Kung Fu PandaUntuk Full collection boleh download kat sini :-
Kung Fu Panda
Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.
“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.
“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.





Aiseh! Pe hal plak ambil gambar dengan tong sampah plak? Actually, kat situ lah tempat aku selalu lepak, rilek, ambil angin dan tempat selalu aku mencari idea sesambil memikirkan sesuatu yang aku perlukan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Hehehe!! Sebenarnya situ tempat aku lepaskan penat. Ye lah, balik dari kerja, sebelum balik umah, aku singgah jap situ. Isi minyak dan sesambil tu, minum setin air sesambil melihat pemandangan sekeliling dan melihat gelagat manusia sekitar.
Blur giler. Inilah "flyover" untuk ke Bukit Minyak, Sungai Bakap, Nibong Tebal dan seterusnya ke Ipoh, KL dan merata lagi. Pada yang menggunakan jalan lama la. Kalau guna highway tu. Kejap saja dah sampai ke destinasi. Ntah kenapa ya, tetiba gambar jadi blur macam tuh. Mungkin disebabkan oleh "setting" tak betul agaknya. Lain kali la aku ubah "setting" tuh.
Ini pula, Masjid yang menjadi kebanggan masyarakat setempat Jalan Baru. Setelah hampir dua tahun pembinaan. Sekarang ni dah siap sepenuhnya. Pada asalnya, mengikut perancangannya masjid ni nak dibina dua tingkat. Tapi dek disebabkan tidak cukup bajet. Jadilah satu tingkat saja. Keadaan agak panas kat dalam, sebab bumbungnya tinggi. Alhamdulillah, masjid ini tetap menjadi kebanggan penduduk Jalan Baru kerana rekabentuknya yang cantik dan terletak pada kedudukan strategik.
Apartment? kondo? Bukan. bukan. Ini adalah asrama bebudak UiTM Permatang Pauh. Senang cakap le, bebudak yang dapat sambung belajar kat UiTM Permatang Pauh, memang bernasib baik. Sebabnya segala kemudahan senang. Nak pergi mana? Cakap je. Pacific (Megamall), Butterworth (Jeti), Penang, Bukit Mertajam. Just say it. Mesti boleh perginya. Kedudukannya di tengah-tengah perjalanan antara Butterworth - Bukit Mertajam. RapidPenang pun melambak. Ambil je bas depan masjid tu, nak pergi mana? Perkhidmatan sampai ke Penang tuh.
Last sekali, PERDA Gateway. Sesapa yang nak ke Bandar PERDA, Pintu Gerbang ni lah yang mengalu-alukan kedatangan anda. Masuk je Bandar PERDA, segalanya ada. Jaya Jusco (masih dalam pembinaan), bank (jangan cakap le, bersepah), kedai makan (24 hours), internet cafe (bukan saja internet cafe, pelbagai khidmat ada untuk memudahkan bebudak Poli, UiTM buat assignment), rumah urut (Huhuhu. Yang ni pun ada), Karaoke (Hiburan sihat keluarga - Ditulis kat banner pusat tuh).

Gambar ni pula, aku ambil masa nak balik. Lepas makan, sebelum naik keta, aku dapat tengok pemandangan warna warni ni. Cantik. Menarik perhatian aku. Then, aku pun snap. Kelam sikit la. Sebab phone camera aku ni tak ada flash. Lagipun 2.0 megapixsel. China set pulak tuh. Lain la kalau pakai P1i ke, P990i ke, N Series ka. Itupun aku tak kisah, yang penting snapshot tuh. Dalam perancangan aku nih, nak sambar P1i. Canggih giler. Siap ada wifi tuh, alahai. Kena sabar sat. Insya-allah. Dalam masa terdekat. Lepas aku settle dengan lawyer rumah aku, lepas aku settle beberapa perkara yang penting. Aku akan amik. TV pun dah lingkup. Asyik rosak ja. Aku pun malas nak amik "port" sangat. As long as boleh tengok. Tengok je la. Tapi hujung bulan ni nak kena beli la jugak. Kesian kat anak-anak aku tuh. Asyik gi melepak kat umah kawan je. TV9 langsung tak de. Nak kena beli aerial lain. Yang skang ni, dah patah. Asyik kena hujan, panas, hujan, panas. Camana na tahan. Kita pun boleh out. Tambahan besi je.
Sejak Euro 2008 ni bermula, rata-rata staff aku sentiasa hilang dari tempat kerja. Kadang-kadang tu hilang yang melampau. Apa tidaknya, ada yang sampai berjam-jam. Betul-betul melampau. Aku dah jadi meloya dan mual nak tegur diorang ni. Buat apa nak tegur, sebab bila diorang gi layan Euro tu, sekali ngan Supervisor. So, aku nak kata apa? Aku ni Cuma leader pekak je. Lantak korang ja. Fikir sendiri. Betul aku cakap. Kalau aku komplen pun, tak ada maknanya. Sebab ada back-up. Semalam, sekali lagi ketidakpuasan hati sesama staff berlaku. Aku tau ramai staff lain tak berapa suka masuk shift aku. Mungkin disebabkan sikap aku yang terlalu nak control mereka. Pada aku, secara logiknya, aku tak kisah pun apa yang diorang nak buat. Tapi, jangan la sampai orang lain terasa sakit hati. Dan memang dah terjadi pun. Apa yang berlaku? Duduk semeja sambil berbincang. Memang aku akui, aku masih lagi banyak kelemahan. lantak la. Aku pun malas nak fikir. Aku cuba buat apa yang terbaik semua orang. Tapi, ramai yang tak berapa suka cara aku.