Ahad, 7 Jun 2009

Santai Pics: Amazing Island






Santai Earn: Jana Pendapatan Online

Sumber Asal Dari: http://solehpolysas.blogspot.com/

Jana Pendapatan online bersama kami, Mulakan langkah anda hari ini juga dengan Affiliate Easy-Autores dot Net.



Kali ini saya membuat Cabaran PPS pula untuk Easy-Autores dot Net. Dahulu PPL Tips Percuma telah berjalan dengan lancar. Komisen group pertama juga telah selesai dibayar.

Kini muncul lagi tetapi sedikit berbeza dan lebih lumayan. PPS atau Pay Per Sales dapat memberikan anda pendapatan yang lebih lumayan. Komisen PPS untuk Easy-Autores dot Net adalah RM15/sales.

Lumayan bukan? Sebenarnya anda mampu mendapatkan lebih lagi. Saya akan berikan lebih lumayan lagi. Bagaimana? Lihat Caraban PPS Easy-Autores dot Net ini.

Cabaran PPS Easy-Autores dot Net ini adalah seperti ini :

30 Sales/bulan

Hadiah bonus bernilai RM170 + Komisen Affiliate

Contohnya jika anda berjaya mendapatkan jualan lebih 30 jualan pada bulan ini, maka anda akan mendapat bonus ini. Sekiranya anda hanya berjaya mendapatkan hanya 29 jualan, maka anda hanya layak menerima bonus seperti dibawah ini.

20 Sales/bulan

Hadiah bonus bernilai RM110 + Komisen Affiliate

Contohnya jika anda mampu membuat jualan melebihi 20 jualan pada bulan ini, maka saya akan memberikan bonus ini kepada anda. Komisen affiliate anda juga akan saya berikan.

10 Sales/bulan

Hadiah bonus bernilai RM50 + Komisen Affiliate
Sekiranya anda hanya mampu membuat 10 jualan sahaja dalam bulan ini, maka saya akan memberikan bonus ini kepada anda.


Anda kira sendiri, 1 sales = RM15.

Jika 10 sales = RM150 + Bonus 10sales/bulan RM50 maka total = RM200

Jika 20 sales = RM300 + Bonus 20sales/bulan RM110 maka total = RM410

Jika 30 sales = RM450 + Bonus 30sales/bulan RM170 maka total = RM620

wah banyak 2... Saya membuat sebegini adalah untuk menghargai penat lelah anda mempromosikan link affiliate. Saya kongsikan keuntungan dengan anda semua.
Anda tidak perlu lagi berfikir untuk mencari modal.

Dengan adanya Cabaran Affiliate Easy-Autores ini, anda mampu menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal. Hanya saya sahaja yang mengeluarkan modal.
Kerja anda adalah mempromosikan link dan jika ada jualan terhasil, maka komisen akan diberikan.

Berminat?
Daftar sebagai Agen disini, PERCUMA!!

p/s : jika anda ada blog yang ramai visitor, inilah peluang anda untuk menjana pendapatan melalui blog. Pasti menguntungkan anda, hanya ambil banner didalam akaun affiliate anda dan letakkan di blog anda. Mudah dan senang untuk menjana pendapatan dengan saya.

Semoga dengan adanya Cabaran Affiliate Easy-Autores ini, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan di internet.

**Terima kasih kepada sahabat maya saya solehpolysas **

Sabtu, 6 Jun 2009

Santai Pics: Fantasy Images










Khamis, 4 Jun 2009

Santai Charity: Love to Save Campaign

Viewers, Please help to click below icon, image to vote for Digi Charities Campaign. Even though i'm no longer a Digi users, but for this charities campaign, it is good for you to show that Malaysian people are care. Just click the image to participate.


digi,love to save campaign

Be the one who love to save the love ones.

Santai Pics: Digital Image






Rabu, 3 Jun 2009

Santai Pics: Flowers Close Up














Isnin, 1 Jun 2009

Santai Story: Disepak kerana lukisan jalanan (KOSMO!)

Wan Zaidah pernah dipanggil polis, dimaki dan disepak di muka hanya kerana berebut tempat melukis. Namun perkara itu tidak langsung melemahkan semangat beliau.


SEBUAH lukisan potret Wan Zaidah dijual antara RM18 hingga RM470.


DAHULU, beliau hanyalah seorang pelukis jalanan biasa di Kota A'Famosa di Banda Hilir, Melaka.

Namun setelah berusaha keras dan menempuh pelbagai cabaran, beliau kini sudah boleh berbangga apabila namanya kini sudah sepopular kota berkenaan.

Mengimbas penglibatan awalnya dalam bidang lukisan, Wan Zaidah Wan Ibrahim, 44, berkata, beliau gemar melukis sejak di bangku sekolah lagi.

