Memaparkan catatan dengan label iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iman. Papar semua catatan

Isnin, 8 Jun 2009

Santai Insaf: Penghijrahan Malek Noor (Utusan)

First thing first, Tahniah kepada Malek Noor kerana berjaya membuat penghijrahan dirinya. Dan dalam masa yang sama memberikan sinar keinsafan kepada aku yang masih lagi naive dan cetek keimanan. Mungkin selama ini, kita berasakan kita adalah yang terbaik, tapi pernahkah kita terfikir bahawa apa yang kita buat selama ini mendapat keredhaan Allah s.w.t?

Ikuti pengakuan Malek Noor kepada wartawan Utusan tentang penghijrahan dirinya. Mudah-mudahan ini dapat menjadikan panduan kepada orang lain yang ingin berhijrah kepada manusia yang lebih berguna. Insya-allah semoga beliau mendapat hidayah dan ketqwaan yang lebih sempurna.

Penghijrahan Malek Noor

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

MALEK Noor menangis ketika menceritakan segala dosa yang telah dilakukannya sepanjang merantau di Amerika dan Hong Kong.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Rabu, 7 Mei 2008

DOSA DATANG DALAM 4 PERINGKAT

Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, 'Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. 'Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, 'Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.' Rasullullah menjawab,' Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.' Sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut'. Rasulullah menjawab, 'Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.'

'Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.' ( al-Qur'an,al-Hujurat

( 49 ):6 ).

Asal : Azrul Alwi

Ahad, 3 Februari 2008

One Hour a Day

Editorial, The Friday Report (now AlJumuah Magazine), V/1
Time is our capital in this life. It has to be invested for the maximum possible return."

When the Prophet, sallallaahu `alayhi wa sallam, received the order to 'Arise and warn', he started calling others to Islam and continued to do so, day and night, until he died. Time was very important for him and he used every minute of it in the best possible way. He would meet regularly with his companions to teach them Qur'an and to warn them from disobeying Allah. He was an example to them in speech and in deeds.

The result of this education was that the companions' faith became the most important thing for them. And when they had to choose between their home, tribe and good living on the one hand and the companionship of the Prophet, sallallaahu `alayhi wa sallam, on the other hand, they chose the latter and emigrated for the sake of Allah and exemplified sacrifice for the sake of one's belief. After thirteen years of hard work and sacrifice in Makkah, the Prophet and his companions were granted victory in Madinah.

How do our efforts today compare with those of the Prophet and his companions? One year of our life has passed. How many good deeds have we prepared for the day of judgment? What did we, as individuals and communities, do for Islam? Were we distracted by our money and our children from the obedience of Allah and Jihad for His sake? Allah said: "O you who believe! Let not your money or your children divert you from the remembrance of Allah. If any act as such, then surely they are the losers." (Qur'an, 63:9) The Prohpet, sallallaahu `alayhi wa sallam, said: "No servant will be let go on the day of judgment until he is asked about the four matters: His lifetime: How did he spend it? His knowledge: What did he use it for? His money: Where did he gain it from and what did he spend in it? And his body: In what did he wear it away?" (at-Tirmidhee) Have we used our bodies for fasting, praying, enjoining good and forbidding evil or have we used them up by succumbing to our desires?

Muslims have to realize the importance of time: that it is their capital in this life and that it is to be invested for the maximum possible return. Suppose for a minute that every Muslim dedicates one hour a day to work for the sake of Allah. In financial terms, this would generate a minimum of 1 billion dollars a day, 360 billion dollars a year! If such amount were to be reserved for Islamic work, it would change the face of the earth. Suppose that every Muslim were to spend one hour calling others to the path of Allah: millions would enter Islam!

Muslims today need to build their Ummah and revive it. And this does not come through futile discussions but rather through work, sincere, continuous, careful and planned. We need to strengthen the body of this Ummah and protect it from the dangers surrounding it. We need to deepen the awareness of the Muslims about their indentity, their history, their wealth and that they are one single nation. And to start with, we need to invest in the Muslim individual because he is the real instrument for change.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...