Selasa, 18 November 2008

Zoom Malaysia : Kisah bijih El Dorado Timur - Sungai Lembing

Kaedah pengangkutan utama semasa zaman kegemilangan lombong
ini ialah sebuah kapal stim yang disediakan syarikat, yang membolehkan
penduduk pekan lombong ini ke Kuantan menerusi Sungai Kenau.




AIR terjun Pelangi yang mempunyai ketinggian 200 meter.




SUNGAI Lembing yang terletak 42 kilometer (km) di barat laut
Kuantan, Pahang satu ketika dahulu merupakan pengeluar utama bijih
timah.


Nama Sungai Lembing tercatat dalam sejarah negara selepas pihak
British meneroka kawasan itu pada tahun 1888 dan menemui rizab bijih
timah yang kaya setanding dengan lombong-lombong bawah tanah di
Cornwall, England.


Ekoran penemuan tersebut, dan dengan kebenaran daripada Sultan
Pahang semasa itu, Pahang Consolidated Company Ltd (PCCL) yang beribu
pejabat di London dan diperbadankan pada 1905 ditawarkan pajakan 77
tahun untuk mengusahakan lombong tampang di Sungai Lembing.


Walaupun lombong tampang berbahaya dan mahal untuk dikendalikan,
pihak British tetap meneruskan memandangkan rizab timah di situ boleh
bertahan sehingga 100 tahun.


Lombong itu beroperasi selama lebih 80 tahun sehingga harga pasaran
dunia bijih timah jatuh teruk pada 1986 dan memaksa penutupannya.


Digelar El Dorado Timur, Sungai Lembing merupakan tempat terletaknya
lombong bawah tanah yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia.
Lombong Sungai Lembing terdiri daripada tiga lombong bawah tanah dengan
Lombong Myah pada tahap kedalaman 700 meter di bawah permukaan bumi
merupakan yang paling dalam.


Di sini, terdapat 14 peringkat terowong, setiap satu sepanjang 500
meter. Jarak di antara setiap peringkat terowong ialah 100 meter.


Sementara itu, terowong-terowong dalam lombong kedua, Taibeto,
adalah sedalam 500 meter dan sepanjang 332 meter dengan jarak 30 meter
di antara setiap terowong. Lombong ketiga, Lombong Gakak masih
digunakan oleh pelombong-pelombong bebas sehingga hari ini.


Begitu hebat industri bijih timah pada masa itu sehingga hasil
daripada bijih timah yang dihantar balik ke England dikatakan dapat
menyelamatkan tanah jajahan British daripada muflis.


Memandangkan ia begitu penting, pihak British sudah pasti menjaga
dengan baik tenaga kerja tempatan seramai 2,000 orang, dengan setiap
seorang menerima gaji lumayan bebas cukai sehingga RM500 sebulan.


Syarikat itu turut menyediakan kemudahan seperti sekolah, padang
permainan, hospital dan sebuah pawagam yang menayangkan filem-filem
terbaru.


Semasa sebahagian besar daripada penduduk negara ini bergantung
kepada telaga dan lampu minyak tanah, penduduk di sini menikmati tenaga
elektrik percuma dan bekalan air bersih.


Pekerja yang menetap di sini, yang kini dalam lingkungan usia 70-an,
masih ingat ketika di zaman mewah itu, mereka tidak pernah peduli pun
untuk mematikan lampu kediaman mereka.




BEKAS kediaman pengurus besar lombong yang kini dijadikan muzium.




Hampir kesemua produk yang terdapat di England boleh dibeli oleh
pelombong di sini, melalui kredit di gedung syarikat itu. Sebuah pos
kawalan keselamatan didirikan di pintu masuk utama untuk mengawal
kemasukan orang luar.


Kaedah pengangkutan utama semasa zaman kegemilangan lombong ini
ialah sebuah kapal stim yang disediakan syarikat, yang membolehkan
penduduk pekan lombong ini ke Kuantan menerusi Sungai Kenau.


Bagaimanapun, pekan itu ditimpa beberapa kejadian malapetaka yang berakhir dengan penutupan lombong berkenaan.


Pada 1921, hampir kesemua rumah kedai di situ musnah dalam satu kebakaran. Lima tahun kemudian pekan itu dilanda banjir.


Semasa pendudukan Jepun dari 1941 hingga 1945, lombong itu dengan
sengaja dibanjirkan dengan air oleh pihak British untuk menghalang
pihak Jepun daripada menggunakannnya.


Ini disusuli dengan pemberontakan komunis dan Darurat pada 1950-an dan 1960-an, yang menyebabkan kesengsaraan penduduknya.


Akhirnya, kejatuhan teruk harga bijih timah dunia menyebabkan
lombong itu ditutup dan pekan Sungai Lembing tidak lagi terkenal
seperti sebelumnya.


Hari ini, rumah banglo yang pada satu ketika dahulu merupakan
kediaman pengurus besar lombong itu, diubah menjadi muzium yang mesti
dikunjungi. Muzium itu mempamerkan peralatan lombong dan menayangkan
video mengenai sejarah lombong dan zaman kegemilangannya.


Beberapa bahagian terowong lombong itu telah diperkukuh untuk
membolehkan pelawat menikmati pengalaman berada di dalam lombong bawah
tanah, tetapi malangnya, sebahagian besar daripada peralatan dan
jentera yang terbaik pada zamannya sudah tiada lagi.


Terdapat beberapa jambatan gantung yang menghubungkan
kampung-kampung merentasi Sungai Kenau ke pekan lombong itu, dan di
bahagian tertentu, pekan itu secara semula jadi boleh menimbulkan rasa
seram pengunjung. Malah ia sesuai dijadikan latar belakang bagi filem
seram.


Selain daripada lombong dan muzium, Sungai Lembing juga mempunyai
pelbagai tarikan semula jadi seperti bukit bukau, sungai dan air
terjun. Sebahagian daripadanya ialah:








Bukit Panorama


Terletak tidak jauh dari lokasi lombong. Bukit Panorama dipenuhi
pelawat pada hujung minggu dan mereka boleh mendaki bukit itu untuk
menikmati pemandangan matahari terbit di celah-celah bukit-bukau yang
menghijau.


Taman Alam Bukit Tapis


Gunung Tapis setinggi 1,512 meter yang terletak 16 km dari pekan
lombong itu menjadi tumpuan mereka yang meminati aktiviti treking.


Taman itu juga merupakan tempat pilihan peminat-peminat 4WD kerana
bentuk muka buminya yang mencabar dan tempat-tempat untuk menangkap
ikan. Bagi mereka yang mencari keseronokan, aliran deras sungai
menawarkan peluang untuk menyusuri jeram sungai.


Air Terjun Pelangi


Dengan ketinggian 200 m, air yang jatuh memancar kelihatan seperti
kabus dan dalam proses itu, kilauan warna pelangi terbentuk, lazimnya
ketika matahari terbit.


Kampung Mas


Terletak lima km dari Sungai Lembing, penduduk di sini terdiri
daripada kaum Orang Asli. Mereka kini terlibat dalam aktiviti menoreh
getah dan menternak lembu untuk mencari rezeki dan sering kali juga
memasuki hutan untuk menerokai dan membawa keluar khazanahnya.


Pasir Kubur


Nama tempat ini berasal daripada sebuah kubur yang terletak
berhampiran tebing sungai yang berpasir. Ini merupakan tapak kem yang
popular dan dipenuhi orang ramai pada hujung minggu yang datang untuk
berkelah dan mandi manda di sungai itu.


Gua Charas


Terletak empat km dari Sungai Lembing, Gua Charas berada di kaki Bukit Pancing setinggi 1,000 meter.


Anak-anak tangga yang curam membawa pengunjung ke kuil Buddha di dalamnya.


Terdapat beberapa batu yang bentuknya seperti berhala Buddha,
mengelilingi sebuah patung Buddha berbaring sepanjang sembilan meter.
Naik lagi tangga, anda akan menikmati pemandangan indah bukit-bukau di
sekitar dan kecantikan memukau Sungai Lembing.


Taman Rusa Sungai Jin


Kira-kira lima km dari Sungai Lembing, haiwan ini pada asalnya
dibawa dari Mauritius dan Australia dan dipelihara di sini untuk
dagingnya. Kemudahan seperti sebuah anjung memerhati setinggi 7.5 m
disediakan dan sebuah kandang di mana pelawat boleh mendekati serta
memberi makan rusa. - Bernama

Jumaat, 14 November 2008

Corporate Bad News!

** Kalau inilah yang Najib Tun Razak kata Malaysia tak tergugat dek krisis ekonomi semasa, renung-renungkanlah. Ini adalah petanda yang sanhat kritikal. Ekonomi dunia sedang mengalami saat-saat yang genting. Semalam kat berita membawa satu berita yang sangat meresahkan. Apabila beberapa syarikat gergasi dunia diishtiharkan MUFLIS***

Market is very bad, pls read the below and add if you have any info.

Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec. 

Globetronics 4 days week

Kobe 4 days week

CS Opto shutdown for 1 month

San Disk announced layoff 450 – 500 employees.

AMD Penang announced this morning VSS lay off 500 employees.

Motorola announced layoff 3000 employees.

Spansion (5 days in this quarter)

Sony shutdown 25 Dec till 6th Jan 09

Jabil planned shunt down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.

Panasonic plan for buy Sanyo.

ASE Penang alternate 1 ~ 2 days shutdown every week.

Agilent planned shunt down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.

ST-NXP Wireless cuts 500 jobs World-Wide, including subcontractors, from the current total of more than 7500 people.

Flextronics cuts 118 jobs in Limerick, Ireland

The job cuts were confirmed during this weekend. Flextronics has announced that the company will cut around 100

jobs at the Limerick plant, said RTE. The reason for the cut backs is due to the global economic downturn.

Flextronics employs around 300 staff at the Limerick facility, which provides warehousing and logistics services to a number of companies in the region.

Dell lays off 700 in Ireland

The Dell facility in Raheen, Limerick is to lay off 700 temporary workers. Additional to that, Flextronics in Limerick is also rumoured to lay off 100 staff.

Mary Coughlan, Irish Minister for Enterprise, Trade and Employment, met with members of Dell's senior management to discuss the future of 3000 employees at the manufacturing facility in Limerick.

STMicro to lay off at Phoenix facility Switzerland based chip maker STMicroelectronics is to lay off staff at its Phoenix, Arizona facility Local newsreports state that the chip maker will lay off 100 staff.

The facility - which currently employs around 850 staff - will expercience an ongoing lay off process. azcentral cites spokesman Mike Michael Markowitz in

saying that "about 100 of the plant's 850 workers were let go this week and that the process would continue".

Last year, the company announced closure plans for 3 American chip facilities and that chip manufacturing would

be transferred to low-cost locations. Staff and management hoped for a buyer to keep the plant open. Dell workers asked to take unpaid vacation

Media reports state that CEO Michael Dell - of computer giant Dell - has asked employees to consider taking a maximum of 5 days unpaid holidays.

As reported earlier, Dell is currently running a restructuring programme to counteract the economic and financial downturn.

This include 8,900 job cuts, voluntary severance packages and a global hiring freeze. "We are asking employees on a voluntary

basis to consider taking off (up to) five days ... as unpaid time off as a flexible way to reduce costs for the company," the CEO was cited in a Reuters report in saying.

Tele-Fonika Kable to cut 900. Polish based cable and wire producer Tele-Fonika Kable plans to lay of 900 employees or 19% of its workforce.

The lay offs will affect all production units across the group. The company has seven plants, of which five are located in Poland,

said PB. Tele-Fonika Kable also plans to sell parts of its business, however it will not close down any plants. The company wishes

to optimize production process and reduce costs.

Rabu, 12 November 2008

School Bus Burnt In Fire On Penang Bridge - 121108





Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Dan Anugerah Kanak-Kanak Contoh KEMAS





Isnin, 10 November 2008

New Lyrics - Aurora - Estranged

 

Aurora oh Aurora
Penting kah kamu itu
Kenapa aku terbeku

Aurora oh Aurora
Terlalu disanjungi
Telah di tanya mengapa

Kutatap berseri berwarna hijau
Yang menawan sanubari

Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Aurora oh Aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh

Aurora oh Aurora
Tidak ada gunimu
Sanggup aku tetap menunggu

Terdiam kerana berwarna ungu
Kuputuskan biar bisu

Walaupun jauh..kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Malam ini aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu di sana
Posted by Picasa

Konsep zoo terbuka - Paya Indah Wetlands kini dibuka semula (Open Concept Zoo)











MATAHARI yang memancar terik seolah tidak terasa tatkala melalui denai khas dirimbuni pohon-pohon.


Tiba-tiba tiga ekor memerang melintas, membuatkan pengunjung
terhenti mendadak sebelum ada menjerit gembira melihat hidupan itu
sebelum ia menghilang ke dalam belukar berhampiran.


Perjalanan diteruskan sebelum terhenti apabila beberapa ekor helang terbang rendah di permukaan tasik dan menyambar anak ikan.


Tiba di satu laluan, tiga ekor kerbau dewasa yang sedang berkubang bingkas bangun selepas menyedari kehadiran manusia.




PAYA Indah Wetlands menjadi habitat hidupan liar membiak termasuk burung helang ini.




Dengan ekor berkibas, mata tajam memandang serta mendengus sesekali,
nyata kerbau tersebut masih agak liar dalam menjaga kawasannya daripada
diceroboh.


Namun, sekumpulan burung gembala kerbau terus bertenggek di atas badan kerbau itu tanpa rasa takut.


“Kami cuba mengekalkan keaslian Paya Indah Wetlands ini semampu
mungkin. Malah pembangunan yang dilakukan cukup minimum bagi
kelangsungan habitat di sini,” kata Timbalan Penguasa Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ady Ermanty
Haniff.




WALAUPUN di dalam kurungan, persekitaran paya sangat sesuai untuk haiwan seperti pelanduk.




Ceritanya lagi, konsep ‘zoo terbuka’ ini bakal menyajikan para
pengunjung dengan hidupan separuh liar dalam habitatnya yang
tersendiri.


Baru dibuka kembali setelah ditutup hampir dua tahun, sambutan pelancong terutama pencinta alam cukup memberangsangkan.


“Paling ramai, pemerhati burung yang datang dari pelbagai tempat
termasuk luar negara. Mereka sanggup menghabiskan masa sehari suntuk
hanya untuk memerhati dan mengambil gambar,” jelas Ady Ermanty sambil
menunjukkan beberapa ‘hot spot’ bagi pemerhati burung.


Perjalanan kami diteruskan menuju ke sebuah kolam yang terletak di perantaraan sebuah simpang yang berturapkan tanah merah.




BURUNG tempua bersarang rendah. Hanya mereka yang bernasib baik dapat melihat penghuninya.




Sebaik menjejakkan kaki, pengunjung sekali lagi teruja dengan
ratusan bunga teratai yang mewarnai tasik kedua terbesar di taman
tersebut.


“Tasik Teratai ini biasanya menjadi tumpuan burung pangling serta
beberapa jenis burung air yang lain. Di sinilah pemerhati akan duduk
menghendap memerhatikan telatah burung mencari ikan pada awal pagi,”


“Bagi mengelakkan ia menjadi tasik mati akibat mendapan, saliran air dibina,” katanya.


Dalam asyik memerhatikan saujana bunga teratai, mata pastinya tidak
terlepas daripada memandang beberapa ekor burung raja udang yang sedang
berehat di atas pokok.




IKON utama Paya Indah Wetlands, badak air berendam di kolam.




Tidak puas sekadar menonton kawanan burung, Ady Ermanty membawa
pengunjung ke kawasan lindungan khas haiwan seperti pelanduk, helang,
kuang dan landak raya.


“Semua haiwan ini dikuarantin sebelum dilepaskan ke taman. Tempohnya
bergantung kepada keadaan namun ada juga yang kembali sendiri ke
kandang khas ini walaupun telah dilepaskan ke dalam taman,” ungkapnya.


Jumlah haiwan seperti kerbau dan memerang dikawal agar populasinya
tidak berlebihan hingga mengganggu ekosistem tanah lembap ini.











Pengunjung juga tidak terlepas dari ditunjukkan sekelompok pokok
akasia yang tinggi merimbun ketika melalui denai khas yang dulunya
merupakan trek berkuda bagi beberapa orang kenamaan negara.


“Perkara menarik mengenai pokok ini ialah ia merupakan tempat tumpuan burung tempua membuat sarang.


“Di sini, tidak kurang 30 buah sarang tempua yang berpenghuni. Ia
menjadi tempat kegemaran kerana keadaan ranting pokok itu sesuai dibuat
sarang serta dekat dengan tasik,” ceritanya yang turut memberitahu
burung tersebut hanya boleh dilihat pada waktu tertentu.


Melihat keadaan taman yang ditinggalkan selama dua tahun, tidak
hairanlah jika ada banyak belukar dan pokok-pokok hutan tumbuh meliar
dengan subur.


“Tidak banyak yang berubah di kawasan ini selepas dibuka semula.
Cuma perlahan-lahan, kami sedang membaik pulih tempat ini agar
pengunjung lebih selesa dan selamat,” katanya ketika melalui kolam
buaya serta badak air yang terletak berhampiran kawasan resort.


Penguasa taman itu, Salman Saaban, berkata pihaknya membangunkan
infrastruktur taman ini secara berperingkat dan mengikut kepentingan.


“Secara dasarnya, terdapat tiga zon utama iaitu rekreasi, pendidikan
dan konservasi. Kini, proses pembaikpulihan serta meningkatkan taraf
giat di zon rekreasi,” jelasnya.


Setelah diserahkan kepada Perhilitan pada tahun 2004, konsep taman
ini turut diubah. Namun pada masa yang sama, beberapa perkara dasar
terus dikekalkan.


Malah dengan bajet besar diberikan, ia digunakan untuk menjalankan
beberapa kajian terhadap keadaan tanah, air dan haiwan yang terdapat di
dalam taman ini.


“Kami mahu mengubah minda pengunjung supaya menghargai hidupan dan
membawa mereka ke alam semula jadi dalam erti yang sebenarnya,” katanya.

Sabtu, 8 November 2008

Markets likely positive next week, Nifty range 2800-3250

Kalau nak diikutkan, ini merupakan satu petanda baik kepada market semasa dunia. Harap-harap ekonomi dunia kembali pulih. AIG pun sudah mengemukakan proses re-schedule untuk syarikatnya. Positive economic and stock exchange next week.

MUMBAI: Indian stock markets advanced for the second consecutive weekend as short covering and some value buying spurred a rally in power and

oil & gas stocks on Friday. The positive close is likely to continue into next week but in a tight trading range, as investors remain confused for want of clear direction.


“Next week will be positive for the markets with Nifty trading above 2800 level, where it has found good support. Bargain hunters are picking stocks which are available at attractive prices. Resistance for the markets is seen at 3250 levels," said Vijay Bhambwani, CEO-BSPLindia.

Stocks gained in Europe and US futures climbed Friday suggesting markets may rebound on rising speculation that the major central banks may go for another round of rates cut to unlock credit and boost consumer spending to arrest the economic global slowdown.

“Given the global economic slump and to bolster credit availability to the industry we may also see another round of rate cuts in coming days. Monday, Indian markets are likely to see gap-up opening while profit booking is likely to come in late trading. Immediate resistance for Nifty is seen at 3030 level and then at 3150-3200 levels. Support is at 2900-2850, breach of the above level may take it to 2750,” said Ankit Sinha, CEO-Spark Advisory.

Bank of England and European Central Bank on Thursday reduced their benchmark rates in an effort to limit the economic damage.

For the mid to long term, the news flow is going to be bad but it's already discounted in the stock prices.

According to analysts, the worst may be over for equity markets, but the recovery will take time. However, the pain is not over for the real economy. Weakness will be felt well into the first half of 2009. It's only as we get the lag effect of the change in monetary policy and the benefits of low commodity and energy prices that you should start to see economies recovering in the second half of the next year.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...