Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah beberapa kali projek terbengkalai, alhamdulillah, dengan izin-Nya, telah dimuat naik akan rakaman kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Shamsudin. Ustaz Haji Shamsudin merupakan salah seorang Imam Masjid Seberang Jaya, Perai yang telah dilantik oleh AJK Masjid Al-Hidayah sebagai salah seorang ustaz bagi menyampaikan kuliah Maghrib. Bersempena Ramadhan, beliau telah dipanggil bagi menyampaikan kuliah Subuh. Mudah²an dengan termuat naiknya rakaman ini, maka akan ada rakaman susulan dari kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beberapa ustaz jemputan. Dan juga merupakan aktiviti semasa Masjid Al-Hidayah. Perai.
Rakaman boleh dimuat turun di jaringan di bawah:-
Audio Kuliah Subuh 120812
Maaf juga dipinta sekiranya mutu audio kurang memuaskan, selain saiz fail yang besar. Insya-Allah dalam masa mendatang, akan diperbaiki kekurangan tersebut.
Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Selasa, 14 Ogos 2012
Masjid Al-Hidayah: Audio Kuliah Subuh 120812
Isnin, 9 Julai 2012
Hebahan Masjid Al-Hidayah Jalan Baru: Ceramah Perdana Sempena Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagaimana title post ni, adalah amat dialu-alukan kepada khariah Jalan Baharu, Perai, Pulau Pinang atau sesiapa yang yang berada dalam kawasan atau juga kepada yang sudi datang ke Penang atau juga kepada sesiapa yang kebetulan berada di Penang, saya mewakili pihak Masjid Al-Hidayah Jalan Baharu, Perai ingin menjemput semua yang terbaca post ini bagi menghadiri Ceramah Perdana Sempena Ramadhan pada 16hb July, 2012 bersamaan 26 Syaaban 1433H. Penceramah jemputan tidak asing lagi iaitu YG Berbahagia Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz. Seperti banner kat bawah. Mudah²an kita mendapat menambah lagi ilmu dan amal kita. Insya-allah.
Sabtu, 22 Ogos 2009
Santai Lirik: Harapan Ramadhan - Raihan & Man Bai
Salam Ramadhan buat semua blog viewers. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini memberi seribu keberkatan, kerahmatan dan meningkatkan lagi Keimanan dan Ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Harapan Ramadhan
Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Song Category: Nasyid
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Isnin, 1 September 2008
Salam Ramadhan

Ringkas je nih. Kalut sikit nak gi keje. Lepas sahur, update jap. Just nak ucapkan Salam Ramadhan Buat Semua viewers. Semoga Ramadhan ini lebih memberi makna dan keinsafan yang berpanjangan. Semoga diberkati dan dirahmati sepanjang hidup.
Dan yang paling penting, tabah menghadapi segala ujian dan rintangan. Mudah²an kita semua memperoleh kejayaan yang hakiki.
Selamat berpuasa. Salam Ramadhan eid Mubarak.
Langgan:
Catatan (Atom)
