Rabu, 30 September 2009

Santai Raya: Sekitar Majlis Pertunangan Adik Ipar di Seberang Perak, Teluk Intan.

Selasa, 29 September 2009

Santai Raya: Balik Beraya Di Seberang Perak, Kg Gajah Perak

Meriah tak meriah, memang meriah. Mana tidaknya, ramai kaum kerabat sebelah mentua aku balik. Anak buah je, mak aiii.. Jangan cakap. Bukan selalu aku balik sana dan beraya lama-lama kat sana. Tapi tahun ni ada package, 2 in 1. Raya dan majlis pertunangan adik ipar aku. Memang mak mentua aku nak sangat kami balik.

Malam raya pertama, mana ntah adik ipar aku dapat mercun. Banyak plak tuh. Semuanya untuk anak buahnya. Ramei tuh...
Tu anak aku yang kecil sekali. Kira bongsu keladi. Agaknya....Cukup berkenan main bunga api. Lepas satu, satu dia pasang. Berani pulak. Abang-abang dia? Huh!! Umur macam ni mana berani main...

Pakat-pakat buat skill la main mercun ni...Yang pakai kain pelikat tu, bakal tunang adik ipar aku.
Ramaikan? Memang ramai. Tu pun kira ada lagi dua keluarga yang tak balik. Keluarga abang ipar yang sulung dan yang ke-empat. Kalau tak? Lagi meriah.

Tu, yang pompuan tu, adik ipar aku yang akan bertunang. Anak aku yang kecil macam biasa le. Memang rapat ngan adik ipar aku....


Jumaat, 18 September 2009

Jumaat Terakhir Ramadhan




Macamana nak cakap? Memang susah nak cakap bila dah sampai hari-hari terakhir Ramadhan. Pelbagai karenah yang boleh dilihat. Salah satunya... Itu dah masuk tahap kritikal. Macam-macam ragam yang boleh kita lihat.

Rabu, 16 September 2009

Ucapan Author: Salam Aidil Fitri...Maaf Zahir Dan Batin


Salam Aidil Fitri Buat Semua Rakan-Rakan Dan Taulan. Di kesempatan ini, teman nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Sekiranya ada terkasar bahasa, terpetah berbicara, tersilap susun kata. Mudah-mudahan dimaafkan...Amin..


Isnin, 14 September 2009

Anelka dan agama Islam (Utusan Malaysia)

**Walaupun aku fan Liverpool, tapi bila bab agama, aku sokong sesiapa saja yang beragama Islam**

Anelka dan agama Islam


Anelka dalam aksi.


BAGI peminat bola sepak dunia terutamanya penyokong kelab Inggeris, Chelsea, nama Nicolas Anelka mungkin sudah tidak asing lagi. Dia dianggap salah seorang penyerang paling berbahaya apabila berada di hadapan pintu gol lawan.

Pada musim lalu, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan 22 gol. Anelka kini dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa tenang dan tidak emosional di padang.

Keadaan itu berbeza ketika lelaki kelahiran Versailes, Perancis itu mewakili Real Madrid, Liverpool, Manchester City dan Arsenal. Ini kerana ketika itu dia dikenali sebagai pemain yang suka merungut dan emosional.

Perubahan sikap Anelka itu sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Dia dilihat semakin bijak dan tenang dalam apa juga situasi. Dalam wawancara dengan sebuah media di Britain baru-baru, Anelka mendedahkan perubahan di dalam dirinya berlaku sejak dia memeluk agama Islam pada tahun 2004 ketika mewakili kelab di Turki.

''Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya gembira menjadi seorang Muslim kerana Islam adalah satu agama yang penuh ketenangan," kata Anelka atau nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka.

Sebelum ini, Anelka pernah menyembunyikan identitinya sebagai seorang Islam kepada umum. Keadaan itu berbeza dengan rakan senegaranya Franck Ribery yang bermain dengan kelab Bayern Munich. Ribery sentiasa berdoa setiap kali hendak memulakan sesuatu perlawanan tetapi Anelka tidak berbuat demikian. Bagi Anelka, agama adalah soal peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada orang ramai.

Namun begitu selepas umum mengetahui agamanya, Anelka telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia kini seorang Islam dan mendapat hidayah pada tahun 2004, ketika bermain dengan kelab Fenerbahce, Turki.

Anelka yang dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, menghabiskan masa kecilnya di Trappes - sebuah kota kecil di pinggir barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang yang tiada agama. Pada ketika itu, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim dan di situlah dia mula tertarik dengan Islam.

Ketika ditanya dalam satu wawancara kenapa dia memilih Islam, Anelka menjelaskan, '' Islam adalah cara hidup yang sesuai dengan dirinya dan saya berasa tenang selepas menganut agama itu."

Anelka mengakui, sejak menjadi seorang Muslim, ia banyak membawa perubahan positif kepada dirinya sama ada sebagai seorang hamba Allah mahupun seorang pemain bola sepak profesional.

