Sebagaimana yang semua ketahui, Pilihanraya Kecil bagi kawasan Permatang Pauh akan diadakan tak lama lagi. Perang poster sudah mula menular, begitu juga dengan bilik gerakan Jentera parti masing-masing sudah mula beroperasi. Kali ini memang sengit. Perbezaan yang amat ketara.
Pertandingan yang sangat sengit. Pertembungan dua ahli yang sangat disegani. Rata-rata bilik gerakan Barisan Nasional. PKR?? Belum ada lagi. Yang pasti memang sesuatu yang luar biasa. Just tunggu 26/08/08. Detik bersejarah akan tercipta.
Nananananananaâ
(ALYA)
Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri
(ADEEP)
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu engkau hadir dalam diri ini
(ALYA)
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu
(ADEEP)
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tersembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini
(chorus)
Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas
(Cat Rap)
Tinggalku sorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbokangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkangkang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang
(Chorus)
NananananananaĆ¢€¦ohhh
(Bridge)
Lari lari aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi.. kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri
(Chorus) x2
Nananananana.. ohhh
Untuk Download Lagu: Klik Sini
Kalau korang tengok iklan Berita Harian yang baru, itulah ayat yang semakin menjadi sebutan ramai. "Zaman dah berubah, dunia dah maju". Aksi drift yang datangnya dari Jepun sangat menjadi kegilaan remaja Malaysia malah seluruh dunia. Hingga ke Zimbabwe. Zimbabwe? Fuh... Layan la vid clip tu. Pasti menarik. Betapa malaysia belum ada lagi aksi rempit sedemikian.
Begini agaknya akan terjadi apabila Boss tidak lagi menjadi orang yang dihormati. Mungkin sebab sikap atau ada perkara yang membuatkan staff menjadi meluat dan benci. Mungkin juga boss ini dah over discipline. Siapa tahu. Tapi kat opis aku pun sama. Bila boss tak ada, memang inilah jadinya. Huhu
1st time vid clip ni, aku memang teruja abesh. Apa tidaknya, Apple iPhone ni memang menjadi salah satu daripada idaman aku. Tapi kos untuk mendapatkannya sangat tinggi. Dan lagi pula, Kat Malaysia memang tak ada. So kena import. Masa aku gi support DELL project kat YCH dulu, salah seorang daripada staff CEVA ada guna iPhone ni. Fuh!! memang ambil peluang test la. Tapi dia pun macam keberatan nak bagi. Ye la hp mahal. Saje je, nak test power. Best giler. Dia bagitau kat aku, phone tu dia beli dengan harga RM2000++, and paling tak best bila nak kena order online dari overseas. Mak aiih!! Anyway, just enjoy the show.
Dah beberapa hari aku tak dapat nak update blog aku neh. Semuanya gara-gara PC aku yang merajuk lagi. Puas dah aku pujuk. Tapi tak menjadi jugak. Terus aku kena gi kedai wat survey untuk kos baik pulih. Rata-rata menyatakan pc aku ni dijangkiti virus. Tetapi sebenarnya tidak. Semuanya berpuncar daripada CDR-W yang lama tak berfungsi, lepas aku bersihkan dalaman cpu tu, pasang balik cable cdr-w, terus buat hal. Ada yang kata disebabkan motherboard, ada pulak yang bagitau power supply. Unsure answers. Last sekali aku gi PC Depot. Dapat le CPU yang menggunakan processor AMD berharga RM700. Aku tak ada pilihan. Mau tak mau aku kena amik gak. Bagi aku, pc tu dah macam satu kemestian. Kalau tak ada PC, jangan cakap la. Mau runsing gak aku neh. Tapi aku dah jadi serba salah. Banyak sangat komitmen yang nak kena buat. Kadang-kadang sampai terlupa yang diri tu tak mampu. Tapi nak gagah, berjuang gak. Untuk mencapai cita-cita. Kadang-kadang aku sampai malas nak fikir banyak-banyak. Sakit kepala beb! Tapi sekarang ni kurang le sikit. Sejak jadi ahli HPA ni, banyak produk herba kesihatan yang dipasarkan, sedikit sebanyak ada juga yang berkesan untuk aku. Alhamdulillah. Tapi, biasalah la. Produk tu kadang-kadang mahal. Ikut kemampuan la. Bulan ni, bulan depan then puasa pula menjelma. Fiscal calendar aku tak dapat lagi untuk August-November. Paling tidak senang aku nak puat persiapan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dari sekecil-kecil persediaan hingga yang lebih serius. Semuanya untuk merealisasikan harapan sekeliling. Semalam, lepas solat isya', sempat aku membelek muka aku ni. Hmmp! dah berkedut rupanya. Maknanya umur pun dah semakin menuju senja. Walaupun pada umur aku ini dalam kategori Zohor, tapi tak siapa yang akan sangka bahawa esok atau lusa dah senja. Ataupun terus melabuh tirainya. Aku realize, masa bermain dah lama ku tinggalkan. Sekarang ni adalah masa yang paling serius dalam kehidupan. Perancangan perlu lebih teliti dalam menentukan hala tuju penghidupan. Percaya atau tidak, aku tak sempat menikmati zaman "enjoy". Lepas sekolah aku terus menjejak kaki ke dunia yang penuh cabaran. Dunia pekerjaan. Sampai sekarang. Komitmen aku terlalu kuat untuk menjadikan diri aku ini jauh di hadapan. Tetapi hampir beberapa kali tersilap langkah. Akhirnya, aku jauh ketinggalan. Aku terlalu mengikut perasaan. Aku memberontak sendirian. Aku protes kehidupan.