Sabtu, 17 Mei 2008

Memo bantah keganasan Israel sempena hari Nukbah

Pelbagai pihak menghantar memorendum bantahan terhadap keganasan Israel sempena memperingati Nukbah Palestin di depan pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Damansara tengahari Jumaat. Antaranya IMAM (Integrasi Mahasiswa Muslim). IMAM adalah front dakwah melibatkan WUFI-PKPIM-KARISMA di UIAM.

View Original Article

Blogged with the Flock Browser

CEVA Dinner On The Way. Welcome to PJ Hilton Hotel

Dalam kekalutan malam ni, banyak juga keja yang setel. Tapi tu lah. Ada beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku tapi berlaku. Agak keberatan untuk aku melangkah masuk ke tempat kerja. Memandangkan malam ni shift aku, terpaksa le.

Opis pun belum sampai dah kena query dengan senior exec. Sebab semalam ada kehilangan barang dari dalam opis. Argh! Memang tension kalau menda-menda macam ni berlaku. Pada aku, memang satu perbuatan yang sangat bodoh. Sedahlah menyusahkan diri sendiri, menyusahkan orang lain juga. Kat tempat mencari rezeki pulak tu. Akai ada ka?

Esok lusa dah nak dinner. Ramai staf CEVA yang sahkan untuk hadir. Aku pulak, alahai kena keja. Own shift. Mau tak mau, kena gak. Nak kena travel gi KL tu yang masalah sikit. Kalau kat penang, wajib aku gasak gak gi. Cari orang ganti jap. Tapi KL susah le nak gasak. Makan modal & masa. Lagipun, macam tak berapa nak meriah sangat rasa dinner kali ni. Bukan pasal apa, kalau sebelum ni dinner hanya untuk EGL saja. Staf tak de le ramai sangat. Tapi kali ni CEVA Freight Holdings. Dengar citernye sampai 800 orang. Mak aiii!! Ramai tuh. Macam-macam perkara boleh berlaku. Ahaaaa! Percaya atau tak, sempat lagi aku menulis kat tempat keje. Bukan pa, sementara menantikan truck masuk, daripada masa terluang saja, baik aku menulis. Kebetulan pula ide tengah banyak.

So, banyak perkara yang nak aku luahkan. Semalam, surat kenaikan gaji dah dapat. Increament tu walaupun tak banyak. Tapi alhamdulillah. Itulah rezeki namanya. Ada langsung yang tak ada kenaikan. Untuk cemburu, aku rasa tak perlu. Pada aku, sikit atau banyak pun kenaikan, yang penting ialah ikhlas dalam melaksanakan tanggung jawab dan amanah. Biar orang nak kata aku ni pengampu, kaki bodek atau apa pun. Pada aku setiap apa yang aku lakukan adalah untuk mendapat keberkatan dalam kerja dan rezeki. Memang aku tak boleh duduk diam. Pasti ada saja yang akan aku lakukan. Terutama pada waktu malam. Kenapa? Salah satunya ialah untuk menghilangkan rasa mengantuk. Kedua pula, aku kena pastikan semua kerja beres. Dan yang ketiga, jangan sampai tertangkap dek kerana tidur pada waktu kerja. Kalau kena tangkap, jawapannya Cuma satu “out you go”.

Dua minggu lepas, 2 orang staf kena buang kerja, sebabnya tidur pada waktu kerja. Baru pertama kali berbuat demikian. Nasib tak baik, kebetulan malam tu leader yang bertugas agak “kerek”. Terus “page” kat bos bagitau sekian-sekian staf tidur. Esoknya, kedua-dua staf tersebut dibuang kerja. Memang straight. Tapi tu lah. Selama ni pun aku tak berniat nak buat perkara demikian. Sebabnya aku memikirkan yang mereka-mereka ini sebangsa dengan aku. Kalau aku jenis yang mementingkan diri sendiri, dah lama mereka-mereka ini kena buang kerja. Tapi, tu lah. Terlampau diberi muka, sampai naik lemak mereka-mereka ini. Jadi, malam ni aku beri kebebasan. Aku malas nak pertikaikan apa-apa. Dan aku malas nak pressure diaorang ni. Apa yang diorang nak buat. Buatlah. Aku lepas tangan.

