Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Isnin, 4 Ogos 2014
DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 5
PENCARIANku seterusnya membawa aku ke tanah rancangan felda di
Pahang.
Aku dijemput adik sepupuku yang tinggal disana datang kerana dia
sudah
jumpa calon yang mirip wajahnya dengan aruah.
Akupun tidak membuang masa lalu berkejarlah ke sana .
"Berkejar" itu
tandanya aku dah teruk. dah desperate agaknya. Apa tidaknya,
kalau sudah
set "projek" aku akan melaksanakannya sehingga
selesai.Tambahan pula
aku jenis tak suka bertangguhtangguh sementalah motivasiku masih
tinggi. Orang lain mungkin stay cool menanti jodoh diturunkan dari langit. Aku
lain. Urusan ini urusan aku.
biar aku yang jalankan sendiri. Jadi tak jadi kemudian baru ke
serahkan kepada takdir.
Sesampai aku ke rumah adik sepupu aku itu, aku terpandang
kelibat seorang
gadis menuju kea rah biliik mandi dengan tuala menutupi kepala.
Masyallah, ya tuan sheikh! Syukup syantik laaah! dari
pandangan kacamataku yang sudah kurang powernya.Apakah ini calon yang hendak
diperkenalkan kepadaku? Jikalau benar, WOW! Orangnya putih melepak. Mukanya
bujur sirih. BaDAN agak sedap…itu sekilas pandang. Dua kilas pandang kalo, aku
boleh lakarkan dia dengan lebih detail lagi.
"Jom" adik sepupuku mengajak.
"Kemana?"
"Kerumah calon isteri abang itu lah!"
"Aaahh?"
"Kenapa lak?"
"I..I..itu tadi siapa?"
"itu anak cek."
"oooooo" Anak dia rupanya. Bisik
hatiku. Esh esh esh...tak padan emak, anak punyalah cantik jelita?
“Anak hang yang mana satu?”
“Itukan A……? “
“Iya ke? Yang abang dok suka dukung cium kecik-kecik dulu tu
kah? Esh esh esh! Dok comel sampai ke besar panjang nu?”
Sepupuku hanya tersenyum.
"Tunggu apa lagi. jomlah " adik sepupu menggesa.
"Sekejap ah? " Aku betul2kan pakaianku. Sepasang jeans
kau! Ada jenama lagi, tapi terletak di bahagian dalam kolar baju. Kok letak
diluar bukan nak dapat komisyen iklan? Sejak bujang kembali itulah jeans satu
set seluar dan baju yang aku pernah beli dan pakai.
Rugged. Kok aku ingat dengan mengenakan pakaian itu aku akan
kelihatan
belia sedikit! Nasib baik juga aku tak tukar warna rambut aku
yang
ada uban sana sini ke warna merah. Nasib baik waktu itu,
mewarnakan
rambut belum lagi jadi ikutan macam sekarang. Ulama kata
“Haram”. Hm..sekarang dah halal-halal belaka. Warna rambut pun muka
Melayu tu lah juga. Tak teringat pula aku pakai contact-lens , warna choklat
pun jadilah kalaupun tak berwarna hijau atau biru, atau kombinasi hijau dan
biru. Kalau warna itu yang aku kenakan ke mata, tentu bersinar-sinar dipandang
calon bapak mertua aku. Mata akan kelihatan lebih berkilau dariDaud.Hark!
Hark! Hark!
Sesampai kami ke rumah yang dituju tidaklah berapa jauh berjalan
kaki.
Adik sepupuku memberi salam. Dijawab tuan rumah, seorang lelaki
yang
lebih kurang sebaya saja dengan umurku.
" Ayah nya" adik sepupu aku membisik.Kami dipersila
masuk.Adik sepupuku terus ke dapor bersaMA dengan kaum perempuan dalam rumah
itu. aku duduk di ruang tamu bersama bapanya dan seorang lagi lelaki muda.
Dengan penuhnya sopan dan santun
akupun menggenggam erat bersalaman dengan bakal bapak mertua aku
yang kedua kelak
(harap2 begitulah...amin!)
Maka bermulalah sessi soal jawab macam juga di parlimen, cuma
soalannya
lebih panjang dari jawapan. Dia hendak tahu umurku berapa, aku
kerja apa, dimana, dah berapa lama, berpencen ke tidak, tinggal dimana ~ rumah
sewa ke rumah sendiri, anak ada berapa, berapa kali dah berumah tangga, pergi
kerja guna apa, keretanya jenis apa...ada bawakah ke tanah rancangan..Penat
rasanya nak habiskan soalan yang bertubi-tubi datangnya itu..
Akupun jawablah pendek2 satu persatu, sebab belum habis jawab
sudah dituju soalan susulan . Engkorangpun dah tahu sejarah hidupku
sebab dah banyak kali ku ulangtayang di sini. Namun bagi yang baru menjadi
warga RJ jawapanku pendek2 sahaja : E.O (executive officer), berpencen, rumah
sendiri, anak empat (mestilah “orang” takkan “ekor”?) yang
sulung kerja bank, yang lain sekolah lagi,baru sekali dengan
aruah itu,..disini pakcik itu sempatpula mencelah, “sekali apa?” Tentulah
kahwin, jawabku! kereta nissan bluebird 1.8cc (lengkap dengan
kuasa kuda sekali
supaya dia tergerak nak Tanya bersar keciknya kereta !
ada kat rumah adik sepupu kalau hendak tengok. Kalian
ingat aku kelentongkah dengan dialoq2 itu? …..Memang benar,,,Kok laripun kerana
ditambah kesan dramatiknya! Hark! Hark! Hark!)
Sambil itu mataku tersasar ke arah pintu naik ke dapor,
kalau-kalau ada
riak siapa2 datang menghidangkan minuman. Biasanya orang yang
kita risik
sendirilah yang akan membawa hidangan. YES! Seorang
wanita...memang ada
mirip aruah dengan tertib tiba dan meletakkan minuman
di meja. Tak terkelippun mataku
merakamkan wajahnya secepat mungkin sebelum dia berangkat pergi.
Perempuan itu menjemput aku minum. Aku terkedu....boleh tahan
jugak.
"Ini Perkara Musti jadi!" Bisik
hatiku, sebiji macam dialoq
Kemenyan bila tahu anak raja pura cendana, sang nila
utama,berkenankan
anak gadisnya utk dijadikan isteri!- ref filem Musang
berjanggut)
Sedang mata aku mengekori perempuan itu balik ke dapor, aku
terperasan
juga pandangan tajam mata pemuda yang tadinya duduk diam membisu
bersama bakal bapak mertuaku itu . Aku menoleh kepadanya dan melempaar senyum
dengan isyarat ok.
Bapanya yang juga perasan aku terperasan terus memberitahu yang
perempuan
tadi itu kakaknya calon isteriku....sambil menunjuk dengan ibu
jari ke arah
pemuda itu, "ini suaminya."
Oooopppsss! Dah salah tembak rupanya. Aku cuba sembunyikan air
mukaku
dari kelihatan merah padam kerana teramat malu.
"Habis....yangmana satu anak pakcik?" hm...lebih tepat
kalau aku panggi
dia "abang" sebab kalau tua pun dia cuma setahun dua
lebih dari aku.
Namun adat menghormati orang tua, kita kenalah berbahasa apa
yang bakal
kita panggil jikalau jodohnya menjadi!
"Mmaksud encik, yang hendak dirisik itu?" dia
bertanya, seperti menyuluh
Disiang hari.. Aku angguk betul2 macam burung pelatuk mematuk
pokok.
" Ada di dapor. Dia tu pemalu benar orangnya. Tambahan pula
kalau sesiapa
datang dengan hajat hendak merisiknya."
