Sabtu, 25 Oktober 2008

Gathering SLR-YCH 2002


Aku pun tak ingat tahun bila, cuma secara kasarnya memang aku ingat sangat tahun 2002. Sengaja aku upload balik gambar lama ni. Biasa le. Kenangan masa aku dan rakan-rakan aku tengah gah dan teruja dengan Piala Malaysia, EPL dan Piala Dunia ini termasuk Championship League dan segala jenis piala yang melibatkan bola sepak. Antara barisan ahli yang kuat la masa tu.
-Anuar, Nazarudy dan Azhar Yap.

Saudara Megat sedang cuba mencari idea untuk membuat taklimat ringkas. Seringkas mungkin.

Posing ramai-ramai beb! Ahli asal yang sama-sama memperjuangkan kelab SLR-YCH®.

Tapi skang ni ramai yang dah bawa diri masing-masing. But still in contact. By phone, e-mail dan juga sesekali minum kopi kat R&R Juru. Saja je lepak sana. Buang masa sikit. Bukan selalu nak jumpa....
Posted by Picasa

Isnin, 20 Oktober 2008

Uniknya Masjid Batu Uban


Kalau sapa-sapa yang balik ke town atau ke seberang melalui lebuhraya pantai tu mesti terperasan dengan masjid ni. Lama dah aku nak amik gambar masjid ni. sekali tengok macam ngan umah tradisional je. Tapi ini lah masjid yang unik. Kenapa? Rekabentuk yang menarik. Siap ada perigi sendiri. Aku slalu singgah solat maghrib sini dulu kalau aku terlewat balik dari kerja.
Aman dan dingin.

Signboard kelam sikit. Silap aku gi fokus (zoom) banyak sangat. Tak kisah le. Yang penting nampak le juga.

Batu asas yang terpacak kat depan pintu masuk ke balai masjid. Susun atur yang menarik.

Ni lah yang aku kata unik. Macam rumah perkampungan tradisional.

Kalau orang luar mesti ingat ni rumah. Sebab tiada kubah maupun bulan bintang. Itulah yang uniknya. Tempat pun strategik.

Rabu, 15 Oktober 2008

New Lirik : Mantera Beradu - M.Nasir & Malique



Lirik Mentera Beradu :
Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....

Untuk Download : Klik Sini

Welcome to Smoke Zone..


Sabtu lepas, masa aku balik keje cuaca memang digin sekali. Apa tidaknya, malam tu hujan lebat sangat kat tempat / kawasan kerja aku. So, sepanjang perjalanan balik dari Penang sampai le Prai, cuaca macam okay ja. Then bila masuk je area Jalan Baru, suasana berkabus sangat. Macam memasuki zone Twilight. Hehehe.. Yang pasti cuaca aman sangat. Apa lagi, snap dulu le.


Jarak penglihatan dekat sangat. Berapa meter ja. Memang pelik sikit la. Sebab dari atas highway semua cerah. Cuma bila masuk kawasan situ ja.

Nampak kan. Berkabus..

Tapi yang paling best, view dan scene dia dingin dan aman. Tenang bebeh!! Kalau boleh nak juga aku lepak lama-lama kat situ. Tapi rasa macam pelik la sikit. Kang apa pula driver² yang lalu lalang kat situ. Diorang pikir aku ni Polis Trafik tengah buat speed trap pulak.. Paling tidak, 1st time ever aku dapat merasakan suasana sebegitu.
Posted by Picasa

Sabtu, 11 Oktober 2008

Terkini..


Sebenarnya kan, aku ni malas sangat nak update blog aku. Ntah la sejak dua menjak ni, alahai macam tak ada semangat la nak share apa-apa. Puas aku memikiorkannya. Bukan tak ada bahan, ada.. tapi tetap malas gak. Hari ni pula ada rumah terbuka Aidilfitri... Berat pula rasa nak gi, ye la dah lama tak gi memana..
Posted by Picasa

Rabu, 8 Oktober 2008

Kemaskini..

Latest ni.. tak ada apa nak update lagi... Malam karang kot.. Tengah plan² nak pakai casual @ formal untuk majlis kat kompeni aku ni....

~Adios~

Sabtu, 4 Oktober 2008

Memori : Ramadhan 1429H


Sepanjang ramadhan tahun ni, terlalu banyak suka-duka yang terpaksa aku / keluarga aku tempuhi. Terlalu suakr untuk dilupakan. Pelbagai dugaan dan rintangan dalam menguji ketaqwaan dan keimanan. Dan tahun ni juga, tahun yang paling bersejarah dalam hidup aku. For the 1st time ever aku mula berjinak-jinak dengan politik (bukan join pun cuma amik tahu saja politik semasa). Semuanya bermula dengan sekembalinya DSAI ke arena politik dan apa yang pasti, perkembangan politik semasa sangat mendukacitakan.

Malas nak citer pasal politik ni, ye la..Aku bukan reti sangat pun. Amik tahu macam² tu je la. Nak kasi full comitment, jangan harap. Tak minat. Tahun ni..Aku berterawih disebelah orang yang banyak juga membantu masyarakat setempat (Jalan Baru) sekiranya berlaku apa-apa permasalahan, bencana ke apa ke. Dialah orang yang pertama turun padang.
YB Ariff Shah Dari awal terawih sampai le habis. ~

Dan dalam sejarah juga, buat pertama kalinya kawasan aku mengalami banjir besar. Selama aku tinggal kat situ, inilah kali pertama aku terpaksa berpindah ke pusat pemindahan bencana akibat banjir. Dan kali ini juga mengajar aku tentang betapa prinsip orang melayu kebanyakkan (Pengampu Orang Kaya). Kenapa aku berkata demikian? Akan aku jelaskan kemudian. Dan bulan puasa tahun ni jugalah aku bersahur di tempat pemindahan bencana. Memang serba kekurangan. Kalau nak diceritakan saat-saat tu, memang la tak cukup page ni. Tapi, cukup membuat aku dan keluarga jadi trauma dan hujanphobia.


DWAI bersusah payah datang dari KL semata-mata nak bagi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Kat sinilah dapat aku saksikan betapa sikap orang melayu ni lebih kepada suka membodek dan suka dibodek. Apa tidaknya, kalau dari atasan dah mengajar macam tu. Aku amik contoh masa sebelum bermulanya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh (P44). Kawasan kami kena banjir. Tapi masa tuh, tidak le teruk sangat. Masing-masing turun bagi sumbangan. Dalam erti kata lain, meraih undi. Tapi bila dah habis pilihanraya dan semua orang tahu akan keputusannya. Dan lebih menarik apabila Pak Lah telah menyediakan Bajet 2009 di mana peruntukan untuk bencana termaktub. Apa yang terjadi?? Kawasan kami langsung tak dipandang oleh mereka-mereka ini. Sekiranya keputusan P44 adalah sebaliknya, aku pasti dan for sure pasti pelbagai kemudahan yang akan dapat. Tak percaya? Kenalah percaya. Inilah sikap orang melayu sebenarnya.

Begitu juga apa yang berlaku kat tempat kerja aku. Yang ni, aku no komen. Sudah terang lagi bersuluh


Majlis berbuka puasa dengan e-groups Islamic-eBook. Setelah sekian lama kemarau majlis berbuka puasa. Nak harapkan team SLR-YCH aku? Entah tahun bila agaknya baru dapat adakan Majlis Berbuka Puasa. Hari tu ada gak bincang. Macam² alasan yang diberi. Aku pun dah fed-up sebenarnya. Lantak le. Minggu depan ada majlis berbuka puasa / makan malam kompeni pulak. Sepatutnya diadakan pada 28hb, hari tu kan dah ramai yang balik kampung. Apa le punya plan. Nampak sangat tak reti tengok kalendar. Ni dah lepas raya ni majlis berbuka pe jadahnya. Dah jadi majlis raya le.


Akhir sekali........ Pagi syawal yang cerah. Walaupun sehari sebelum tu rumah aku masuk air sekali lagi. Hujan melebihi 24 jam. Dugaan. Salam aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. (Sorry le, gambar blur sikit. Anak aku yang snap)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...