Beberapa hari ni, production agak slow. Mungkin akan idle untuk beberapa hari. Memandangkan wesak pula jatuh isnin ni. So, shipment planning pun agak kurang berbanding beberapa minggu lepas. Kemungkinan jugak, ramai yang tidak dibenarkan datang kerja untuk hujung minggu ni. Hanya yang bertugas saja. Kalau betul, erm! Lega sikit. Aku pun tak perlu nak kalut nak buat plan dan arrangement. Aku pun tak perlu nak sakit kepala nak handle staf yang ramai serta bermasalah. Dengan staf yang ada pun sudah memadai. Cuma aku risau, memandangkan dengan situasi sekarang, kedudukan sangat-sangat tidak stabil. Pelbagai perkara boleh berlaku. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan paling elok, tanpa sebarang masalah yang besar.

Bulan ni, kewangan aku agak merosot. Sesuatu yang tak aku jangka. Pada mulanya, pengiraan aku hanya tertumpu pada guaman bank. Tapi entah macamana aku terpaksa bayar kat pemaju sekali. Alahai, melayang seribu lebih. Bila jadi macam tu, bajet aku lari terus. Tak kisah la. Yang penting sekarang ni aku tak perlu lagi terikat dengan pemaju. Rumah tu pun dah berpindah milik kepada aku bukan lagi pemaju. Biarlah terpaksa susah. Mudah di kemudian hari. Huhu. Kenapa malam ni aku ada ide banyak untuk menulis ni? Agaknya disebabkan cuaca kat luar tak panas sangat kot. Lagipun badan aku dah tak panas macam dulu. Sebab dah banyak minum air RO. Hehehe. Air free ja. Aku ambil kat opis. Tu ha, kompeni dah sediakan filter dan tong air sekali.

Nak layan TV, tapi line pulak tak berapa nak clear. Maklum ja lah. Anytime ja bos aku bleh wat lawak tetengah malam ni. Lagipun, on handphone adalah dilarang sama sekali di dalam premis WD. Kena tangkap juga, “out you go”. Apa nak wat? Apa pun tak leh nak wat. Dari tadi aku dok buat inventory matching. So far, aku tak perlu risau. 100% accuracy. Untuk warehouse, aku blom check lagi. Jap lagi la. Baru nak download data. Siap, kena buat pivot table. Then baru bleh buat vlookup. Report yang warehouse hantor tadi pun, tak complete. Sebab ada barang yang in-transit. Banyak gak. Untuk malam, aku lebih fokus kepada shipment. Buat arrangement dan place truck/air booking. Kalau ada production issue, especially untuk product yang ada on hold atau issue, tu yang buat aku jadi kelam kabut. Apa tidaknya, banyak kerja yang nak kena buat. Flow dia banyak sangat yang nak kena ikut. Skip satu flow pun cukup la. Esok wajib kena shipping feedback sebab tak ikut flow. Alahai!!!!

Kalau dulu guna SAP, tak de la kalut mcm ni. Sejak WD ni guna pakai Oracle / MLS. Aku pun sampai blur. Nak check satu barang pun terpaksa menunggu waktu yang agak lama, betul-betul buang masa aku. Then WD pula, nak semua yang ada kat premis WD ni ikut standard diorang. Alahai. Macam-macam yang diorang nak. Itu la, ini la. Pelik dan memeningkan. Tapi, itulah yang semua kena ikut.

Awal pagi ni, mata pula dah makin kuyu. Ngantuk gila beb! Apa lagi, cari port baik punya nak landing. Tapi, keje pulak melambak. Lepas satu, satu menda nak kena setel. Lepas solat isya’ tadi, sempat aku bermusahabah diri. Tarik nafas dalam-dalam, periksa kelemahan diri. Ternyata masih banyak lagi kekurangan yang ada kat diri aku ini. Mungkin bukan standard aku untuk bekerja sebagai jawatan sekarang ni. Mungkin hanya layak sebagai kuli atau balachi agaknya. Semua perancangan aku “failed”.

