Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Isnin, 9 Julai 2012
Hebahan Masjid Al-Hidayah Jalan Baru: Ceramah Perdana Sempena Ramadhan
Ahad, 11 April 2010
Santai Pics: Penang – Once Upon A Time
Rabu, 8 Julai 2009
Santai Makan: 'Nasi Beratur' pilihan pencinta makanan
| |
| ORANG ramai sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi kandar di 'Restoran Nasi Beratur', bersebelahan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. |
Kepelbagaian makanan yang terhasil daripada kreativiti dan skil masyarakat berbilang kaum mencetuskan satu fenomena yang menarik terutamanya kepada 'pencinta makanan'.
Golongan tersebut sanggup menghabiskan wang dan masa mereka tanpa mengira siang atau malam demi merealisasikan 'hobi' mereka itu.
Jika berada di Pulau Mutiara, luangkan sedikit masa untuk mencuba salah satu hidangan nasi kandar yang mendapat sambutan ramai masyarakat di sini.
Tidak susah untuk mencari lokasi restoran tersebut kerana ia hanya terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, betul-betul bersebelahan dengan masjid terkenal itu.
Namun begitu, untuk menikmati hidangan di situ, tahap kesabaran pengunjung haruslah dipertingkatkan kerana mereka perlu beratur dalam barisan panjang untuk memilih lauk-pauk yang berkenan di hati.
Tidak hairanlah kedai makan itu lebih dikenali dengan nama 'Restoran Nasi Beratur' walaupun nama sebenarnya Restoran Liyaqat Ali.
Satu lagi keunikan restoran yang dibuka sejak 65 tahun lalu itu ialah juadahnya hanya boleh didapati dari pukul 10 malam sehingga 9 pagi setiap hari.
Penyelia restoran, Ismail Mohd. Ibrahim berkata, pihaknya memilih waktu operasi itu kerana ramai orang suka makan lewat malam dan awal pagi serta mereka ini pula mahukan lauk-pauk yang baru dimasak.
''Secara purata kami melayani lebih 500 pelanggan sehari yang sukakan nasi kandar kami dengan memilih lauk seperti kari daging, ayam, udang atau sotong.
''Malah, ramai juga pelancong asing yang datang dari Jepun, Australia dan Eropah," katanya di sini baru-baru ini.
Resipi yang dikekalkan sejak dibuka pada 1943 menjadi rahsia keenakan hidangan yang disediakan di Restoran Nasi Beratur.
Selain itu, adunan serta kandungan rempah ratus yang digunakan haruslah tepat dan ia menjadi kepakaran turun-temurun tukang masak di situ.
Pengurusnya, Muhammed Ashiq Sadiqul Ali, 22, berkata, biarpun cara memasak berubah daripada menggunakan dapur kayu kepada dapur moden, namun kandungan rempah serta ramuan yang digunakan terus dikekalkan.
''Kami menggunakan rempah asli dari Pulau Pinang yang diperolehi daripada kedai yang sama sejak turun-temurun untuk membangkitkan aroma masakan di kedai kami.
''Tempurung yang digunakan untuk mencedok nasi juga menjadikan nasi yang dihidangkan harum serta lain daripada kedai lain yang menggunakan piring atau senduk plastik.
''Ramai pelanggan terkejut melihat nasi dicedok menggunakan tempurung tetapi apabila merasai keenakan nasi itu, mereka memuji cara unik kami," katanya ketika ditanya rahsia keenakan hidangan di kedai itu.
Ditanya mengenai lauk yang menjadi pilihan pelanggan, Ashiq berkata, pelanggan sering memilih ayam ros dan daging masak hitam selain kuah yang dicampur antara kari daging dan kari ikan.
''Ketua Menteri Pulau Pinang serta beberapa menteri Kabinet juga pernah menjamu selera di sini serta memuji masakan yang kami sediakan," jelasnya.
Malah ujarnya, ada individu yang sanggup beratur lama untuk membeli sehingga 50 bungkus nasi kandar untuk hidangan majlis kenduri.
Namun begitu, Ashiq berkata, rahsia utama kejayaan Restoran Nasi Beratur ialah mereka tidak pernah lupa memberi sedekah makanan kepada fakir miskin serta menjamu jemaah di masjid berhampiran.
Sementara itu, seorang pelanggan, Jeffrey Khoo, 30, merupakan antara pelanggan setia restoran itu dan datang ke situ setiap hujung minggu.
''Masakan di sini enak dan sesuai untuk dijadikan tempat bertemu rakan-rakan untuk makan malam," katanya.
Haszura Che Ahmad pula memilih kari ayam sebagai hidangan yang membuatkannya sering menjamu selera di situ selain keunikan nasi yang dicedok dengan tempurung kelapa.
''Pada pandangan saya, tidak rugi beratur panjang dan mengambil sedikit masa bagi mendapatkan makanan yang istimewa," tambahnya.
Isnin, 20 Oktober 2008
Uniknya Masjid Batu Uban
Kalau sapa-sapa yang balik ke town atau ke seberang melalui lebuhraya pantai tu mesti terperasan dengan masjid ni. Lama dah aku nak amik gambar masjid ni. sekali tengok macam ngan umah tradisional je. Tapi ini lah masjid yang unik. Kenapa? Rekabentuk yang menarik. Siap ada perigi sendiri. Aku slalu singgah solat maghrib sini dulu kalau aku terlewat balik dari kerja.
Aman dan dingin.
Signboard kelam sikit. Silap aku gi fokus (zoom) banyak sangat. Tak kisah le. Yang penting nampak le juga.
Batu asas yang terpacak kat depan pintu masuk ke balai masjid. Susun atur yang menarik.
Ni lah yang aku kata unik. Macam rumah perkampungan tradisional.
Kalau orang luar mesti ingat ni rumah. Sebab tiada kubah maupun bulan bintang. Itulah yang uniknya. Tempat pun strategik.
Sabtu, 13 September 2008
Sunrise.......From Penang Bridge
Ahad, 7 September 2008
The Worst Flood Ever
Selasa, 19 Ogos 2008
Flooded Strikes Again .. cont'd