Aku bersandar lega. Kalau kakaknya boleh tahan, tentu adiknya
lebih dari
"boleh tahan". Tinggi juga kakaknya, tentu tinggi lagi
adiknya.
pADAN SEKALI dengan aku yang juga berukuran 5.9 skala richta
juga tingginya.
Bapanya menjemput aku minum. aku pun meletakkan cawan ke bibir!
Aduiih!
panasnya! Mereka berdua tersenyum lucu melihat gelagat orang
bandar. Mereka
menghirup teh o panas begitu begitu saja.
Tentulah bibir mereka tebal.
Menantu dan mertua. Bibir ku ini nipis, tak tahan panas. Dulu
ditempat
kerja budak2 pompuan kat pejabat aku mengusik konon kata bibir
aku tu
sexy. Ya lah tu agaknya. Tapi sekarang tak merah dan merekah bak
delima macam dulu lagi. Sekarang dah kelabu asap dibakar panas
haba rokok yang
ku sedut dari sebatang ke sebatang. Cumanya waktu aku bersama
mereka
di rumah itu aku ambil cuti kecemasan sebentar . Tapi apabila
bapa calon isteriku menitik keluar...Aroma dari asap rokok daun tembakau jawa
itu cukuplah memberangsangkan sarafku. Hark! Hark! Hark!
"Tak merokok kah? " Lagi sekali seolan dari tuanrumah
ku rasa seperti
bersuluh di dalam terang, sudah gaharu cendana pula, seperti
Karam Singh Walia
bermadah dihujung katanya beberapa tahun terkemudiannya. Masakan
dia tak nampak bibir ku yang lebam ini?
Terserlah juga apa yang ingin ku sembunyhikan.Walaupun dah
tenyeh bibir dan berus gigiku, berkumur dengan listerin lagi untuk
menghilangkan bau rokok dari penafasan.
Malah ku ambil langkah berhati2 tidak terlalu dekat dengan bapak
calon isteri
ku itu. Harap2 rokok daunnya dapat menenggelamkan sebarang kesan
bau
rokok dari nafasku! Hm, kalau kalian hendak bibir kalian merah
dan
sexy untuk dikucup isteri...nah, hentikan merokok. Aku dah cuba
. Pasang azam waktu kahwin pertama kali dulu akan KICK THE HABIT. Lepas aitu
pasang lagi satu, after the weddinglah. Then azam bila sampai ke KL lah aku
berhenti merokok. Sampailah dari satu anak hingga jadi lima dan kawin dua
kali…azam hanya tinggal azam. Susah ooooo!
Aku cuba habiskan teh o panas itu dengan menuangkannya ke dalam
piring
dan menghirup dari piring air yang agak sejuk itu. Bapaknya
tersenyum.
tetapi menantunya cukup serious. Takut aku!
Tetiba ku lihat adik sepupukan turun ke ruang tamu dari tangga
ke dapor.
Dia duduk di sebelahku sebentar. Dari pandangan matanya ku dapat
kesan
"something is not right". Sebab dia tidak melempar
sedikitpun senyuman
kepadaku. Namun dia reserve juga senyumannya untuk bapak calon
isteriku
itu.
"Sudah disampaikan kepada Z....Apa keputusannya?"
Tanya si bapa kepada
sepupuku. Masyallah! Aku seperti terangkat dari tempat dudukku.
Sudahlah
rupa paras dikatakan iras wajah arwah, namapun bunyinya sama,
cuma
beza ada huruf "i" pada the third last three letters
dihujung nama itu.
Adik sepupuku tersenyum pahit...Aku dah rasa kejutan yang akan
mendatang.
"APA NAK buat....nampaknya tak ada jodohnya dengan
encik.." kata bapanya secara
bersahaja."
Aku seperti mahu bertanya balik, "Kenapa? Apa kurangnya
aku?.." tapi
dia menyambung." Anak saya tu ustazah Tadika kampong ini. ...'"