Bising dan tak syahdu langsung senario kat sini. Macam² bunyi ada. Dengan mesin, dengan forlift, dengan conveyor, orang lagi. Alahai. Camana nak konsentret menulis. Mula merepek dan merapu. Agaknya kalau dah terlalu mengantuk, wajib semua blur. Langsung tak nampak jalan atau prosa cerita yang nak disampaikan. Mula melalut yang bukan-bukan. Macam ada yang tak kena dengan shift aku ni. Serba tak lancar. Ntah lah. Silap aku atau silap aku, mungkin silap aku. Ah! Lantak lah. Janji aku buat kerja tanpa masalah. Yang pengting kalau boleh, elak dari buat salah. Tapi, aku selalu yang dipersalahkan.

Rabu, 14 Mei 2008

Man Dol Yang Bijak

PART I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".
"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,
Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah..... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol. Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!
!!


PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, Cikgu...
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus.... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Selasa, 13 Mei 2008

Pena Mufti : Berhentilah memusuhi tanpa bukti

Sebentar tadi aku medapat e-mel dari sebuah yahoo groups. Pada aku ianya sangat berguna. Aku rasa aku patut share dengan semua.

Tulisan dari : Ustaz Muhammad Azri Zainal Abidin.

*****************************************************************************

Apabila kita membaca al-Quran dan al-Sunnah, kita dapati Maha Adil adilnya Allah s.w.t. yang tiada suatu pun untuk dibandingkan. Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnah sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan. Sama seperti mana manusia memusnah ekosistem alam ini, manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia. Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia, demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia. Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”.

Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Sekalipun Dia Maha Tahu tentang dosa-dosa manusia, tetapi di akhirat kelak manusia tetap akan dibicarakan di mahkamah agung Allah yang bertempat di Padang Mahsyar. Setiap manusia akan ditimbang dosa dan pahalanya sebelum dihukum. Seperti firman Allah: (maksudnya) Maka Sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan Sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu. Kemudian Sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (para rasul dan umat mereka), dengan ilmu (berdasarkan pengetahuan yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami (Allah) tidak sekali-kali ghaib (maksudnya sentiasa mengetahui akan hal ehwal mereka).

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya). (Surah al-‘Araf ayat 6-9). Jelas, Allah Maha Mengetahui segala perbuatan manusia, pun begitu diwujudkan sistem yang menunjukkan keadilan-Nya dengan ditimbang amalan manusia; baik dan buruk barulah dijatuhkan hukuman syurga atau neraka. Padahal jika Allah tidak membuat timbangan sekalipun, keputusan Allah tidak mungkin akan silap, kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ilmu Allah meliputi segalanya, namun demi menunjukkan keadilan, agar hamba-hamba-Nya tidak mempunyai sebarang alasan atau tidak puas hati apabila dihukum, diwujud sistem keadilan perbicaraan dan timbangan dosa. Firman Allah: (maksudnya) “Pada hari lidah, tangan serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Benar (Maha adil), lagi Nyata (keadilanNya)”. (Surah al-Nur: ayat 24-25).

Jika Allah tidak mewujudkan mahkamah perbicaraan di Hari Kiamat, adakah sesiapa yang boleh membantah Allah? Adakah sesiapa yang boleh menyatakan Allah tersilap dalam hukuman-Nya? Adakah sesiapa boleh menggugat kuasa Allah, seperti manusia menggugat kuasa pemerintah di dunia menerusi pemberontakan atau pilihan raya? Sama sekali tidak! Maha Suci Allah, tiada siapa yang dapat mencabar kebesaran kerajaan-Nya. Pun begitu diwujudkan sistem perbicaraan yang maha adil di mahkamah-Nya. Jika demikianlah Allah, apakah boleh di dunia ini manusia dihukum tanpa dibicara secara adil dan saksama?

Apakah wajar mana-mana peruntukan akta yang membenarkan seseorang dihukum dengan suatu hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Mungkin seseorang boleh dikurung untuk sementara waktu siasatan, tetapi keadilan menyatakan dia wajib dibicarakan sebelum dihukum agar dia memahami apakah dosanya.

Jika manusia dihukum tanpa diberi peluang membela diri, maka jadilah macam peristiwa pembunuhan di Kuala Perlis baru-baru ini. Apabila mangsa dituduh mengintip seorang gadis, lalu diheret keluar dari rumahnya, dipukul beramai-ramai sehingga mati. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul. Khabarnya, kemudian mereka sedar bahawa mereka tersilap orang. Mangsa telah mati, dihukum tanpa dia mengetahui apakah dosanya. Jika pun itu dosanya, apakah berhak dia dibunuh? Justeru, agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk.

Jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek. Sabda Nabi s.a.w “Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Justeru, jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya; secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Itulah peranan fatwa yang berkongsi dengan keperluan rakyat. Jika tidak, kita akan terpinggir dari arus masyarakat yang mahu kejujuran dan ketulusan dalam pandangan agama.

Dalam dunia terbuka pula, manusia akan dihukum disebabkan tuduhan yang tidak berasaskan bukti. Seseorang akan ditohmah, atau ditempelkan label yang buruk hanya kerana tuduhan tanpa perbicaraan atau alasan. Mungkin tidak dipenjara atau dibunuh, tetapi akan dihukum dalam masyarakat terbuka atas tuduhan yang dibuat oleh orang lain kepadanya. Mungkin ada yang akan pandang sinis, atau menolaknya, atau mempertikaikannya. Kadang-kala kesan hukuman masyarakat itu lebih perit dari sebatan atau penjara. Dalam dunia Internet, ramai yang menjadi mangsa tuduhan tanpa bukti atau ruang membela diri. Dalam politik juga demikian. Pelbagai label akan dilekatkan. Dalam dunia agama pun lebih kurang sama, bahkan kadang kala ‘lebih kuat syaitan berperanan menghasut’.

Pembaharuan

Sejak dahulu, jika ada pihak yang cuba membuat pembaharuan dalam memajukan pemikiran golongan agama dan umat Islam, pelbagai tohmahan dilontarkan. Mereka dituduh ‘kaum muda’. Maka menjadi mangsa ketika itu Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin, Burhanudin al-Helmi, Za‘ba, Mustafa ‘Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Sehingga tokoh besar seperti Buya Hamka dari Indonesia dilarang masuk ke Johor atas tuduhan yang sama. Hanya kerana ada kelompok yang hasad dan ingin menjaga kepentingan diri. Hari ini jika anda berbicara tentang keterbukaan pemikiran, keluasan menerima pendapat, kembali kepada nas-nas Islam yang asal maka anda sekali lagi akan dituduh kaum muda, atau Wahabi atau liberal. Walaupun anda tidak tahu apa itu Wahabi atau liberal dan apa itu kaum muda. Tuduhan itu tidak memerlukan bukti atau alasan, cukuplah untuk dijadikan tuduhan kerana hanya pendapat anda berbeza. Tuduhan tanpa bukti atau peluang pembelaan diri adalah kezaliman. Ia selalu dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan.

Maka agama ini memusuhi tuduhan kosong tanpa alasan yang berteraskan dalil dan bukti yang ilmiah. Firman Allah: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah al-Hujurat ayat 11).

Perangai suka menuduh secara rambang adalah lambang manusia kehabisan alasan. Saya dukacita apabila ada pihak menuduh keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan peguambela Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani adalah menggalakkan orang murtad. Bahkan ada yang melempar tuduhan lebih berat kepada beliau kononnya membela untuk orang menjadi murtad. Jika pembaca masih ingat, tahun lepas semasa awal-awal saya menulis di ruangan ini, saya menulis “Murtad: Antara Emosi dan Realiti”. Antaranya saya menyebut: “Di samping sesuatu yang perlu kita tahu bahawa seseorang itu menjadi murtad apabila dia melanggar batasan akidah Islam secara sedar, faham dan tidak dipaksa. Sama ada perlanggaran itu dalam bentuk perkataan, atau perbuatan, atau keyakinan. Apabila perlanggaran itu dilakukan seperti menghina Allah dan Rasul-