Pagi-pagi lagi riuh rendah kat tepi umah aku ni. Rupa-rupanya, jiran sebelah tengah ambil senarai nama untuk mendapat sumbangan dari PKR. Hehehe!! Aku pun numpang gak.

Isk! Isk! Tak sangka pula yang DSAI dan Isteri pula yang sampai. Datang melawat kawasan. Peluang yang ada jangan disia-siakan. Walaupun bukan pro memana, asalkan ada yang datang, kita sambut. Meriahkan keadaan.

Sempat juga menikmati juadah sampingan. DSAI dan Isteri.

Taklimat ringkas Encik Zamri sebelum memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

Sedang memunggah barang-barang makanan sebelum disumbangkan kepada penduduk mangsa banjir.
Flooded Strikes Again

Anak sapa ni ee? Alahai anak jiran aku rupanya. Macam itik. Asal banjir je, baju tu mesti tukar sampai lima enam kali (5,6 X). Apa nak buat ee? Dah memang gitu ghupanya. Biarkan ajelah.

Ni kira dah sampai tahap kritikal dah ni. Rumah orang len blom masuk air lagi, rumah aku? Dah, jerap thru' bilik air. Apa lagi? Pindah sebelah rumah le jap. Rumah sebelah tu tinggi le sikit. Dalam rumah langsung tak leh nak masuk.

Nengok le air sungai tu? Kalau nak diikutkan, sungai tu dah cukup dalam. Baru beberapa hari lepas dikorek dan dibersihkan. Tapi, tu lah. Sungai ni kira "main road" kepada laluan untuk terus ke laut. So, memang tak ada pilihan. Punca utama tu, ada le disebabkan oleh laluan air yang sempit disebabkan oleh train railways. Kira, bila air laju je, mesti tak dapat nak tampung laluan tu. Then, bila ada pula pokok "keladi bunting" lalu. Habis....Melimpah

Percaya atau tak, dalam air kat sini sampai ke paras lutut? Memang tak percaya kan? Actually this is the fact. Rumah-rumah kat sini memang tinggi. Tapi tinggi lagi air banjir ni. Lantai rumah kat sini dah dinaikkan. Dari bumi ke atas je dah paras lutut. So, bila macam ni? Memang paras lutut le.

Ni le rumah aku. Air memang dah masuk dalam dah. Paras buku lali kat dalam rumah, tapi paras lutut kat luar rumah.

Rumah jiran, selamat sikit. Terlebih tinggi sikit je. Tapi penuh gak kat sebelah dapur sana. Ni la dugaan yang memang kami akan hadapi setiap 5 hingga 6 bulan sekali.
