Rabu, 18 Jun 2014

Ter"kemurungan" Melampau

Dua tiga empat hari lepas, aku agak poyo beberapa hari. Mau idaknye, waktu tu memang aku betul-betul tertekan. Tertekan dek sebab aku dapat kerja kat KLIA sana nun. Bukan nak nidakkan apa yang berlaku, cuma time tu memang ..  hai.. tak tau nak habaq aih!

Salah aku juga, sebab cepat sangat buat keputusan. Tapi, aku ada cakap kat HR company tu bagi aku tempoh sampai esok, baru aku akan call balik bagi keputusan. Lepas dapat call tu, kepala otak aku jadi stressed. Aku pun tak tau pasai apa.

Esok pagi tu, aku belum lagi nak call, HR company tu call aku dulu, siap marah² sebab tak call balik semalam. Aku dok tergelak sendiri. Mau idaknye, aku cakap dah yang aku akan call balik esok. Bukan hari yang sama. Aduih!

Tapi, memang terkesan jugak la, bayangkan banyak menda yang nak kena buat. Hati langsung tak tenteram. Terus kena "kemurungan". Beberapa malam bangun. Minta pentunjuk dan nekad buat keputusan untuk tidak join company tu. Hati terus jadi lapang.

Bayangkan, sejak mendapat call yang pertama tu, banyak yang terganggu. Aku memang lemah dalam nak uruskan stress. Orang rumah selalu tegur aku supaya aku lebih calm dan fikir sebelum buat satu² keputusan. Harap² lepas ni, yang mana terganggu, tertinggal dan terkandas dapat aku "catch-up" balik.

Jumaat, 30 Mei 2014

** HAVE A GREAT DAY .. =)

















































Sabtu, 10 Mei 2014

Alhamdulillah...

Innalillah.. tiap kali dugaan melanda membuatkan aku lebih tabah.. selalu kita dengar yang dugaan tu macam-macam. Kita diuji dengan kekakayaan, kemiskinan dan pelbgai. Sebagai hamba tidak dapat tidak memang kita tak boleh elak. Dari situ baru kita tahu yang Allah s.w.t sangat sayangkan kita. Dia nak kita selalu minta dariNya. Sebab Dia Maha Mengetahui. Lumrah manusia yang mudah lupa... Allah ingatkan kita dengan ujian. Supaya kita senantiasa ingatkanNya.

Selasa, 15 April 2014

Somewhere I Belongs

Asyik dok layan Linkin Park lately, banyak menda yang dok mai bagi serabut kepala otak. Lepas satu, satu dok mengasak. Alhamdulillah setakat ni masih lagi boleh bertahan. Cuma aku nak kena kentalkan pertahanan hati dan diri. Memang kerja Iblis dan syaitan laknarullah nak menyesatkan umat Nabi Muhammad s.a.w. Paling senang sekali orang-orang yang kesedihan dan berputus asa.

Aku teringat beberapa kata-kata semangat, kalau dilanda kesedihan sebenarnya Allah s.w.t nak kita dekatkan diri dengan Dia. Dia rindukan doa-doa hambaNya. Dia nak kita muhasabah kekhilafan, kekurangan dan kelekaan kita dalam mengingati Dia. Yang paling penting sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Selasa, 1 April 2014

Alahai KFC ... Memang Sentap

Lama tak mem"blogging" der. Langsung tak dak masa nak tengok semua ni. Selalu dok tumpu kat kerja. Mana dengan kerja yang tak tentu masa. Tambahan kat rumah, semua komputer dan talian internet telah ditamatkan perkhidmatan. Biasa le sebab² teknikal.


Semalam, memang dah lama dok cari USB Flash Drive. Ronaldo Limited Edition USB Drive tu. 8GB lagi. Pergh! Memang sentap la. Aku pulak memang suka mengumpul produk KFC ni. Banyak juga le gift yang aku dah dapat. So, tambah lagi satu koleksi aku ni. Lepas ni tunggu headphone pulak. Sabar²...

Sabtu, 9 Februari 2013

Frustrated

Kau yang teristimewa tapi dia yang sempurna.....

Rabu, 23 Januari 2013

Monumen tidak Di ketahui

Camana bley tringat amik gambar ni pun xtau...cam menarik pulak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...