Memaparkan catatan dengan label Torres. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Torres. Papar semua catatan

Khamis, 29 Januari 2009

Liverpool oh Liverpool


Sejak semalam, lepas abis game Wigan vs Liverpool, aku sangat-sangat kecewa dan frus abis. Sebabnya, favourite team aku ni mula tercicir. Aku pun tak pasti kenapa jadi begini. Puas aku mencari artikel mahupun club news. Tak ada satu pun jawapan yang aku dapat. Team fav aku ni macam dah hilang bisa dan taring pun dah tumpul.
Kena kutuk, biasa la. Expecially MU fan yang terlalu megah dengan MUnya. Memang aku tak nafikan, MU punya player memang bagus. Moto, setiap perlawanan mesti menang. Namun sikap penyokong fanatik yang suka memperlekehkan fan lain dan yang paling aku meluat dengan sikap fanatik MU ialah, bongkak. Dari coach sampai ke fan. Terlalu megah. Bila kalah, macam-macam alasan yang diberi. Kononnya.
Sebagai Liverpool FC, memang tidak dinafikan, kekecewaan tergambar dan terpancar di setiap peminat team itu. Termasuk semalam, berakhir dengan seri bukanlah sesuatu yang diharapkan. Tetapi, untuk musim 2008/2009 memang menjadi musim menarik. Persaingan sangat hebat. Cuma apabila bermula pusingan kedua sudah 3 kali seri. Banyak peluang yang terlepas. Paling malang, jatuh dari tangga teratas ke tempat ketiga liga.
Hujung minggu depan, akan bertemu pula dengan salah satu team besar Chelsea di Anfield. Cukup merimaskan. Meresahkan. Chelsea pasti cuba untuk menang. Sekiranya Liverpool masih dengan prestasi yang sedia, sukar bagi Liverpool untuk terus bertahta di tangga teratas liga.
Harapan kepada Torres, Gerrard pula masih dalam proses mahkamah dan pelbagai konflik kontrak antara pemain dengan kelab memang menjadi salah satu sebab mengapa prestasi Liverpool semakin menurun.
Anyway, harapan masih ada sekiranya Liverpool dapat mengetepikan setiap permasalahan, dan pastinya semangat juang untuk menang, membolehkan keajaiban kepada Liverpool.

Isnin, 30 Jun 2008

Frustrated Day


Semalam, memang mengecewakan. Harapan untuk melihat Germany julang piala tidak kesampaian. Favorite team dikalahkan oleh Spain. Yang paling mengelirukan perasaan pabila sepakan gol tu pula dibuat oleh favorite player, Fernando Tores. (Liverpool beb!). So? apa nak buat?

Kemuncak game semalam memang aku nantikan. Sebab siang kelmarin dah macam pasar borong, bila office mate bermati-matian untuk mempertahankan team masing-masing. Tapi, aku malas nak over sangat. Pada aku, aku memang minat bola, aku minat germany, aku minat Liverpool tapi tak lah sampai "fanatik". Asal team kalah je, MC la. Demam la, Dan yang paling membiolkan, ada juga yang sanggup buat "pedajal" kat peminat team lain. Huh! Anyway. Spain memang ada class..

Espanol.... Germany.. That's was fantastic game ever. Torres, The goal so cool.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...