Ahad, 19 April 2009

Santai News (Oldies): Motif abstrak batik lukis



MALAM Gala fesyen batik dan tenun di Kompleks Kraf, Jalan Conlay.

Pereka batik di Pantai Timur, Barat masih kekalkan identiti masing-masing dengan corak, teknik warna berbeza 

TEMASYA Batik dan Tenun Malaysia 2008 yang berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai gelagat pengunjung dapat disaksikan, ada yang sarat menjinjing bungkusan dan tidak kurang juga yang singgah sekadar meninjau. 

Bagaimanapun, kemeriahan temasya kali ini bukan hanya pada bilangan usahawan yang turut serta dan pengunjung yang makin bertambah dari setahun ke setahun tapi perang motif yang dihasilkan mewujudkan persaingan sihat sehingga kesinambungan batik lukis kekal hingga kini.

Tambah menarik, corak beragam gaya bersama pilihan warna yang memukau tidak hanya dihasilkan pengusaha batik lukis dari Pantai Timur, tapi kini batik lukis turut diusahakan secara komersil oleh pengusaha dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Pahang. 

Pemilik ZBY Design Kuala Lumpur dari Taman Koperasi Polis Fasa 2, Zubaidah Ramli, berkata walaupun batik lukis berasal dari Pantai Timur namun corak batik yang dihasilkan pengusaha negeri lain mempunyai identiti berbeza. 

“Corak yang kami hasilkan kebanyakannya adalah bermotif abstrak dengan teknik warna yang berbeza. Apa yang tersirat di sebalik lakaran yang kami hasilkan adalah berdasarkan rahsia alam seperti langit senja, daun hutan dan urat daun.

PELBAGAI rekaan menarik pada Temasya Batik dan Tenun 2008.

“Kami juga yakin kualiti kain kami berbeza malah produk batik ZBY Design turut diperluaskan mengikut kehendak pasaran. Sehingga kini kami turut menghasilkan bunting batik, hiasan dinding, cadar, langsir, skaf dan pario menjadikan penggunaan batik lukis lebih meluas,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu. 

Pengurus Pucuk Rebung, Roslan Hussain pula yakin kombinasi motif dan fesyen mampu mengetengahkan batik lukis yang sememangnya terkenal sebagai nilai warisan bangsa yang tidak lapuk ditelan zaman. 

“Batik lukis milik semua dan menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan kesinambungannya berlandaskan kemahiran serta kreativiti tersendiri supaya ia diterima semua peringkat masyarakat. 

“Motif abstrak bersama fesyen siap untuk dipakai menjadi strategi kami untuk terus kekal di dalam industri ini. Kaftan wajar dijadikan contoh kerana sebelum ini ia sinonim sebagai baju tidur tapi apabila diberi sentuhan kontemporari, kaftan bersama pilihan fabrik dan corak eksklusif mula digayakan pada majlis serta pentas peragaan antarabangsa,” kata Roslan yang mempunyai kilang batik di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Sementara itu, berbeza dengan pilihan batik Lizza Creation yang diketengahkan pengusaha dari Kelantan, coraknya masih kekal berlakar motif bunga-bungaan dengan mainan tona lembut. 

Roslaini Muhammad yang menjalankan perusahaan batik lukis sejak 18 tahun lalu berkata, Lizza Creation masih kekal dengan pilihan motif bunga yang menjadi identiti batik lukis Kelantan. 

“Kami memilih untuk kekal dengan motif dan tona warna yang menjadi identiti batik Kelantan kerana corak sebegitu tidak ditelan zaman berbanding lakaran abstrak. Buktinya, walaupun pelbagai lakaran moden dihasilkan, motif batik kami tetap habis terjual dan punyai pengikut sendiri. 

“Bagaimanapun, sasaran kami sekarang adalah generasi muda dan kaedah yang kami gunakan adalah mengekalkan teknik canting digabung bersama teknik ikat dan celup supaya tompokan warna serta motif terhasil kelihatan lebih menarik dan ‘muda’,” katanya. 

Pemilik Galeri Samasa, Wan Rolinawati Wan Abdullah, berkata perubahan corak dan warna batik dibuat mengikut aliran fesyen semasa. Kebanyakannya bermotif sederhana dan ringkas tapi tampak eksklusif. 

“Bagaimanapun, apa juga motif dan rekaan yang dihasilkan, kebanyakan pengusaha biasanya memilih untuk menamakan batik keluaran mereka sempena nama orang kenamaan atau selebriti bagi memastikan ia habis terjual,” katanya. 

Sempena temasya batik kali ini, Wan Roslinawati mempertaruhkan batik Seri Jeanne dinamakan sempena nama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan gabungan kain jacqued bersama sifon dengan lakaran motif rama-rama untuk memberikan kelainan kepada pengunjung terutama generasi muda. 

