadi jahil. Kalau berkawan dengan para ahli agama kita akan mendapat keberkatan in sha Allah. Kalau sebut bab jahil ni, ada satu kisah yang sangat menyayat hati. Bukan nak jahilkan sesiapa, tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga sebagai iktibar kepada semua.

Ada satu kisah pasal seorang hamba Allah yang terlalu ego. Semua orang di sekelilingnya salah dan dia seorang saja betul. Terlalu betul. Pernah satu ketika, seorang rakan datang menuntut dan mahu ambil balik haknya setelah sekian lama memberi hamba Allah ni mengguna pakai lesen perniagaannya.

Hati siapa lah yang tak panas, masa nak pinjam, cakap sangat baik. Manis budi bicara, kalau bapa-bapa tengok pasti semua bersetuju untuk dijadikan menantu. Tatkala nak pulangkan balik, buat urusan sambil lewa, seolah-olah mereka ni sampah. Sikap orang melayu yang lupa daratan. Lebih menyakitkan apabila si penuntut hak pula disalahkan kerana memaksa hamba Allah ni supaya memulangkan semula lesennya.

Acapkali penuntut hak telefon, hamba allah ni akan mematikan panggilannya. Bila datang ke pejabat, pastinya hamba Allah ni akan melarikan diri tetapi tetap menyatakan dia berada di pihak yang benar. Saban hari sikap sebenar hamba ni semakin terserlah. Sikap putar belit, sikap tidak bertanggung jawab dan sikap suka menganiaya orang lain. Sampaikan pekerjanya juga dianiaya. Langsung tak rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

Pepatah sinis berbunyi, orang yang menganiaya orang lain hidupnya senang dan kaya. Meneliti pepatah tersebut ada kebenarannya. Senang kena sabotaj, senang kena santau, senang ke pulau, senang hilang kawan, senang dapat penyakit dan senang dapat bala bilamana ada orang yang teraniaya berdoa. Ingat! Orang yang teraniaya doanya sangat mustajab dan Allah menerima doa orang-orang ini. Jangan sampai kita mendapat kemurkaan Allah kerana sikap sombong kita.

Kaya? Memang kaya. Kaya dengan hutang, kaya dengan musuh dan kaya dengan pelbagai masalah yang menimpa. Untuk apa kita menganiaya orang lain? Tanya dengan hati. Muhasabah diri sendiri. Perlukah kita menganiaya orang? Kita takkan senang atau kaya dengan berbuat begitu. Malah kita akan papa kedana silap-silap boleh bankrupt dengan tindakan bodoh sendiri.

Isnin, 11 Ogos 2014

DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 6

Lanang dek oi lanang,
lanang waktu malam,
apa nak di kenang,
dah surat alam.
Lanang dek oi lanang,
lanang ramai-ramai...
belumpun bertunang,
sudah putus ditengah jalan,
hai nasib ku malang,
badan gemuk dah tinggal tulang!
 
Waduh....sedangku mengatur strategi seterusnya, rumahku dijengok adikku yang seorang lagi dengan isteri dan anaknya. Mereka datang atas urusan keluarga dan menyampaikan berita baik untukku.
 
Kalau aku setuju ikut mereka pulang ke Pahang sekali lagi tapi bukan di tanah rancangan tetapi ke pekan di pedalaman Darul yang Makmur itu juga. Amboi! Fikirku. Ramai juga calon disebelah sana ya? Kebetulan keesokan harinya public holiday apa aku tak ingat tapi aku tak payah pergi kerja. Jadi akupun bersetuju gilerz hendak ikut mereka ke sana.
 
Sebelum apa2 aku tanya dulu siapa calonnya? Ustazah lagikah atau siapa?
Ooooo kata adikku. Ini pompuan bukan sembarangan pompuan. OK lah tu tapi siapa dia? Oooooo nanti sampai di sana abang akan tahu. Aku mesti mendapat kepastian kerana aku tidak mahu mengenakan tersalah langkah lagi. OOOOOOO (capital 'O" pulak kali ini!) , pakailah apaun, kata adik ipar ku pula. asalkan jangan telanjang!
 
Adik iparku ni outspoken sikit orangnya. Lebih kurang sedikit atas dari Fauziah Mat Daud laser mulutnya. Tapi hatinya baik. Suka menyibuk hal orang. Tambah2 lagi soal mencari jodoh. Dulu dialah yang cadangkan aku kahwin saja dengan ibu tiriku! Bayangkan? Kalau kalian yang mendengarnya, kalianpun tidak akan percaya dia akan mengeluarkan cadangan sedemikian. Ambil ibu tiriku ganti isteri?
 
Ibu tiriku termasuk kategori orang yang lawa. Ermmmm lawa untuk lelaki. Cantik jugalah dipandang mata. Badanpun sedap-sedap sahaja lebihkurang sama bentuknya dengan aruah. Not too big, not too small, jauh sekali petite! Just nice. Size M juga.

Dia menjadi janda semula selepas ayahku meninggal selang beberapa bulan selepas isteriku . ayah meninggal pada umur 80 tahun tanpa apa2 penyakitpun. Ibu tiriku pula dua tahun lebih muda dari umurku.Isy....apalah punya cadangan....dalam aku menolak cadangan itu terbayang juga kejelitaan paras ibu tiriku itu....hark! hark! hark! apa punya menantu tiri? Namun ku katakan pada diriku, paras rupa bukan menjadi ukuran. Tidak termasuk dalam spesifikasi pencarian. But then again....berapa lama boleh ku pejamkan mataku pada hakikat sebenarnya bahawa apa yang aku cari mestilah ada dalam satu package.
 
OK habis tang tu. Aku pakai jeans sepasang itu lagi lah. Dan ku tambahkan lagi dengan kasut but berjenama unta. Camel ke Kamel ke, dalam bahasa orang putih.
Dan topi koboii! Ahaks! Perasan nak mampus! Woww....adikku menunjukkan ibu jarinya isyarat "hebat". Adik iparku gelak sakan. Kenapa? Calon abang bukan gembala lembu bang...! katanya ketika masuk ke dalam kereta.
 
Dah OK kah kereta nih? Tukar enjin recon laa...oooo patutlah laju. Kami ke sana ikut Negeri Sembilan sebab adikku hendak singgah ke rumah iparnya di sebuah tanah rancangan. Aik? Jangan-jangan setempat adik sepupuku dulu. Iyalah. Kat situ juga.
Calonnya dari sana jugakah? Tidaak.....yang ini orang pekan bang. Moden. Up-to-date. Erm.....jangan pulak dia sangka oranga di tanah rancangan tak up-do-date. Kalau ada ASTRO, penonton di pendalaman rimbapun tahu warna rambut dan pakai kontek lens berkilau2an.
 
Kami singgah sebentar di rumah saudara adik iparku di tanah rancangan itu. Apabila aku diperkenalkan kepada tuanrumahnya, aku disangkanya adik kepada adik aku! Barangkali juga pakaian yang ku kenakan membuat aku terperasan yang aku kelihatan masih belia lagi. Bila aku amat2i betul2 baru aku tahu, ruang tamu rumahnya tidak cukup cahaya sebab sudah menghampiri senja dan tuanrumah barangkali hendak menjimatkan penggunaan elektrik!
 
Habis disitu aku mengajak adikku dan isteri serta anaknya singgah ke rumah adik sepupuku. Tahukah rumahnya, tanya adik. Mereka tahu aku sudah ke sana tapi mereka tak tahu apa yang telah aku lalui di sana sebelum itu.
 
Seronok bukan main adik sepupu dan suaminya menyambu kami. Tambahan pula dia pun lama tak berjumpa dengan adik aku. Psstt....dolu-dolu, adalah rancangan nak nikahkah adik lelaki aku itu dengan adik sepupu aku itu..... Nasib baik adik iparku tak ikut sama. Patutlah waktu aku cadangkan singgah ke rumah adik sepupu aku , dia tidak mahu ikut. Hendak ditinggalkan menunggu di rumah saudaranya. Malah marah pula kenapa kalut sangat hendak ke sana. Dia tak tahu bahawa dirumah adik sepupuku itu ada sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar...segar...dan bugarrrr!
 
"Si A tak balik sekolah lagikah?" aku tanya suami adik iparku.
"Dia tak sekolah lagi. Sedang mencari kerja." jawabnya.
Adik aku minta diri hendak ke tandas. Tentulah di dapor. Oooo adik sepupuku pula sedang menyediakan minuman di dapor. Amboi. Mentang2lah "nyonya" dia tak ikut bersama! Satu perut adik dengan abang. Alak-alak-atai! (bahasa bebudak "galak-galak-gatallll!).


"Ooooo sedang mencari kerja?"
"ABANg ada sapa2 yang kenal boleh rekomen dia kerja.? dia tanya penuh harapan.
"Di KL tu? Ramai..." balasku seronok bukan main ! "Mahukah dia tinggalkan hampa ikut abang pi KL?"..
"Nanti saya tanya dia. Kalau dia mahu...nak duduk dimana?"
"Eh...sudah gaharu cendana pula. Tentulah duduk dengan abang dan anak-anak abang?"
"Muatkaah tambah sorang lagi?"
"Eh..rumah abang besar. Dua tingkat. Tiga bilik tidor + 2 bilik air di tingkat atas, dan satu bilik tidor dan satu bilik air di bawah. Lebih dari luuaassss ah!" . Aku memberi keyakinan.
 
Aduhhh....kalaulah dia mahu kerja di KL dan tinggal se rumah denganku.
Tapi...she too young for me. aM i TOO old for her? Hm, no time to fikir now. Tunggu nanti bila dia dah ada dihadapan mata di bawah perlindungan ku di rumahku, baru fikir semula.  Aih, lamanya adik sepupuku didapor buat air. Oooo barangkali sedang goreng cok kodok ke apa. Aik? Lamanya adik aku ke tandas. Ooooo barangkali sembelit agaknya.
 
"Ah...itupun si- A, dah balik"...kata suami adik iparku tiba-tiba. Nak panggil apa ye suami kepada adik ipar kita? Biras? Ah bolehlah sepupu biras agaknya.
"Assalamaualaikum. " bunga sedang mekar itu memberi salam. Sama seperti AR Tompel dari filem KELUARGA 69 galaknya waktu ternampak NORA mencuci pakaian di tepi sungai...macam itulah perasaan aku apabila terpandang untuk kedua kalinya paras gadis yang jelita itu.
 
(BERSAMBUNG)

Rabu, 6 Ogos 2014

#freePalestine #saveGaza

Dibedil tanpa kasihan
Anak-anak kecil mangsa korban
Setiap detik terus ditekan
Dari segenap ruang lapisan
Oleh syaitan durjana tak berperikemanusiaan














Bumi Palestine bergolak lagi
Israel dengan helah pelbagai alasan diberi
Konon mempertahankan diri
Dari pejuang Hamas menyerang bertubi-tubi
Provokasi meraih simpati mencari publisiti
Merekalah orang-orang suci













Orang awam menjadi mangsa
Sekolah, rumah, hospital dan masjid yang binasa
Saban waktu saat bertambah angka
Penyelamat dunia pejam mata tutup telinga
Merelakan sekutunya bermaharajalela
Menghapus pengganas serta terrorisma

Itu kata Amerika
Itu cakap Obama
Itu ayat menghalalkan pembunuhan mereka

Masyarakat dunia semakin terkesan
Melaungkan slogan anti kezaliman
Mengutuk serangan serta pembunuhan
Berilah Palestine kebebasan
Sokong Gaza hentikan peperangan

Yahudi yang sentiasa dilaknat
Jangan ingat kamu akan selamat
Gugur seorang mujahid, lahir seribu jihad
Berjuang demi tanahair yang berkat
Tidak gentar dengan peluru sesat
Kehancuran zionis semakin dekat

#freePalestine
#supportGaza

Selasa, 5 Ogos 2014

Naruto Shippuden Wallpaper

Another Naruto Shippuden Wallpaper Collections.

Naruto Shippuden Wallpaper





Isnin, 4 Ogos 2014

DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 5

PENCARIANku seterusnya membawa aku ke tanah rancangan felda di Pahang.
Aku dijemput adik sepupuku yang tinggal disana datang kerana dia sudah
jumpa calon yang mirip wajahnya dengan aruah.

Akupun tidak membuang masa lalu berkejarlah ke sana . "Berkejar" itu
tandanya aku dah teruk. dah desperate agaknya. Apa tidaknya, kalau sudah
set "projek" aku akan melaksanakannya sehingga selesai.Tambahan pula
aku jenis tak suka bertangguhtangguh sementalah motivasiku masih tinggi. Orang lain mungkin stay cool menanti jodoh diturunkan dari langit. Aku lain. Urusan ini urusan aku.
biar aku yang jalankan sendiri. Jadi tak jadi kemudian baru ke serahkan kepada takdir.

Sesampai aku ke rumah adik sepupu aku itu, aku terpandang kelibat seorang
gadis menuju kea rah biliik mandi dengan tuala menutupi kepala. Masyallah, ya tuan sheikh! Syukup syantik laaah!  dari pandangan kacamataku yang sudah kurang powernya.Apakah ini calon yang hendak diperkenalkan kepadaku? Jikalau benar, WOW! Orangnya putih melepak. Mukanya bujur sirih. BaDAN agak sedap…itu sekilas pandang. Dua kilas pandang kalo, aku boleh lakarkan dia dengan lebih detail lagi.



"Jom" adik sepupuku mengajak.
"Kemana?"
"Kerumah calon isteri abang itu lah!"
"Aaahh?"
"Kenapa lak?"
"I..I..itu tadi siapa?"
"itu anak cek."
"oooooo" Anak dia rupanya. Bisik hatiku.  Esh esh esh...tak padan emak, anak punyalah cantik jelita?
“Anak hang yang mana satu?”
“Itukan A……? “
“Iya ke? Yang abang dok suka dukung cium kecik-kecik dulu tu kah? Esh esh esh! Dok comel sampai ke besar panjang nu?”
Sepupuku hanya tersenyum.
"Tunggu apa lagi. jomlah " adik sepupu menggesa.

"Sekejap ah? " Aku betul2kan pakaianku. Sepasang jeans kau! Ada jenama lagi, tapi terletak di bahagian dalam kolar baju. Kok letak diluar bukan nak dapat komisyen iklan? Sejak bujang kembali itulah jeans satu set seluar dan baju yang aku pernah beli dan pakai.
Rugged. Kok aku ingat dengan mengenakan pakaian itu aku akan kelihatan
belia sedikit! Nasib baik juga aku tak tukar warna rambut aku yang
ada uban sana sini ke warna merah. Nasib baik waktu itu, mewarnakan
rambut belum lagi jadi ikutan macam sekarang. Ulama kata “Haram”. Hm..sekarang dah halal-halal belaka.  Warna rambut pun muka Melayu tu lah juga. Tak teringat pula aku pakai contact-lens , warna choklat pun jadilah kalaupun tak berwarna hijau atau biru, atau kombinasi hijau dan biru. Kalau warna itu yang aku kenakan ke mata, tentu bersinar-sinar dipandang calon bapak mertua aku. Mata akan kelihatan lebih berkilau dariDaud.Hark! Hark! Hark!

Sesampai kami ke rumah yang dituju tidaklah berapa jauh berjalan kaki.
Adik sepupuku memberi salam. Dijawab tuan rumah, seorang lelaki yang
lebih kurang sebaya saja dengan umurku.

" Ayah nya" adik sepupu aku membisik.Kami dipersila masuk.Adik sepupuku terus ke dapor bersaMA dengan kaum perempuan dalam rumah itu. aku duduk di ruang tamu bersama bapanya dan seorang lagi lelaki muda. Dengan penuhnya sopan dan santun
akupun menggenggam erat bersalaman dengan bakal bapak mertua aku yang kedua kelak
(harap2 begitulah...amin!)

Maka bermulalah sessi soal jawab macam juga di parlimen, cuma soalannya
lebih panjang dari jawapan. Dia hendak tahu umurku berapa, aku kerja apa, dimana, dah berapa lama, berpencen ke tidak, tinggal dimana ~ rumah sewa ke rumah sendiri, anak ada berapa, berapa kali dah berumah tangga, pergi kerja guna apa, keretanya jenis apa...ada bawakah ke tanah rancangan..Penat rasanya nak habiskan soalan yang bertubi-tubi datangnya  itu..

Akupun jawablah pendek2 satu persatu, sebab belum habis jawab sudah dituju soalan  susulan . Engkorangpun dah tahu sejarah hidupku sebab dah banyak kali ku ulangtayang di sini. Namun bagi yang baru menjadi warga RJ jawapanku pendek2 sahaja : E.O (executive officer), berpencen, rumah sendiri, anak empat (mestilah “orang” takkan “ekor”?) yang sulung kerja bank, yang lain sekolah lagi,baru sekali dengan aruah itu,..disini pakcik itu sempatpula mencelah, “sekali apa?” Tentulah kahwin, jawabku! kereta nissan bluebird  1.8cc (lengkap dengan kuasa kuda sekali
supaya dia tergerak nak Tanya bersar keciknya kereta !
ada kat rumah adik sepupu kalau hendak tengok. Kalian ingat aku kelentongkah dengan dialoq2 itu? …..Memang benar,,,Kok laripun kerana ditambah  kesan dramatiknya!  Hark! Hark! Hark!)


Sambil itu mataku tersasar ke arah pintu naik ke dapor, kalau-kalau ada
riak siapa2 datang menghidangkan minuman. Biasanya orang yang kita risik
sendirilah yang akan membawa hidangan. YES! Seorang wanita...memang ada
mirip aruah dengan tertib tiba dan meletakkan  minuman di meja. Tak terkelippun mataku
merakamkan wajahnya secepat mungkin sebelum dia berangkat pergi.
Perempuan itu menjemput aku minum. Aku terkedu....boleh tahan jugak.
"Ini Perkara Musti jadi!" Bisik hatiku,  sebiji macam dialoq
 Kemenyan bila tahu anak raja pura cendana, sang nila utama,berkenankan
anak gadisnya utk dijadikan isteri!- ref filem Musang berjanggut)

Sedang mata aku mengekori perempuan itu balik ke dapor, aku terperasan
juga pandangan tajam mata pemuda yang tadinya duduk diam membisu bersama bakal bapak mertuaku itu . Aku menoleh kepadanya dan melempaar senyum dengan isyarat ok.

Bapanya yang juga perasan aku terperasan terus memberitahu yang perempuan
tadi itu kakaknya calon isteriku....sambil menunjuk dengan ibu jari ke arah
pemuda itu, "ini suaminya."

Oooopppsss! Dah salah tembak rupanya. Aku cuba sembunyikan air mukaku
dari kelihatan merah padam kerana teramat malu.

"Habis....yangmana satu anak pakcik?" hm...lebih tepat kalau aku panggi
dia "abang" sebab kalau tua pun dia cuma setahun dua lebih dari aku.
Namun adat menghormati orang tua, kita kenalah berbahasa apa yang bakal
kita panggil jikalau jodohnya menjadi!

"Mmaksud encik, yang hendak dirisik itu?" dia bertanya, seperti menyuluh
Disiang hari.. Aku angguk betul2 macam burung pelatuk mematuk pokok.

" Ada di dapor. Dia tu pemalu benar orangnya. Tambahan pula kalau sesiapa
datang dengan hajat hendak merisiknya."

Aku bersandar lega. Kalau kakaknya boleh tahan, tentu adiknya lebih dari
"boleh tahan". Tinggi juga kakaknya, tentu tinggi lagi adiknya.
pADAN SEKALI dengan aku yang juga berukuran 5.9 skala richta
juga tingginya.

Bapanya menjemput aku minum. aku pun meletakkan cawan ke bibir! Aduiih!
panasnya! Mereka berdua tersenyum lucu melihat gelagat orang bandar. Mereka
menghirup teh o panas begitu begitu saja. Tentulah  bibir mereka tebal.
Menantu dan mertua. Bibir ku ini nipis, tak tahan panas. Dulu ditempat
kerja budak2 pompuan kat pejabat aku mengusik konon kata bibir aku tu
sexy. Ya lah tu agaknya. Tapi sekarang tak merah dan merekah bak
delima macam dulu lagi. Sekarang dah kelabu asap dibakar panas haba rokok yang
ku sedut dari sebatang ke sebatang. Cumanya waktu aku bersama mereka
di rumah itu aku ambil cuti kecemasan sebentar . Tapi apabila bapa calon isteriku menitik keluar...Aroma dari asap rokok daun tembakau jawa itu cukuplah memberangsangkan  sarafku. Hark! Hark! Hark!

"Tak merokok kah? " Lagi sekali seolan dari tuanrumah ku rasa seperti
bersuluh di dalam terang, sudah gaharu cendana pula, seperti Karam Singh Walia
bermadah dihujung katanya beberapa tahun terkemudiannya. Masakan dia tak nampak bibir ku yang lebam ini?

Terserlah juga apa yang ingin ku sembunyhikan.Walaupun dah tenyeh bibir dan berus gigiku, berkumur dengan listerin lagi untuk menghilangkan bau rokok dari penafasan.
Malah ku ambil langkah berhati2 tidak terlalu dekat dengan bapak calon isteri
ku itu. Harap2 rokok daunnya dapat menenggelamkan sebarang kesan bau
rokok dari nafasku! Hm, kalau kalian hendak bibir kalian merah dan
sexy untuk dikucup isteri...nah, hentikan merokok. Aku dah cuba . Pasang azam waktu kahwin pertama kali dulu akan KICK THE HABIT. Lepas aitu pasang lagi satu, after the weddinglah. Then azam bila sampai ke KL lah aku berhenti merokok. Sampailah dari satu anak hingga jadi lima dan kawin dua kali…azam hanya tinggal azam. Susah ooooo!

Aku cuba habiskan teh o panas itu dengan menuangkannya ke dalam piring
dan menghirup dari piring air yang agak sejuk itu. Bapaknya tersenyum.
tetapi menantunya cukup serious. Takut aku!

Tetiba ku lihat adik sepupukan turun ke ruang tamu dari tangga ke dapor.
Dia duduk di sebelahku sebentar. Dari pandangan matanya ku dapat kesan
"something is not right". Sebab dia tidak melempar sedikitpun senyuman
kepadaku. Namun dia reserve juga senyumannya untuk bapak calon isteriku
itu.

"Sudah disampaikan kepada Z....Apa keputusannya?" Tanya si bapa kepada
sepupuku. Masyallah! Aku seperti terangkat dari tempat dudukku. Sudahlah
rupa paras dikatakan iras wajah arwah, namapun bunyinya sama, cuma
beza ada huruf "i" pada the third last three letters dihujung nama itu.

Adik sepupuku tersenyum pahit...Aku dah rasa kejutan yang akan mendatang.

"APA NAK buat....nampaknya tak ada jodohnya dengan encik.." kata bapanya secara
bersahaja."

Aku seperti mahu bertanya balik, "Kenapa? Apa kurangnya aku?.." tapi
dia menyambung." Anak saya tu ustazah Tadika kampong ini. ...'"

Aku dah boleh agak ending ayat itu. AKU TAK LAYAK, period!. Apa tidaknya?
Datang merisik ustazah pakai Jeans ? Mustahi akan kelihatan seperti malaikat!
Kalau aku tahu anak dia yang ku sunting itu seorang ustazah, dah tentu
aku tukar pakaian .  Kok jubah dengan serban nampak extreme sangat..KOK NANTI dipelawanya aku mengimamkan solat asar dan berdoa ? Taka haghu? Masih ada harapan  kalau aku pakai baju teluk belangah dan kain pelaikat berserta ketayap putih melapik kepala! Kok tak standby, boleh pinjam suami sepupuku. Singkatpun singkatlah.

" Kalau ada jodoh, dan diperkenankan tuhan, pak cik lebih suka kalau dia kawin dengan ustad juga. " Bagai dihiris sembilu hatiku yang sudah terrluka. Adduh! Bisanya!

"Adakah calonnya ustad itu, pakcik?"

" Ada tak adapun, budak Seman yang mengajar di sekolah rendah di rancangan sebelah.
Mereka berkawan sejak kecik2 dulu. Pakcikpun berkenan budak tu. (Senyum meleret kepadaku) Itupun kalau dia masuk meminang...."

Aku letak semula gelas minuman ke dulang. Mengetap bibirku dan bangun
bersalam dengan mereka berdua. Ku mohon diri kerana aku perlu berkejar
pulang ke Klumpur malam ini juga. Esok harinya aku kerja.

Pak cik itu mengucapkan selamat jalan. Ku rasa genggaman  salam tanganku kali ini
agak longgar berbanding mula2 bertemua tadi. Ku ucapkan salam.
kepada keduanya, dan beredar.


"AwaT tak cakap dia ustazah?" Tak sempat2 aku meluahkan soalan itu
kepada sepupuku.
"abang tak tanyapun kat cek?" balas sepupuku.
" Habis macamamana hang bawa abang pi kalau hang tahu abang takdak
harapan lawan ustad?"
"Depa pun tak tahu abang kerja apa.Depa kata bawa mailah depa nak
tengok orangnya macama mana?

Hm sudah! Memang menyesal aku tak pakai jubah dan serban. Walaupun aku
tak sempat membela janggut!


(BERSAMBUNG)

#

Jumaat, 1 Ogos 2014

Avengers Wallpaper Collections - Marvel Comic

Just another wallpapers collection that might be a good collective for a person that who like about Marvel's comic. Feel free to download it. And it's free. The only thing that what i've been expected is to get more unique visitor to my humble blog instead.

Please click below link for full collections:
Avengers Wallpapers

Below is some wallpaper sample:-








Jumaat, 25 Julai 2014

Cable Car Tertinggi Didunia


 


 

 

 

Cable Car Tertinggi Didunia Di atas Puncak Menara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...