Nya, atau mengisytiharkan diri keluar atau ingin keluar dari Islam maka dia menjadi murtad. Kemurtadan ini tetap berlaku sama ada disahkan atau tidak oleh mana-mana pihak. Penyataan agama dalam kad pengenalan bukanlah penentu sebenar hakikat akidah. Ia hanya untuk urusan kemasyarakatan atau pentadbiran. Ini bererti sekiranya kita berjaya menahan seribu orang yang mengisytihar diri keluar dari Islam agar tidak dapat menukar agama kad pengenalannya, kita sebenarnya menyimpan seribu orang murtad yang akan bertopeng dalam masyarakat muslim. Apa jadi, jika kad pengenalan itu dijadikan ukuran oleh beberapa pihak lalu berkahwinlah golongan murtad ini dengan orang-orang Islam yang sebenar? Mereka juga mungkin menguasai institusi-institusi agama atas kebijaksanaan dalam bidang tertentu, sedangkan mereka murtad. Akhirnya kita menyimpan barah yang amat merbahaya dalam tubuh umat. Maka sekadar pertahankan perubahan agama pada kad pengenalan semata, bukan satu kejayaan. Bahkan mungkin menjadi musibah jika berleluasa. Kejayaan yang sebenar adalah mengembalikan mereka kepangkuan Islam secara reda dan menghilangkan kekeliruan mereka mengenai agama ini”.

Maka, keputusan mahkamah tersebut dan tindakan peguam bela berkenaan sebenarnya berusaha membuang barah dari umat Islam. Tanyalah akal yang matang; adakah seseorang murtad kerana ada ruang murtad di mahkamah? Atau seseorang menjadi murtad kerana hilang keyakinan terhadap Islam yang dianuti? Sudah pastilah jawapannya kerana hilang keyakinan terhadap Islam yang dianuti. Jika demikian jawapannya, ubat kepada penyakit ini apakah dengan cara menghalang penukaran kad pengenalannya sedangkan dia hilang keyakinan terhadap Islam, atau meningkatkan dakwah dan kesedaran penerangan yang matang kepadanya? Tentulah dengan dakwah dan penerangan yang matang. Maka orang murtad bukan kerana keputusan mahkamah, tetapi kerana dakwah yang lebih, sedangkan peruntukan melimpah.

Juga boleh melunakkan hati golongan mualaf yang sudah menganut Islam dan keluarga mereka yang belum menganut Islam menerusi wang zakat. Mana perginya wang zakat yang ratusan juta dikutip saban tahun? Janganlah kita sempitkan konsep mualaf setakat yang baru menganut Islam sahaja. Luaskan kejumudan kita kepada nas-nas Islam yang lebih luas. Mualaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat menjinakkan hati mereka kepada Islam. Janganlah ketika mualaf hidup susah bersama keluarganya kita tinggalkan, apabila meninggal kita merebut pula mayatnya. Masa hidup kita biar, masa mati kita tuntut, apakah itu keindahan Islam?

Tuduhan

Dahulu saya mencadangkan masjid Cina. Ada yang buat tuduhan rambang kononnya nanti habis al-Quran dalam masjid tersebut akan dibaca dalam bahasa Cina. Solat pun dalam bahasa Cina. Inilah orang kita, kuat menuduh bukan kuat berfikir. Sehingga ada yang mengaku penasihat agama pun lebih kurang sama. Apakah di masjid Melayu dan India al-Quran dibaca dalam bahasa Melayu dan India? Tujuan masjid yang saya cadangkan adalah agar masyarakat Muslim Cina dapat berinteraksi sesama mereka. Mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dengan itu banyak masalah dapat di- selesaikan sesama mereka, kerana mereka mempunyai latar masalah yang berbeza dengan masyarakat Melayu yang kesemuanya dikatakan Islam. Maka di masjid Cina, orang Cina lebih faham pengajiannya, lebih mudah berbicara dengan imam dan jawatan kuasanya dan seumpamanya. Maka kalau ada yang ingin keluar Islam atau nak masuk Islam, mereka boleh cari pendekatan terbaik sesama mereka. Mereka lebih faham. Tapi, ada yang membantah dan menuduh. Hari ini lihatlah betapa kita memerlukannya, tetapi kewujudan dihalang.

Eloklah kita berhenti memusuhi tanpa bukti dan faham, tetapi cuba gunakan neraca keadilan dan akal yang matang.

Bertatu dilarang

Oleh Idris Musa

JIKA ditinjau dari aspek sejarah, masyarakat Melayu dahulu sangat menyanjungi adat resam, malah pada satu tahap menjadikannya sumber hukum dan kerana itu tidak hairanlah ada peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat.'

Bagaimanapun, mutakhir ini adat resam semakin dilupakan, dek terkesan dengan gelombang modenisasi dan pengaruh budaya Barat. Cuma yang masih ketara di kalangan masyarakat hingga kini ialah dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.


Bagi bakal pengantin, adat berinai masih diamalkan, sekali gus menunjukkan ia boleh bertahan dan meneruskan kelangsungan warisan adat resam Melayu, walaupun ada sesetengah pihak mengamalkannya secara sederhana.

Penceramah agama, Mohd Rani Awang Besar, berkata umumnya adat resam yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam boleh diamalkan.

Malah, menurutnya, adat yang baik mencerminkan identiti dan warisan bangsa sesuai dengan agama wajar dipertahan serta diamalkan.

"Berinai pada dasarnya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak menggunakan bahan dilarang agama dan tidak menyerupai kaum bukan Islam.

"Tidak mengapa setakat berinai pada jari, asalkan jangan berlebih-lebihan membawa kepada bahagian lain, seperti tapak tangan sehingga menyerupai kaum bukan Islam," katanya.

Beliau menegaskan, Rasulullah s.a.w melarang umatnya menyerupai kaum bukan Islam dalam amalan kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam satu hadis bermaksud:

"Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka ia tergolong dalam kumpulan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Kata bidalan ada berbunyi 'hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah.' Ini menunjukkan orang Melayu turut menekankan prinsip agama dalam mengamalkan adat resam.

Mohd Rani berkata, adat yang tidak ada percanggahan dengan hukum agama boleh diteruskan, tetapi dilarang sama sekali meniru pengaruh budaya asing secara melulu tanpa memikirkan akibatnya.

Jika berinai itu satu adat resam Melayu dan hukumya boleh dilakukan selagi tidak terkeluar daripada lunas Islam, apakah hukumnya perbuatan membuat ukiran pada tangan, lengan dan anggota badan yang lain atau lebih tepat bertatu?

"Berinai itu dibolehkan kerana tidak menyerupai kaum bukan Islam dan selagi ia menggunakan bahan dibenarkan agama, manakala membuat ukiran atau tatu itu haram hukumnya, kerana ia meniru budaya agama lain," katanya.

Dalam hadis riwayat Thabrani, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuatkan tatu, mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.

Tatu ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing, sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian badan mereka.

Bagi mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu menjadi biru atau seumpamanya.

Tujuan bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang salib pada bahagian badan mereka.

Perbuatan itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram. Banyak hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan tatu.

"Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu itu.

"Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu," katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara yang selamat dan tidak memudaratkannya.

"Jika tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."

Perkara ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan diusahakannya.."

Jumaat, 9 Mei 2008

Best practices when moving your site

Planning on moving your site to a new domain? Lots of webmasters find this a scary process. How do you do it without hurting your site's performance in Google search results?


moving your site
Your aim is to make the transition invisible and seamless to the user, and to make sure that Google knows that your new pages should get the same quality signals as the pages on your own site. When you're moving your site, pesky 404 (File Not Found) errors can harm the user experience and negatively impact your site's performance in Google search results.

Let's cover moving your site to a new domain (for instance, changing from www.example.com to www.example.org). This is different from moving to a new IP address; read this post for more information on that.