“Selain batik ‘overlap’ yang mahal dan eksklusif, batik bercorak ringkas menjadi pilihan paling digemari kerana ada segelintir segan memakai baju batik yang sarat lakarannya. Selain itu, penggunaan teknik canting dan motif ringkas membolehkan kami menjualnya dengan harga yang lebih murah,” katanya. 

INFO 

  • Batik lukis dikatakan mula diperkenalkan Syarikat Mohd Salleh (Samasa Batik) dari Kelantan sekitar tahun 1945 

  • Kedah turut menghasilkan Batik Merbok yang mengetengahkan motif berunsurkan flora, fauna dan artifak sejarah yang ada di dalam daerah Merbok, Kedah. 

  • Di Malaysia ada seramai 320 usahawan batik yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia dan bergiat aktif dalam pengeluaran batik. Secara keseluruhannya, Negeri Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai jumlah pengusaha tertinggi dalam pengeluaran batik. 

  • Batik dikatakan berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi. Bagaimanapun, ada pengkaji yakin batik berasal dari Kepulauan Melayu kerana seni mengecap lilin ke atas kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarawan Winstedt dan Skeat.
  • Rabu, 15 April 2009

    Santai Lirik: Yuna - Dan Sebenarnya [Indie Band]

    Indie Artis ni, lagi aku tak percaya. First time aku dengar lagu dan suara dia. Ada sesuatu yang sangat menarik. Mengingatkan aku pada Norah Jones. Namun, keunikan suara aweks ni memang memukau sekali. Dengan menyampaikan lagu ala-selamba gitu. Pergh! Memang tepat. Suara dan lagu serta muzik sangat menepati suaranya. Bravo. Go go girls. 

    oh bulan jangan layan diriku lagi pabila, air mata membasahi pipi dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku pabila, kau bersama yg lain.

    adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

    ku enggan berpura pura ku bahagia ku enggan melihat kau bersama si dia oh ku akui cemburu telah menular dalam diri pabila kau bersama yang lain

    adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

    pabila kau merenung matanya ku rebah, jatuh ke bumi di saat kau benar-benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku oh

    Promo download: Yuna-Dan_sebenarnya.mp3

    Disclaimer: This is promotion only. Like it? Buy the original. Support our local band and local artist.

    Santai Lirik: Maximus - Apa mahu mu

    Pertama kali aku dengar muzik diorang ni, aku ingatkan Flop Poppy ke apa ke. Then malam ahad lepas masa konsert Jom Heboh, baru aku perasan yang ni ialah indie band baru nak naik. So, aku amati muzik mereka. Memang tak disangkal, quality muzik yang memberansangkan. At least tak terikut muzik Hujan sebagaimana yang dimainkan oleh Grey Sky Morning.  Keistimewaan muzik underground/indie band ni ialah ketelusan dan keikhlasan dalam menghasilkan muzik dan secara tak langsung mempromosi muzik sendiri. Be Free..
    Congrats....



    KAU BERJANJI... YANG KAU TAK AKAN PERGI... MANIS MULUT BERBICARA... KAU TLAH HANCURKAN... SEMUA YANG TERINDAH... MENJADI DEBU BERTERBANGAN... 

    APA MAHU MU... KAU MEMBUATKU... JADI TAK MENENTU... APA KAH SALAH KU... HINGGA KAMU... HANCURKAN HATI KU... HANYA SESALAN YANG ADA... YANG BERMAIN DALAM JIWA... BARU KU SADARI... 

    CINTA MU BERACUN DALAM CINTA... YANG KITA CIPTA...

    Promo download: Maximus-Apa Mahumu.mp3

    Selasa, 14 April 2009

    Santai Views: Cherry Blossoms









    Posted by Picasa

    Santai Views: After Rain Photo Shoot








    Ahad, 12 April 2009

    Santai Wallpaper: Space Wallpaper

















    **Credit to FunZug**

    Rabu, 8 April 2009

    Santai News: Eksperimen Pucuk Rebung

    Dua kali gagal dalam industri fesyen batik tidak pernah menjadi titik noktah cita-cita anak muda ini. Sebaliknya, dia terus maju bersama Pucuk Rebung.


    KEBANYAKAN rekaan batiknya banyak dijual di kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti di Batu Feringgi.


    Pucuk Rebung mungkin satu nama baru dalam dunia fesyen, tetapi bagi Roslan Hussain, 36, ia menjadi pencetus penglibatannya secara serius dalam fesyen pakaian bermotifkan batik.

    Roslan mungkin tidak asing dalam kalangan barisan pelukis dan peminat lukisan di Pulau Mutiara, namun beliau menganggap dirinya masih bertatih dalam industri fesyen batik.

    "Saya akui bukan mudah untuk mencipta nama dalam bidang rekaan fesyen memandangkan adanya nama-nama besar dalam industri fesyen tempatan. Ramai di antara mereka telah pun berjaya terutamanya di Kuala Lumpur.