Aku dah boleh agak ending ayat itu. AKU TAK LAYAK, period!. Apa
tidaknya?
Datang merisik ustazah pakai Jeans ? Mustahi akan kelihatan
seperti malaikat!
Kalau aku tahu anak dia yang ku sunting itu seorang ustazah, dah
tentu
aku tukar pakaian . Kok jubah dengan serban nampak
extreme sangat..KOK NANTI dipelawanya aku mengimamkan solat asar dan berdoa ?
Taka haghu? Masih ada harapan kalau aku pakai baju teluk belangah
dan kain pelaikat berserta ketayap putih melapik kepala! Kok tak standby, boleh
pinjam suami sepupuku. Singkatpun singkatlah.
" Kalau ada jodoh, dan diperkenankan tuhan, pak cik lebih
suka kalau dia kawin dengan ustad juga. " Bagai dihiris sembilu hatiku
yang sudah terrluka. Adduh! Bisanya!
"Adakah calonnya ustad itu, pakcik?"
" Ada tak adapun, budak Seman yang mengajar di sekolah
rendah di rancangan sebelah.
Mereka berkawan sejak kecik2 dulu. Pakcikpun berkenan budak tu.
(Senyum meleret kepadaku) Itupun kalau dia masuk meminang...."
Aku letak semula gelas minuman ke dulang. Mengetap bibirku dan
bangun
bersalam dengan mereka berdua. Ku mohon diri kerana aku perlu
berkejar
pulang ke Klumpur malam ini juga. Esok harinya aku kerja.
Pak cik itu mengucapkan selamat jalan. Ku rasa
genggaman salam tanganku kali ini
agak longgar berbanding mula2 bertemua tadi. Ku ucapkan salam.
kepada keduanya, dan beredar.
"AwaT tak cakap dia ustazah?" Tak sempat2 aku
meluahkan soalan itu
kepada sepupuku.
"abang tak tanyapun kat cek?" balas sepupuku.
" Habis macamamana hang bawa abang pi kalau hang tahu abang
takdak
harapan lawan ustad?"
"Depa pun tak tahu abang kerja apa.Depa kata bawa mailah
depa nak
tengok orangnya macama mana?
Hm sudah! Memang menyesal aku tak pakai jubah dan serban.
Walaupun aku
tak sempat membela janggut!
(BERSAMBUNG)
#
Jumaat, 1 Ogos 2014
Avengers Wallpaper Collections - Marvel Comic
Just another wallpapers collection that might be a good collective for a person that who like about Marvel's comic. Feel free to download it. And it's free. The only thing that what i've been expected is to get more unique visitor to my humble blog instead.
Please click below link for full collections:
Avengers Wallpapers
Below is some wallpaper sample:-

Please click below link for full collections:
Avengers Wallpapers
Below is some wallpaper sample:-

Jumaat, 25 Julai 2014
Cable Car Tertinggi Didunia
Selasa, 22 Julai 2014
DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 4
Dia pernah mengajak aku minum di coffee-house kebiasaannya
sebab lama tak bertandang ke situ. Selalunya selepas show dia balik ke rumah
tidor. Dia tidak menolak bila ku ajak dia singgah ke kelab malam yang
masih "on" hingga jam 4 pagi, untuk menyaksikan rock group
kenalannyaperform .
Kehadirannya dialu-alukan kumpulan itu dan tepuk sorak patron kelab sebagaimana layaknya seorang yang masih
diingati kehebatannya. Diundang ke pentas semua , dia tak keberatan menunjukkan
belangnya, menyampaikan sebuah dua lagu ROCK.
Suara masih mantap. Dia Enjoy.
Setelah sekian lama dia ada teman untuk membelai kasih. Aku menompang bangga
. Dibisiknya ke telingaku, “I don’t usually do this.” Habis
kerja terus pulang ke
rumahnya. kecuali ada sebab-sebab tertentu .Namun,
tambahnya “With you, I’ll
follow to the end of the world.”. Ke lihatan dia selesa dan gembira . World, baby..World! Mujur baik
di negara kita tiada PAPARAZZI mencuri-rakam gambar kami berdua dalam keadaan
yang begitu asyik. Idok kalu, gambar daN BERITA akan terpampang di muka hadapan
. Kita harus tabik etika kerja wartawan kita yang menghormati PRIVACY kita.
Kami biasa parkir di tepi-tepi jalan yang terang dan
berbual-bual sambil menyandar di dalam kereta hingga aku terpaksa memujuknya
pulang ke rumahnya. Kerap juga kami singgah tang gerai makan mana-mana yang
masih buka. Bungkus roti canai dan bawa balik ke rumahnya untuk sarapan didapor
rumahnya. Like a wife, dia menyediakan minuman! Dapor lengkap dengan kabinet,
oven micro, disc washer, really exclusive. Ada taste rupanya
primadonaku itu. Didapor , malah di dalam bilik air ada bunga hidup.
Peminat bunga juga rupanya. Di luar taman, dalam rumahpun taman bunga.
Lupa anak di rumah. Tak meratap lagi isteri yang sudah
pergi. Tanah perkuburan pun sudah “kering” bak kata pepatah. aPAKAH kutelah dipertemukanNya
gantimu? Apakah dia yang terbaik sudah untuk menggantimu?
Itu tidak menjadi soal. Soalnya kami sudah dilamun cinta.
Seorang duda beranak empat , seorang janda tiada beranak walaupun sudah
beberapa kali bertukar suami. Tidak perlu lagi mengendap-endap masuk ke
rumahnya, menyambung bual dengan pintu rumah terbuka. Dah naik malu segan
dengan ibu dan adik lelakinya, walaupun mereka sporting-smorting
merelakannya. Apatah pula jika dijengok pihak tertentu. HAGHU ooo! Hark! Hark!
Hark!
Bekas teman se pejabatku mencebek mulutnya bila
kuberitahu aku berhasrat memperisterikan dia."Takdak orang lainkah,
Eil? Eiii....orang macam itu yang kau piilh? Look. Kat pejabat aku ramai
andalusia,Janda berhias dan anak-dara terlanjur." Kurang ajar, bisik
hatiku ketika itu."Aku boleh kenaklkan . Kau cakap setuju, esok
aku bawa kau seorang." Cilakak!
"Engkau sajalah menikah dengan dia. Jadikan isteri
engkau nombor dua!" Jawabku memprotes . Kini aku bercinta lagi. Tidak ada
calon yang terbaik selain dari yang kucintai. "Lantak awaklah!"
katanya.
Adik beradikku merestui nya. Mereka suka sikap kekasihku
yang ramah mesra. Ada sekali kubawa mereka ke kelab itu. Mereka juga dapat
merasakan kemesraan dari superstarku. Rumah kakakku pun satu taman dengan
rumahnya. Sejak berkenalan dia rajin menjengok kakak di rumah. Cuma kakak
sahaja belum pergi ke rumahnya sepertimana aku. Anak-anak gadisku juga ku bawa
bertandang ke rumahnya. Dia sukakan mereka, dan mereka sukakan dia. Anak
terunaku sahaja yang kurang berkenan. Kerana kasihnya terhadap arwah ibunya
berpaut kuat. Dia tidak rela berkongsi kasih ayahnya dengan perempuan selain
ibunya.
Dia pernah bertandang ke rumahku suatu malam selepas
persembahan. Kami berbual di balkoni rumahku merencanakan masa depan sekiranya
kami berkahwin. "Rumah you atau rumah I"? dia bertanya. Dia
mencadangkan either jual rumahnya dan renovate rumah aku untuk hidup bersama
anak-anakku, or, aku jual rumahku dan renovate rumahnya untuk aku dan anak2ku
bersama dengannya. Ibu dan adiknya sudah miliki apartment sendiri. Sejauh itu
kami merangka masa depan sekiranya dipertemukan jodoh.
Siapalah aku untuk menilai, menjadi hakim dan menjatuhkan
hukum terhadap superstarku. Siapa dia sebelum bukan kriteria untukku mengecap
kebahagiaan berteman semula. Akupun bukannya sebaik malaikat untuk menafikan
cinta dan kasih sayangnya padaku.
Teringat aku betapa dia mengambil berat terhadap
perawakanku. Dibelinya aku bahan-bahan perawatan muka supaya wajahku bertambah
seri. Dia memotong dan membersihkan kuku jari dan kakiku. Orangputih bilang
"Manicure" kot. Dia menemaniku ke klinik selewat jam 2 pagi
tanpa sebarang makeup, dan hanya berpakaian kaftan , membayar kos
ubatnya dan menitiskan ke mataku yang merah bengkak dicemari kuman.
Dia membawa aku shopping ke gedung-gedung pakaian dan
memilih pakaian untuk aku dan anak2 perempuanku. Dia mengambil berat terhadap
mereka kerana dia tidak mempunyai anak sendiri. (itu yang aku tahu. Yang aku
tak tahu maaf sajalah). Kami berdua pernah bershopping di ruang terbuka
Petaling Street . Apek dan amoi pun kenal siapa dia. Dia juGA TIdak keberatan
merekomenkan dentistnya untuk menempah “bridges” gigiku. Aku ikut setakat mendapat
khidmat nasihat percuma sahaja. Kos memasaang bridges di luar kemampuan kami
berdua.
Teringat juga betapa gumbiranya dia dapat bersamaku
dan anak2 perempuanku melepaskan keinginannya hendak makan satay di
Kajang. Dia gemar satay perut. Dia tidak kekok atau hiraukan
pelanggan ramai yang memerhatikan kami "melantak". For once in a long-long while, she
felt free to move about. Apakah itu masih belum cukup sebagai
bukti persediaannya menjadi isteri kepadaku?
Dia menganggap dirinya "puteri
lilin" , berjaga di malam hari dan beradu di siang hari.
Menyanyi di kelab bagi hanyalah sara hidup diri ibu
dan adiknya . Namun dia sanggup bersama-samaku di siang hari, biarpuan akan
cair solekan di wajahnyaI dipanah terik matahari... " Sudah lama I
mengelak diri dari kelihatan di tempat umum di siang hari . But with
you...". Aku teruja. Perkataan "teruja" waktu itu belum
digunapakai se-popular kini. "Excited"
biasalah, at that time.
MAKA, sampailah ketikanya aku melamarnya menjadi isteri.
Di lobby hotel itulah kami mengadap satu sama lain selepas shownya hingga
mentari tinggi segalah siangnya. " I want you to be my wife." ku nyatakan
dengan yakin kepadanya. "Cukuplah dengan apa yang kita harungi bersama
selama enam bulan ini, sayang."
"Sayang...Why the hurry ? I belum puas lagi bermesra
dengan you. . Can't we just be lovers? Ikatan yang kekal merimaskan.
Bagai meletup dadaku dengan jawapan itu. Namun ku kawal perasaan kecewaku.
" Why?"
"I'm not sure. I've gone through several marriages
before. The last one was the worst...you know, like I told you?" Bersuara perlahan dan tenang.
Dia pernah menangis menceritakan detik2 penderitaannya
didera suami terakhirnya. Malah
ada bahagian tubuhnya yang cacat secara kekal akibat dari keganasan lelaki itu.
Kononnya orang alim yang dipilih sebagai suami, rupa-rupanya binatang berwajah
manusia. Lebih tepat lagi saiko.
"Don't you trust me?" Aku seolah2 merayu.
"I'm not sure. I'm NOT ready. Let's just be
lovers, till the time is right."
Kuberikan dia sedikit masa untuk menimbang samada kati atau kiloberatnya
keputusan yang dibuatnya. Aku tidak menemannya pulang sebab hari sudah siang.
Tiada apa yang perlu ditakuti. Masing2 menghala ke rumah masing2.
Selapas peristiwa itu, Aku tidak lagi ke tempat dia
bekerja. Masih dapat kubayangkan seri wajahnya setiap kali
menyambut kedatanganku . Dia akan melambai tangannya kepadaku
walaupun ketika menyampaikan persembahan, sebaik melihat kelibat aku . Akupun apa kurangnya. Tak kena
berdiri tak kena duduk di rumah, bagaikan cacing kepanasan selepas
Isyak. Setelah makan malam bersama anak2ku, aku bergegas pergi. Begitu
selama enam bulan berturut-turut.
Adikpun tak kesah. Perbelanjaan ditanggongnya beres.
Peruntukan makan dan minum setiap malam persembahan telah disediakan pengurusan
hotel. Bayar bila terlebih quota. So, its on the house everytime. Quota
primadona hatiku juga ada. Termasuk makan malam selepas show. So, whats there to worry? My purse
is safe, bebeh!
Kalau aku tak menemannya pulang, dia akan menelefon aku
dengan handfonnya. Memberitahu aku dia sudah sampai rumah. sekarang dia sedang membuka pintu pagar. Line’s clear, katanya. kini dia sedang menutup pintu
pagar. dia sedang menuju ke pintu rumah. dia membuka but. dia dah selamat
masuk. dia dah kunci pintu. kini dia sedang menaiki tangga ke bilik tidornya di
tingkat atas. Suaranya kudengar termengah-mengah tapi excited and happy.
Begitu caranya melepaskan rindu, walaupun kenkadang tak sampai satu
jam kami berpisah.
Tentulah dia merindui aku. setelah aku tidak menjengoknya
lagi. Jam 2 atau tiga pagi dia akan telefon aku di rumah. Bertanya khabar
dan memberikan khabarnya itu ini. Selagi tempoh dia menimbang semula
keputusannya belum tamat, aku tetap melayannya mesra dengan mewarnai suaraku
agar tidak kedengaran frust menonggeng. Bila sudah terlalu lama bergayut ,
aku minta dia letakkan telefonnya dan aku menelefonnya semula agar kutanggung
sama bayaran bil panggilan.
Setiapkali ku bangkitkan soal kahwin, dia menjawab manja,
"masa masih panjang. Takkan lari gunung dikejar."
Agar tidak memboringkan kalian semua, akhirnya! KU beritahu dia
kataputus. Mulai saat itu aku telah "KEMBALI KEPADA DIRIKU".
mAKSUDnya, tiada lagi mahu berkelabi-kelabul-malam . Balik kepada diriku sebagaimana aku
sebelum bercinta dengannya. Masok kembali ke dalam kepompong .
"Janganlah sampai begitu, darling!"
"Sorry darling" Balasku. " Jika sekiranya
genap setahun kematian isteri I - which is three weeks from now- you tak dapat
beri kata pemutus, you and I
will end up just nothing. Not lovers, not nothing. " Tegas!
“Friends? “ suaranya sayu di pendengaran telingaku.
“Until then…yes.” Balasku .Kebetulan pula tarikh kematian isteriku dan
tarikh kelahiran dia sama. 13 Januari.
Sehingga 13 Januari genap setahun kepergianmu, Zah....ku
putuskan hubungan dengan satu-satunya kekasih selepasmu. Pencarianku kembali
semula ke angka Nol!
BENariff 0220/0911005
NEXT CHANGE: Next assignment. Memburu calon untuk
menggantimu. Dimana? Dihadapan hidungku, dalam rumahku jua....siapa? Tunggu
episod III
Langgan:
Catatan (Atom)



















