Isnin, 16 Jun 2008

Way To DELL, Way To CEVA Bukit Minyak

Sejak Euro 2008 ni bermula, rata-rata staff aku sentiasa hilang dari tempat kerja. Kadang-kadang tu hilang yang melampau. Apa tidaknya, ada yang sampai berjam-jam. Betul-betul melampau. Aku dah jadi meloya dan mual nak tegur diorang ni. Buat apa nak tegur, sebab bila diorang gi layan Euro tu, sekali ngan Supervisor. So, aku nak kata apa? Aku ni Cuma leader pekak je. Lantak korang ja. Fikir sendiri. Betul aku cakap. Kalau aku komplen pun, tak ada maknanya. Sebab ada back-up.

Semalam, lepas makan ubat selsema, aku totally out. First time aku dapat ubat yang betul-betul power macam ni. Selalunya, ubat yang aku dapat tak berkesan pun. Makan siang, sampai malam pun still berjaga. Lain pulak kali ni, lepas makan malam tadi, terus gasak. Ye la batuk aku pun dah makin teruk. Mau tak mau aku kena makan. Lepas setengah jam, aku dah lalok semacam ja. Langsung tak bermaya nak angkat mata pun. Terus terlena. Flat out. Totally flat out. Dalam pada tu, aku terpaksa buka mata juga untuk setel beberapa shipment. Tapi dah tak macam orang yang stabil. Message masuk pun aku dah tak peduli. Ini pun dok rasa lagi. Lepas solat isya’ tadi, singgah kafe jap. Ambil secawan kopi ‘o’, berapa lama sangat boleh tahan. Dalam dok menulis ni pun, masih menerawang menerjah ke alam lain. Antara realiti dan fantasi.

“Euro dah tiba, tapi kita masih tak ada sponsor, Mustahil, MUSTAHIL! Kita sanggup buat apa saja demi bola sepak. Sanggupkah kita? Sanggup, apa kata kita warnakan rambut kita macam dia?” apa bangang punya iklan. Tapi itulah realiti kehidupan. Sanggup buat apa saja untuk bolasepak. Euro, EPL, CL dan World Cup. Tapi bila Liga Malaysia? Hampeh. Langsung tak ada layanan. Apa tidaknya, mutu mainan macam kampung. Tak ada peningkatan. Pening ada la. Betul aku cakap, game langsung tak menarik. Makin merosot ada la. Langsung tak leh nak compare dengan standard English Premiere. Kita ni jauh ketinggalan. Terlalu jauh ketinggalan. Thailand, Vietnam dan Myamnar pun dah semakin maju. Kalau dulu, kita boleh bangga dengan Moktar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun. Tapi sekarang? Tak ada sesiapa. Bezanya, dulu bermain bola sebab negara, sebab minat dan sebab kepuasan. Tapi sekrang ni, semuanya kerana duit. DUIT!! Nak bangga dengan Nicole? Satu-satunya skuasy yang stabil. Badminton? Pasang surut. Tapi lebih surut dari pasang. Hoki? Tak ada improvement.

Hati aku masih lagi berbelah bahagi. Tapi yang pastinya, aku pun dah naik melugai kerja kat sini. Biarlah teruk sikit. Yang penting aku bebas. Esok, aku akan call boss aku. Kalau offer still available, pastinya aku akan join. Memang aku dah habis fikir. Semua keputusan ada kat dalam tangan aku. Aku kata okay je, pastinya, boss akan buat arrangement untuk aku. So, there’s no big deal. I’m still in CEVA. Buat sementara waktu ni. Memang tak terfikir nak cari kerja lain. Lagipun, dengan usia yang semakin lanjut ni, agak sukar untuk mencari kerja lain. Susah untuk syarikat lain mengambil orang yang semakin lanjut usia macam aku. Tapi, pengalaman dan skill ja yang dapat membantu. Tu sebab, boss offer aku untuk join dia kat Bukit Minyak. Untuk satu projek world wide. DELL projek. This is the big account, so far. Semua orang struggle untuk dapatkan bisness ni. Schenker, YCH dan skang ni, CEVA. Memang persaingan yang sangat sengit. Tapi disebakan main bisnes kat US dapat kat CEVA, so, secara automatik, Malaysia juga tidak terkecuali. Paling tidak, CEVA tersenerai dalam DELL.

Apa yang mencacatkan pada permulaan “shipment” dari YCH ke CEVA ialah, ramai sangat expert yang join CEVA, masing-masing dengan idea yang sangat bernas. Akhirnya bila kargo sampai, apa yang diorang buat? Mengerumun truck sambil sembang, beri pendapat cara-cara nak terima barang. Tapi apa pun tak jalan. Like fucking shit. Cakap, semua orang boleh cakap. Yang penting implement. How to handle, what do and don’t. Don’t just simply say this, say that, but in the end, nothing. Zero. Satu hari kat situ, aku dapat tengok terlalu banyak kekurangan. Hanya disebabkan kekurangan ini, bakal menyaksikan pelbagai permasalah yang akan timbul.

Semalam, sekali lagi ketidakpuasan hati sesama staff berlaku. Aku tau ramai staff lain tak berapa suka masuk shift aku. Mungkin disebabkan sikap aku yang terlalu nak control mereka. Pada aku, secara logiknya, aku tak kisah pun apa yang diorang nak buat. Tapi, jangan la sampai orang lain terasa sakit hati. Dan memang dah terjadi pun. Apa yang berlaku? Duduk semeja sambil berbincang. Memang aku akui, aku masih lagi banyak kelemahan. lantak la. Aku pun malas nak fikir. Aku cuba buat apa yang terbaik semua orang. Tapi, ramai yang tak berapa suka cara aku.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...