    "Sebelum ini, saya juga pernah memiliki kedai pakaian di Kuala Lumpur, tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi saya, perniagaan tersebut tidak berjaya," jelasnya yang telah 18 tahun menceburi bidang lukisan batik.

    Sesekali beliau muncul bersama barisan pelukis lain dalam pameran lukisan yang dianjurkan di negeri tersebut bagi memperlihatkan hasil kreativiti dan imaginasinya di atas kanvas.

    Palitan warna di kanvas seolah-olah memberi satu kepuasan buat dirinya, katanya ketika ditemui di pejabat Kraftangan Pulau Pinang baru-baru ini.

    Beliau gemar bereksperimen dengan lukisan yang bermotifkan ciri-ciri Islam, selain melukis apa sahaja motif yang digemarinya.

    Namun, minat Roslan bukan sekadar mencalitkan kreativitinya di atas kanvas tetapi turut menempatkan jiwanya terhadap seni lukisan batik dan rekaan fesyen.

    Meletakkan hasilan batiknya dalam kategori batik kontemporari, anak jati Pulau Pinang ini tampil berani memartabatkan batik yang nampaknya lebih dekat di hati pelancong luar negara yang berkunjung ke negeri ini berbanding pelancong dan penduduk tempatan.

    Kreativitinya bukan sahaja terhadap rekaan pakaian, tetapi diperluaskan kepada produk hiasan rumah dan dalaman dengan label Pucuk Rebung.

    Menubuhkan Pucuk Rebung Enterprise sejak lapan tahun lalu, anak jati Pulau Pinang dari Tasek Chempedak, Seberang Perai Selatan ini menyimpan hasrat yang tinggi mahu tampil sebagai seorang pereka pakaian yang disegani terutama di kawasan utara Semenanjung.

    Sepanjang tempoh itu, beliau pernah dua kali mengalami jatuh bangun dalam perniagaan. Namun, kerana minat, beliau bangkit dan kembali berusaha mengukuhkan perniagaan dan membina semula namanya.

    Menceritakan pahit getirnya sepanjang menyelusuri dunia lukisan batik, Roslan lahir daripada projek Pembangunan Rakyat Termiskin sebaik sahaja beliau tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Sejak itu, beliau tidak menoleh lagi dan meneruskan pencarian ilmunya dengan menyertai pelbagai bengkel dan kursus oleh beberapa institusi.




    Beliau juga tidak segan mengutip ilmu secara langsung daripada para artis yang lebih berpengalaman.

    "Ketika itu, sungguhpun tiada kemampuan kewangan, kesungguhan dan minat membuatkan saya bersungguh-sungguh. Saya tidak pernah memiliki sebarang pendidikan formal dalam bidang lukisan mahupun rekaan fesyen. Saya menimba kemahiran serta pengetahuan berdasarkan pengalaman," jelasnya.

    Namun kesungguhannya kini membuahkan hasil dan kebanyakan rekaan batiknya banyak dijual di kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti di Batu Feringgi.

    Bagaimanapun menjadi harapan Roslan ingin memperkenalkan rekaan pakaian serta batiknya hingga ke Kuala Lumpur.

    "Pasaran di sana lebih luas buat saya bereksperimen. Jika di sini, tumpuan lebih kepada rekaan yang tidak terlalu menonjol, namun untuk pasaran Kuala Lumpur, rekaan yang dihasilkan adalah lebih berani. Misalnya jaket bolero kudroi yang bermotifkan batik untuk ke pejabat," jelas Roslan.

    Tidak berhasrat menyaingi mana-mana individu dalam industri rekaan fesyen terutama yang berasaskan batik, Roslan mahu rekaan dan kehadirannya diterima sebagai mewarnai industri rekaan fesyen.

    Menurut Roslan, cabaran menjadi pereka fesyen dan pelukis batik ialah untuk memasarkannya. Sebagai usahawan yang baru mula bertatih, promosi batik di sebelah utara agak kurang berbanding di Kuala Lumpur.

    Bagaimanapun, beliau berpendapat dengan adanya bantuan seperti khidmat nasihat serta bantuan pemasaran oleh Kraftangan Pulau Pinang dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekWa) serta pameran yang dianjurkan agensi berkenaan, peluang usahawan baru seperti dirinya bertapak di pasaran adalah terbentang luas.

    Beliau yang pernah menjadi finalis Piala Seri Endon 2004, sering mengambil bahagian dalam mana-mana pameran kraftangan yang dianjurkan bertujuan memperkenalkan rekaan serta mencari pasaran baru.

    Terbaru ialah menyertai Hari Kraf Kebangsaan yang dianjurkan oleh kementerian tersebut di Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini.

    Bagi mereka yang berminat melihat hasil rekaan fesyen Roslan, anda boleh terus berkunjung ke alamat 325, Tasek Chempedak, 14100 Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. - Bernama

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...