Hampir keseluruhan jiran dan juga ahli kariah turut serta mengambil bahagian bagi menjayakan acara tersebut. Lebih memeriahkan lagi apabila Adun Seberang Jaya, iaitu YB Datuk Arif Shah turut serta menyerikan lagi majlis yang serba ringkas dan meriah tersebut. Sebagaimana sifatnya yang mesra rakyat langsung tidak kekok untuk turun padang sambil menunjuk 'skill' mengacau bubur asyura.
YB diapit oleh Tuan Pengerusi Majlis (berbaju merah, Pak Mat), Ahli perhubungan UMNO Jalan Baru, Pak Majid (berbaju hijau) dan beberapa pemuda setempat.
Beberapa pemuda harapan bangsa sedang bertungkus lumus mengacau bubur asyura.
YB sempat ber'posing' sambil bergurau dengan masyarakat setempat
Menjamu selera secara self service, menjadikan YB lebih mesra dengan penduduk setempat.
Sebahagian masyarakat setempat yang turut serta menjayakan program mesra rakyat yang dianjurkan oleh Tuan Pengerusi, Abang Mat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan