Okey selalunya kan kita baca orang akan tulis tentang method dakwah
yang betul, bagaimana nak menghadapai orang-orang kena dakwah atau
dengan perkataan femesnya Mad;u. Selalulah digarap hal-hal yang perlu
dilakukan pendakwah atau kata femesnya dai'e. Antara perkataan yang
selalu diguna kena berhikmah, kenal dulu siapa orang yang kita nak
dakwah dan lain-lain. Tapi jarang atau senang kata tak pernah lagi aku
jumpa tulisan atau ceramah sebut tentang method orang yang didakwah.
Macam mana cara nak terima dakwah dari pendakwah.
Okey, maka dengan sedikit pengalaman aku sebagai orang yang selalu
kena dakwah dan adalah sikit-sikit berdakwah, maka aku nak simpulan
beberapa tips yang patut aku dan anda sekalian amalkan apabila seorang
saudara atau saudari kita ataupun dengan perkataan yang femes
dikalangan budak-budak Islamis iaitu Ikhwah dan Akhawat. Apakah
tips-tips itu? Mari kita saksikan.
Sebelum aku nak bagi tips-tips ini kepada diri aku dan pembaca
sekalian. Maka aku juga ingin mengajak aku dan pembaca-pembaca (macam
ramai je hek!) untuk meneliti sedikit method yang lurus apabila
membaca topik ini. Apakah itu method atau jalan yang lurus ataupun
Sirothul Mustaqim apabila membaca topik ini. Inilah dia jalan yang
lurus itu:
1) Letakkan diri kita sebagai seorang manusia yang kena dakwah dan
bukannya sebagai seorang pendakwah.
2) Lupakan tentang orang lain apabila membaca tulisan ini. Ingat
tentang diri kita dahulu.
3) Lupakan segala pengalaman kita berdakwah. Sebaliknya ingatlah
pengalaman-pengalam an kita apabila di dakwah.
Okey mari kita check satu persatu.
Tips-tipsnya ialah:
1) Lihat apa yang dikata, jangan lihat pada siapa yang berkata-
Sekiranya kita adalah seorang lelaki yang malas nak pergi solat Jemaah
di surau ataupun masjid. Kita ni budak yang rajin pergi kelas,
tiba-tiba datanglah seorang mamat ni. Dia ni boleh tahan rajin solat
jemaah, tetapi malas sikit dalam belajar. Dia ajak kita pergi solat
jemaah. Apakah respond kita?
Mungkin kita akan cakap "Elleh, kau selalu 'tuang' kelas, tunjuk bagus
nak ajak aku solat, blahlah oi".
Mungkin juga kita akan cakap "Kau sebelum nak nasihat aku, naikkan
dulu pointer kau tu, takat rajin solat tapi pointer rendah buat apa!".
Dan mungkin banyak lagi.
Yang sepatutnya kita buat ialah menerima apa sahaja nasihat tak kira
dari siapa pun yang datang memberikannya. Hatta kalau orang bukan
Islam suruh kita buat baik, kita mesti terima nasihat itu. Jangan
gatal-gatal mulut sebut "Oi kau kapir, apa kau tahu!".
2) Lupakan kejahatan si pendakwah- Mungkin si pendakwah ini ada
sedikit kecacatan moral. Contoh kita ni rajin sangat solat, tapi pakai
baju ketat-ketat. Lepas tu datanglah seorang minah bertudung labuh
ajak kita menutup aurat dengan sempurna. Malangnya minah bertudung
labuh ini terkenal dengan mulut lasernya suka mengumpat dan menjadi
CNN di kalangan teman-teman hostel.
Apa reaksi kita? Mungkin kita akan kata: "Pakai je tudung labuh, tapi
hati busuk buat apa". Ataupun "Kau tak tengokke dalam internet tu,
minah-minah yang dok ringan-ringan dengan balak diorang pun pakai
tudung gak."
Atau mungkin yang lagi laser akan jawab: "Elleh, aku tak nak jadi
macam kau, pakai je tutup aurat, mulut macam mangkuk jamban."
Cara yang betul ialah mengucapkan terima kasih kepad si pendakwah
kerana mengajak kita kepada kebaikan. Jangan hiraukan kejahatan si
pendakwah, ingatlah kebaikan di dalam apa yang dia ajak.
Benda ini juga patut diaplikasi jika kita ni seorang yang tutup aurat,
ala-ala gadis muslimah terakhirlah. Tiba-tiba datang minah pakai baju
ketat dengan seluar jeans ajak kita pergi solat jemaah di surau.
Janganlah kita tunjuk handal mengungkit tentang pakaiannya, sebaliknya
hargailah ajakan dia.
