Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Jumaat, 6 Mac 2009
Perjalanan Jauh
Semalam, untuk kali keduanya aku hadir ke Tanah Perkuburan Islam, Nyiur Sebatang. Kalau Sabtu lepas, aku menghadiri upacara pengkebumian kakak ipar bapa saudara aku, tapi semalam sekali lagi aku menghadiri upacara pengkebumian jenazah. Kali ini nenek aku yang meninggal. Agak terkejut juga, sebabnya masa sibuk @ kalut kat umah bapa saudara aku bagi menguruskan beberapa perkara kecil sewaktu orang lain sibuk menguruskan jenazah kakak iparnya aku ditegur oleh Tok (panggilan kepada nenek aku). Memang aku tengok dia sihat dan masih mampu berjalan jauh. Kalau nak dibandingkan jarak antara rumahnya dengan rumah anaknya (bapa saudara aku) agak jauh.
Beberapa hari sebelum ni, aku rasa agak janggal. Aku tiba-tiba jadi muram. Seolah-olah memikirkan sesuatu. Then, pagi semalam, lepas solat sunat Dzuha kat surau WD (tempat keje aku). Hati aku macam berat sangat nak masuk keje. Aku cuba buat biasa. Macam tiada apa yang berlaku. Sibuk dengan tugas harian aku. Tak sangka pula, adik aku yang keje kat Honeywell call bagitau Tok dah takde. Inn lillah hi wa inna ilaihirraji'un. Perasaan mula gelisah. Memang susah sangat nak balik time-time macam ni. 12.15pm adik aku call. Jumpa ngan Snr Exec bagitau aku nak balik awal sikit. Tok aku meninggal. Mulanya nak balik kul 3.00pm. Then, plan has changed. 1.00pm aku balik terus gi umah mak aku. Lepas solat Zohor, gi rumah Tok. Orang dah sedia ramai.
Buat kali terakhirnya, aku melihat wajah Tok. Wajah yang berseri-seri. Petang tu ramai saudara-mara dekat dan jauh sampai. Mulanya, kalau ikut perancangan awal, hendak dikebumikan jam 5.00 atau lebih tepat, selepas Asar. Tapi, pihak masjid yang menyembahyangkan jenazah terpaksa ke beberapa tempat lain bagi menyempurnakan solat jenazah, tertangguh ke 6.30pm. Aku pula rasa macam lambat sangat.
Dalam jam 6.15pm, jenazah mula dibawa ke Masjid Nyiur Sebatang, bagi disempurnakan solat jenazah. Sesampai je kat Masjid tu. Hujan punya le lebat. Angin pun kuat sangat. Lepas je selesai solat, hujan reda. Terus bawa gi ke tanah perkuburan. Jam 7.00 selesai semua. Maka terlihat sesuatu. Hampir keseluruhan yang ada kat situ semuanya adik beradik, sepupu sepapat aku. Ramai memang ramai. Majoriti lelaki. Termasuk aku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan