Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Ahad, 27 April 2008

Pengertian bacaan dalam solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan menambahkan kusyuk di dalam solat anda ... selamat mencuba

Dipetik dari MyMasjid.com.my

Hikmah Sujud

Sujud melegakan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai
hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar
bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,
malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak
terjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,
iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual
berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi
larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia
paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita
bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem
pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions) .

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah
dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima
pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar
penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud
membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta
sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari
segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di
dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal
dan sempurna.

Dipetik dari Mymasjd.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...