3) Jangan selidiki pendakwah- mungkin kita akan didatangi oleh
seseorang yang pandai mengajak orang tetapi dia sendiri tak buat apa
yang dia cakap. Dia ajak kita solat jemaah tetapi dia sendiri solat di
bilik. Dia ajak kita jangan buang masa duduk chatting-chatting, tapi
dia ni dekat bilik kaki main game FIFA.
Terima nasihat dia. Tidak perli sibuk-sibuk menjadi ejen FBI mahupun
CIA untuk menyiasat sama ada si pendakwah ini melakukan apa yang dia
dakwah.
4) Lupakan kebaikan kita- mungkin si pendakwah ini adalah orang yang
pernah kita bantu. Maka lupakan segala kebaikan kita kepada pendakwah
itu. Contohnya seorang budak lelaki ini dulu ada pinjam duit kita
waktu dia susah, kita selalu belanja dia makan dan minum sebab waktu
tu dia tak ada duit. Satu hari kita berbelanja sakan, tiba-tiba kawan
kita itu kata kat kita, "Tak elok membazir, kan elok jimat cermat".
Apa jawapan kita. Mungkin waktu itu dalam kelajuan 10MB sesaat, memori
kita terus memproses segala duit-duit yang kita laburkan untuk sedekah
kat kawan kita. Hasil pemprosesan itu mungkin kita akan menjawab "Oi,
kau tak sedar diri ke, dengan duit akulah kau dapat survive sampai
sekarang. Yang kau sibuk-sibuk apahal!".
Maka lupakan segala kebaikan kita kepada si pendakwah. Ambiklah
kebaikan daripada nasihat si pendakwah.
5) Jangan beri alasan- Jika kita disuruh menutup aurat, jangan beri
alasan panas, jika disuruh ke masjid jangan cakap sibuk. Paling kurang
sebutlah "Terima kasih, Insya-Allah saya akan buat."
6) Carilah pendakwah- Kita mesti mencari orang yang boleh mendakwahkan
kita. Jangan kita hanya menunggu-nunggu. Tempat yang sesuai mencari
pendakwah-pendakwah ialah di masjid atau di kuliah-kuliah. Jika kita
masuk ke masjid, dan melihat ada sekelompok manusia yang sedang
berkumpul, bercerita tentang isu-isu agama, membuat usrah dan
lain-lain pergilah kepada mereka.
7) Jalinkan hubungan mesra- rapat-rapatlah dengan si pendakwah.
Jadikan mereka rakan kita. Belanja mereka makan dan minum, ajak mereka
borak-borak ke, jalan-jalan ke. Ataupun bantu mereka. Contohnya kalau
kita ni jaguh dalam matematik ke, B. Inggeriske, bolehlah kita tolong
semakkan assignment-assignme nt pendakwah kita.
Sekian lah 7 tips menjadi orang didakwah yang berjaya. Sebelum
mengundur diri aku ingin mengingatkan larangan apabila membaca topik
ini:
1) Jangan baca topik ini dari kacamata seorang pendakwah kerana kita
akan mencari-cari alasan untuk menjawab topik ini.
2) Jangan berfikir tentang rakan-rakan kita yang menjadi orang yang
didakwah kerana nanti kita akan asyik mencari-cari kesalahan mereka
sebagaimana yang tertulis dalam tips-tips di atas.
3) Jangan menjadikan tulisan ini sebagai satu teori untuk dibahas dan
didebatkan, sebaliknya jadikan ia satu benda untuk diamalkan.
Ditakuti dengan melakukan larangan-larangan di atas, ia akan
menjerumuskan kita ke jalan yang bengkok dan bukan lagi jalan yang
lurus. Silap-silap jalan yang bengkang-bengkok itu akan membawa kita
ke lembah gaung yang tak diketahui dalamnya.
Maka, aku ingin mengingatkan diri aku dan diri-diri pembaca sekalian.
Apa yang aku tulis ini hanyalah apa yang aku rasa dan alami apabila
menjadi seorang manusia yang didakwah. Maka, tulisan ini adalah
nasihat kepada diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Dengan
menasihati orang lain, kita sebenarnya menasihati diri sendiri.
Apabila kita mengajak manusia bersolat jemaah sedangkan diri kita
sendiri selalu solat seorang diri di dalam bilik, lama kelamaan
nasihat kita akan memberi kesan kepada diri kita. Kita akan asyik
teringat apa yang kita ajari dan lama-kelamaan kita akan memegang apa
yang kita ajari walaupun mungkin sebelum ini kita ialah manusia yang
cakap tak serupa bikin..
Sekian Wallahu'alam.
http://the-authenth ic.blogspot. com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan