Ahad, 7 September 2008

Banjir Yang Luar Biasa - Pt IV


Aku tak boleh lengah lagi.. Aku kuar amik gambar sekitar. Ngalahkan YB... Actually, aku numpang YB Ariff Shah. Dia orang pertama datang melawat kawasan. Aku pun ngekor ja. Ni lah suasananya. Rumah ni lah yang selalu kena banjir paling kritikal. Air kuat ke, ujan lebat ke.. First home yang kena banjir, rumah ni la.

Tuan rumah, tu ha.. tengah bawa lari motosikal naik ke atas jalan keretapi. Nak parking kat umah dia. Tenggelam le jawabnya.

Ni pula, kat dalam umah aku. Freezer tu kira dah tinggi. Dah lapik 2 kali bata. Itu pun air dah naik sampai situ. Memang tak dapat nak diselamatkan lagi.

Mesyuarat dan pesta air.. Banyak le pesta air. Penduduk setempat pun dah mula gelisah. Ramai dah mula keluar dari rumah. Mana dengan nak berbuka puasa lagi.. Dengan air semakin naik... Dengan ujan pun tak reda lagi.. Tawakal je lah..

**Bersambung ke Last Episode (May be)**
Posted by Picasa

Banjir Yang Luar Basa - Pt III


Kejap je, air sungai tu terus melimpah. Bayangkan lah, air yag sedia ada pun blom surut, pastu hujan lebat balik. Tambah lagi. Memang terus melimpah keluar la. Hujan pula, kejap lebat kejap idak. Cuaca pun kejap cerah tapi ujan, then gelap balik...

Dalam umah, jangan cakap le. Memang dah masuk air dah. Jerap dari lantai.

Basikal anak aku pun dah tenggelam setengah. Itu kat tepi koridor tuh. Koridor ngan tanah agak tinggi. Maknanya air pun dah tinggi.

Macam ni la keadaan. Itu baru dua jam ujan. Hari tu pula, hujan seharian. Dari pukul 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Tu pun belum reda sepenuhnya. Kepala otak memang tak ingat apa-apa dah. Yang penting semua dokumen yang wajib simpan, buku-buku sekolah harus diselamatkan...

**Bersambung lagi**
Posted by Picasa

Banjir Yang Luar Biasa - Pt II


Lepas balik sampai umah, aku amik pula gambar sekitar umah aku. Kalau nengok dari suasana sungai ni pun, memang aku rasa gerun gak. Kat dalam hati pula tergerak dok kata "hai..kalau ujan lagi hari ni, alamat le..." Memang cuaca nampak baik sangat pagi tuh.

Air sungai blom lagi surut sepenuhnya. Malam sebelum tu pun, wife aku dah antor message bagitau, umah dah naik air sikit kat bahagian dapur tuh.

Dalam dok rasa lega sebab cuaca cerah, tetiba ja, dalam pukul 9.30 pagi, hari tiba-tiba je gelap. Hati aku memang rasa tak best dah waktu tuh. Sebabnya, beberapa tahun lepas, masa tu aku keje kat Exel, pernah gak jadi macam tuh. Memang hari Jumaat hujan lebat, then pagi sabtu tu cerah dan dalam pukul 9 lebih hujan lebat sangat. Sampai air naik melimpah. Same scenario happen. Hari sama waktu pun hampir sama. Luckily, aku off hari tuh. Memang dah standby awal dah.

Air mula melimpah keluar.. Dah lebih paras lantai...

**Bersambung**
Posted by Picasa

Banjir Yang Luar Biasa - Pt 1

Awal pagi masa aku balik keje, semuanya suasana macam biasa. Tenang dan nyaman. Memang tak expect sesuatu yang luar biasa akan berlaku.
Redup ni kira biasa. Malam semalam tu memang hujan. Bila pagi tu, mesti la kabus.
Kabus menyelubungi Bukit Bendera dan semua bangunan yang korang nampak kat gambar ni

Cuaca yang cerah, tak siapa yang akan sangka apa yang akan terjadi kemudian...

**bersambung**

The Worst Flood Ever

Just want to share, will update later. Last night our area in Jalan Baharu having a very worst flooded. It's about me and my family first experience. Whole day raining. About 7.00pm we have to move to "Pusat Pemindahan Banjir". Like it or not, we have to. 

I'll update with the picture later. For now, i need to clean up the home. 

Jumaat, 5 September 2008

Seketika Di MegaMall


Pepagi buta lagi aku dah tercongok kat Megamall. Biasalah rumah aku ngan Megamall bukan jauh sangat pun. Saje je aku gi ronda sana. Nak gi beli DVD games. Dah lama tak layan games. Dapat gak beli. Ingatkan kedai tak buka lagi. Semalaman layan NFS Most Wanted. Huhu...Asyik kalah ja. Huh.. Hampeh.. Tak reti nak control lagi.


Lengang ja. Ye la, kedai banyak yang belum beroperasi lagi. Aku amik kesempatan amik gambar. Digital Camera tuh sentiasa ada kat dalam poket. Nama pun Pocket Digital Camera.


Huh... ada promosi "Pakaian Dalam" kat ground floor. Aisheh!! bukan la. Ada jualan murah kat ground floor tuh. Bukan "Pakaian Dalam" ja, tapi banyak pakaian lain lagi....

Kedai favorite aku ni, selalu je aku gi shopping situ. Tapi belum buka lagi. Seluar dan baju unbranded tapi cantik. Lain dari yang lain.
Posted by Picasa

Khamis, 4 September 2008

Lirik : Andai Ku Tahu - Ungu


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Download here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...