Here are the main points:

  • Test the move process by moving the contents of one directory or subdomain first. Then use a 301 Redirect to permanently redirect those pages on your old site to your new site. This tells Google and other search engines that your site has permanently moved.
  • Once this is complete, check to see that the pages on your new site are appearing in Google's search results. When you're satisfied that the move is working correctly, you can move your entire site. Don't do a blanket redirect directing all traffic from your old site to your new home page. This will avoid 404 errors, but it's not a good user experience. A page-to-page redirect (where each page on the old site gets redirected to the corresponding page on the new site) is more work, but gives your users a consistent and transparent experience. If there won't be a 1:1 match between pages on your old and new site, try to make sure that every page on your old site is at least redirected to a new page with similar content.
  • If you're changing your domain because of site rebranding or redesign, you might want to think about doing this in two phases: first, move your site; and second, launch your redesign. This manages the amount of change your users see at any stage in the process, and can make the process seem smoother. Keeping the variables to a minimum also makes it easier to troubleshoot unexpected behavior.
  • Check both external and internal links to pages on your site. Ideally, you should contact the webmaster of each site that links to yours and ask them to update the links to point to the page on your new domain. If this isn't practical, make sure that all pages with incoming links are redirected to your new site. You should also check internal links within your old site, and update them to point to your new domain. Once your content is in place on your new server, use a link checker like Xenu to make sure you don't have broken legacy links on your site. This is especially important if your original content included absolute links (like www.example.com/cooking/recipes/chocolatecake.html) instead of relative links (like .../recipes/chocolatecake.html).
  • To prevent confusion, it's best to make sure you retain control of your old site domain for at least 180 days.
  • Finally, keep both your new and old site verified in Webmaster Tools, and review crawl errors regularly to make sure that the 301s from the old site are working properly, and that the new site isn't showing unwanted 404 errors.
We'll admit it, moving is never easy - but these steps should help ensure that none of your good web reputation falls off the truck in the process.


View Original Article

Blogged with the Flock Browser

Lembaga Zakat Selangor lubuk wang

SHAH ALAM, 8 Mei: Dengan pengutan zakat mencecah RM200 juta setahun, Lembaga Zakat Selangor memang menjadi lubuk wang dan sememangnya ia menjadi tumpuan pihak-pihak yang ingin mencari kesempatan darinya.

Namun, sejak sekian lama ia tidak mendapat perhatian serius dari pihak berkuasa untuk melihat jauh ke dalam institusi umat Islam yang penting ini.

Mereka yang prihatin di dalam lembaga ini pula tidak berani membuat laporan kerana kerja-kerja tidak baik ini dilakukan oleh pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa.

Namun, ketidaktentuan ini mula berubah apabila kerajaan negeri mula bertukar Mac lalu.
Seorang pegawai kanan Lembaga Zakat Selangor telah ditahan reman beberapa hari untuk siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan laporan yang dibuat ke atasnya.

Pegawai kanan itu yang merupakan seorang ketua jabatan yang penting di lembaga yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor itu ditahan reman beberapa hari awal April lali sebelum dibebaskan.

Beliau kini dikatakan sedang bercuti.

Namun tangkapan ke atas beliau tidak banyak merubah suasana Lembaga Zakat Selangor yang sebelum ini dikenali dengan Pusat Zakat Selangor.

Menurut sumber Siasah, pegawai kanan berkenaan mula dikesan melakukan penyelewengan berikutan panggilan telefon dari seorang kakitangan sebuah bank yang bertanyakan adakah pegawai itu masih bekerja dengan lembaga zakat itu.

Ini kerana, gaji yang dimasukkan ke dalam akaunnya di bank berkenaan tidak pernah disentuhnya.

"Sebelum ini, ramai tahu kegiatannya tetapi tidak berani membuat laporan kerana dia adalah seorang ketua pemuda Umno bahagian di Selangor dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pihak atasan di negeri ini.

"Tetapi selepas kerajaan negeri bertukar tangan, ramai yang berani tampil ke depan," kata sumber itu.

Kesan negatif

Namun, tindakan beberapa pihak yang cuba membaikpulihkan nama baik lembaga zakat itu dari kegiatan tidak betul mula mendapat kesan negatif.

Ini kerana, ramai pegawai kanan lembaga itu masih lagi condong kepada kepimpinan kerajaan negeri Selangor sebelum ini maupun parti yang kalah di Selangor.

Ekoran itu, apabila ada pihak yang cuba memperbetulkan keadaan, namun mereka menjadi mangsa.

View Original Article

Blogged with the Flock Browser

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...