''Islam membimbing saya untuk bersikap arif dan ini banyak membantu saya supaya sentiasa bersikap tenang dan bersemangat tinggi ketika turun ke padang. Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada ketika di dalam atau luar padang.

Ketenangan

''Saya menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan, oleh itu saya perlu mencari ketenangan dan akhirnya saya menemui Islam," katanya.

Dari sudutu kehidupan peribadinya, Anelka bernikah dengan seorang warga Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Morocco.

Walaupun berbeza agama, namun ia tidak menggugat pendirian Anelka terhadap Islam, malah untuk perancangan masa depan Anelka bercadang untuk bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), apabila bersara kelak.

Apa yang menarik biarpun terpaksa mengharungi perlawanan ketika bulan Ramadan, namun Anelka tetap taat menunaikan ibadah puasa.

''Kami mempunyai ramai pemain beragama Islam dalam liga Inggeris dan kami tetap berpuasa kerana ibadah itu tidak menjejaskan kemampuan kami. Sebagai seorang Islam kami wajib menghormati Ramadan,'' kata Anelka.

Bagaimanapun Anelka mengakui beberapa kali ketika bulan Ramadan, dia mengalami kecederaan sehingga tidak memungkinkan dia berpuasa.

Kini Anelka menjadi salah seorang pemain bola sepak yang dikagumi dan dalam masa yang sama berusaha menjadi Muslim yang baik.

Kehadiran Ramadan kali ini disambut oleh Anelka dengan penuh kesyukuran dan yakin selagi dia berada dalam Islam, selagi itulah kehidupannya akan terus diberkati.

Sesungguhnya, Anelka bersyukur kerana pemindahannya ke Turki telah membolehkan dia menemui agama yang sebenar iaitu Islam. Kehidupannya yang sebelum ini terumbang-ambing tanpa agama, kini dipenuhi dengan seribu ketenangan.

Santai Raya: Hujan dan Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda


First dengar lagu ni, hati aku terdetik. Then bila aku layan kat YouTube, aduih! Aku betul-betul sebak. Betapa lagu ini sangat menyentuh jiwa. Walaupun secara keseluruhan lagu ni rancak. Tapi, penghasilan lirik dan penghayatan yang diluahkan oleh Raihan dan Hujan cukup menyentuh perasaan. Suasana kampung dan kehidupan Noh sebagai seorang anak pemandu teksi yang secara keseluruhan jalan cerita berkisarkan kehidupan yang terketinggalan.

Betapa ibu bapa sanggup menghabiskan berkorban demi kehidupan anak-anak yang dicintai. Sesusah manapun, mereka sanggup berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh anak-anak. Namun, pernahkah anak-anak terfikir akan susah payah, penderitaan yang terpaksa ditanggung? Kebanyakkannya tidak.. Sekiranya mereka menghargai apa yang telah dikorbankan oleh ibu-bapa, pastinya tiada lagi akan pusat asuhan orang-orang tua, tiada lagi gejala yang tidak bermoral. Apa pun, lagu ni memang best. Memang menginsafkan. Dan yang lebih penting mesej yang hendak disampaikan...

**Download link sebagai Usaha Mempromosi Album Tersebut. Sekiranya korang berminat, boleh a dapatkan di pasaran sekarang.**





Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri

Ayah Bonda Yang Dicintai

Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

Rabu, 9 September 2009

Santai News: Linkin Park News

Santai Music: Linkin Park - New Divide (Transformer - ROTF OST)

Actually ni kira official Soundtrack untuk Transformer - Revenge Of The Fallen. Bukan nak komen banyak le pasal band ni. Favourite band aku sebenarnya. Sound cantik, muzik pun cantik. Lirik, biasa le. Tapi takde le 18SX sangat. Semi-clean. But, kira boleh layan la. Tapi kalau nak compare dengan first album, Hybrid Theory memang the originally Linkin Park. Bila Mike Shinoda buat album rap dengan band Fort Minor, sound Linkin Park mula berubah. But aku suka lagi The Origin dengan gabungan Hip Hop dan Grunge Metal muzik. Layan ni.....





NEW DIVIDE
LYRICS BY MIKE SHINODA AND CHESTER BENNINGTON

I remembered black skies / the lightning all around me
I remembered each flash / as time began to blur
Like a startling sign / that fate had finally found me
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason / to prove me wrong / to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason / to fill this hole / connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

There was nothing in sight / but memories left abandoned
There was nowhere to hide / the ashes fell like snow
And the ground caved in / between where we were standing
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason / to prove me wrong / to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Across this new divide

In every loss / in every lie
In every truth that you'd deny
And each regret / and each goodbye
Was a mistake too great to hide
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason / to prove me wrong / to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason / to fill this hole / connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

**Lyrics courtesy from MikeShinoda.com**


Download: New Divide


**Promotion Purpose**

Jumaat, 4 September 2009

Santai Wallpaper: Digital Art Universe

Rabu, 2 September 2009

Santai Wallpaper: Great Mountain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...