Akibat terlalu gemar melukis, telinga Wan Zaidah pernah ditarik oleh guru bahasa Inggerisnya kerana melukis ketika guru berkenaan mengajar.

Bakat lukisannya terus berkembang apabila dia bekerja di beberapa buah syarikat termasuklah di sebuah syarikat animasi.

Wan Zaidah berkata, hasrat menjadi pelukis jalanan timbul kerana beliau menyedari pekerjaannya ketika itu tidak memberi kepuasan.

"Hasrat ini menjadi semakin kuat apabila saya bertemu penyanyi veteran, Dahlan Zainuddin yang mencabar saya melukis di Masjid India jika saya betul-betul minat melukis.

"Saya kemudian memberanikan diri melukis di Masjid India setiap hari Sabtu dan Ahad iaitu ketika tidak bekerja," katanya.

Wan Zaidah mula seronok melukis di jalanan apabila memperoleh pendapatan yang memuaskan walaupun mutu lukisannya ketika itu masih rendah.

Beliau kemudian berkenalan dengan seorang pelukis, Zulkainain yang menemukannya dengan seorang lagi pelukis, Hajah Suria.

"Perkenalan dengan mereka menyebabkan saya nekad berhenti kerja dan menjadi pelukis sepenuh masa di Central Market pada tahun 1994," katanya.

Wan Zaidah kemudian mengembangkan sayapnya di luar Kuala Lumpur apabila membuat keputusan melukis di Kota A'Famosa, Banda Hilir, Melaka sejak 2005.

Pahit manis

Mengenai kemahiran melukisnya, Wan Zaidah tidak pernah mempelajarinya di institusi pengajian tinggi, sebaliknya bergantung kepada bakat semula jadinya dan tunjuk ajar dua rakan iaitu Hajah Suria dan Raja Muhamad.


BAKAT melukis Wan Zaidah lahir secara semula jadi hasil tunjuk ajar kenalannya.


Menjadi pelukis jalanan memang mempunyai banyak cabaran dan dugaan, dan perkara itu diakui Wan Zaidah sendiri.

"Saya pernah masuk balai polis, dimaki dan disepak di muka hanya kerana berebut tempat melukis. Namun ini tidak langsung melemahkan semangat saya menjadi pelukis jalanan," katanya.

Turun naik jualan lukisannya sudah menjadi perkara biasa dalam diari pelukis jalanan, tetapi ia tidak sedikit pun menggugat dan mematahkan semangat ibu kepada tiga orang anak ini.

Menurutnya, beliau pernah tidak menerima sebarang tempahan selama tiga bulan ketika menjadi pelukis jalanan di Kota A'Famosa.

Ketika itu beliau bernasib baik kerana menerima beberapa tempahan lukisan daripada kenalan pelanggan-pelanggannya.

"Pelanggan di Kota A'Famosa ini bermusim, ketika cuti sekolah memang ramai pelanggan. Saya pernah dapat RM400 dalam sehari.

"Masa pelanggan ramai, bolehlah dapat RM3,000 sebulan. Masa tak ada pelanggan, sebulan dalam RM500 saja," katanya.

Menurut Wan Zaidah, walaupun pendapatan sebagai pelukis jalanan tidak menentu, namun kerjaya tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah untuk beliau menyara keluarganya.

Pendapatan sebagai pelukis jalanan itulah yang membesarkan anak-anak beliau semenjak kematian suaminya.

"Malah, seorang anak saya kini belajar dalam jurusan perubatan. Setiap minggu saya beri dia RM200 hingga RM300.

"Jangan pandang rendah pelukis jalanan yang duduk di kaki lima. Kami hanya mencari rezeki yang halal dengan melukis," katanya.

Beliau lebih dikenali sebagai pelukis potret yang menggunakan pensil dan pastel berwarna.

Mengenai harga, Wan Zaidah berkata, setiap lukisan potret yang dijualnya bergantung kepada saiz, hitam putih atau berwarna.

"Sebuah lukisan potret dijual pada harga antara RM18 hingga RM470. Namun, ia bergantung kepada lukisan. Jika ia sukar dan mengambil masa lama untuk menyiapkannya, besar kemungkinan ia dijual mahal sedikit," katanya.

Menurutnya, beliau hanya memerlukan tempoh antara 10 hingga 15 minit untuk menyiapkan lukisan potret yang dilukis secara langsung.

"Lukisan potret yang ditempah pula boleh disiapkan dalam masa dua atau tiga hari," katanya.

Setakat ini, ribuan lukisan Wan Zaidah berjaya dijual dan sambutannya menggalakkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...