Ahad, 7 September 2008

Banjir Yang Luar Biasa - Pt 1

Awal pagi masa aku balik keje, semuanya suasana macam biasa. Tenang dan nyaman. Memang tak expect sesuatu yang luar biasa akan berlaku.
Redup ni kira biasa. Malam semalam tu memang hujan. Bila pagi tu, mesti la kabus.
Kabus menyelubungi Bukit Bendera dan semua bangunan yang korang nampak kat gambar ni

Cuaca yang cerah, tak siapa yang akan sangka apa yang akan terjadi kemudian...

**bersambung**

The Worst Flood Ever

Just want to share, will update later. Last night our area in Jalan Baharu having a very worst flooded. It's about me and my family first experience. Whole day raining. About 7.00pm we have to move to "Pusat Pemindahan Banjir". Like it or not, we have to. 

I'll update with the picture later. For now, i need to clean up the home. 

Jumaat, 5 September 2008

Seketika Di MegaMall


Pepagi buta lagi aku dah tercongok kat Megamall. Biasalah rumah aku ngan Megamall bukan jauh sangat pun. Saje je aku gi ronda sana. Nak gi beli DVD games. Dah lama tak layan games. Dapat gak beli. Ingatkan kedai tak buka lagi. Semalaman layan NFS Most Wanted. Huhu...Asyik kalah ja. Huh.. Hampeh.. Tak reti nak control lagi.


Lengang ja. Ye la, kedai banyak yang belum beroperasi lagi. Aku amik kesempatan amik gambar. Digital Camera tuh sentiasa ada kat dalam poket. Nama pun Pocket Digital Camera.


Huh... ada promosi "Pakaian Dalam" kat ground floor. Aisheh!! bukan la. Ada jualan murah kat ground floor tuh. Bukan "Pakaian Dalam" ja, tapi banyak pakaian lain lagi....

Kedai favorite aku ni, selalu je aku gi shopping situ. Tapi belum buka lagi. Seluar dan baju unbranded tapi cantik. Lain dari yang lain.
Posted by Picasa

Khamis, 4 September 2008

Lirik : Andai Ku Tahu - Ungu


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Download here

Rabu, 3 September 2008

Sungai Dua Oh Sungai Dua


Inilah Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Tempat aku belajar dari tahun 1 hingga 6. Tempat yang terlalu banyak suka-dukanya. Aku masih ingat masa aku menjejak kaki ke situ. Tahun 1, aku pernah lari balik dari sekolah, sedangkan pada waktu tu baru saja bunyi loceng untuk rehat. Apa lagi, Tok aku ngamuk kat aku dan sepupu. Mau tak mau, pakai balik baju dan pergi sekolah sambung sampai habis waktu sekolah. Apa yang pasti, aku membesar dan belajar di sekolah tu. Pada awal persekolahan, maksud aku dari tahun 1 hingga 3, pencapaian agak memberansangkan. Tapi, selepas abah meninggal pada aku di tahun 3, pencapaian aku merosot. Aku langsung tak minat untuk belajar. Tapi aku teruskan juga. Aku tak mau ketinggalan dalam akademik. Aku pernah dimarah oleh guru Matematik (Ilmu Hisab). Dan Sir Lim (English) kerana kemerosotan.
Tahun 3 juga, kepala aku pernah kena lastik. Hari tu hari Jumaat, sebelum pergi sekolah, aku pergi tangkap anak ikan sempilai. Tapi ntah macamana, tiba-tiba aku rasa macam terkena sesuatu kat kepala. Tengok-tengok dah berdarah. Aku langsung tak diendahkan. Kena pergi sekolah gak. Dengan kesan darah kering kat kepala. Aku masuk sekolah. Sampai baik sendiri. Ambil minyak angin sapu sendiri. Hati aku jadi kering. Sampai sekarang.

Nampak usang dah sekolah ni. Uzur dan langsung tak terjaga.

Alahai, kering kontang. Kalau dulu, kiri kanan kekuningan dengan padi masak. Tapi sekarang dipenuhi dengan sambau dan lalang.

Baru lepas amik padi rupanya. Tuh yang biru tuh... Masjid..
Posted by Picasa

Isnin, 1 September 2008

Kronologi Ramadhan


Petang sebelum menjelang ramadhan. Ramainya pemain-pemain bolasepak yang diimport dari Myanmar. Memang menjadi "trend". Bermain untuk kali terakhir sebelum Ramadhan menjelma.

Malam Ramadhan. Maka ramai lah yang datang ke masjid dan surau bagi menunaikan solat Isya' dan solat sunat Tarawih. Muka masing-masing bercahaya.

Jeng-jeng-jeng...Inilah yang berlaku pada siangnya bulan Ramadhan. Alahai letih sungguh berpuasa sampai tertidur..... Hehehe..
Posted by Picasa

Salam Ramadhan



Ringkas je nih. Kalut sikit nak gi keje. Lepas sahur, update jap. Just nak ucapkan Salam Ramadhan Buat Semua viewers. Semoga Ramadhan ini lebih memberi makna dan keinsafan yang berpanjangan. Semoga diberkati dan dirahmati sepanjang hidup.

Dan yang paling penting, tabah menghadapi segala ujian dan rintangan. Mudah²an kita semua memperoleh kejayaan yang hakiki.

Selamat berpuasa. Salam Ramadhan eid Mubarak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...